Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...
Kembali bersiaran di blog kesayanganku ini... 5 hari tak bersiaran di sini kerana keadaan tak mengizinkan..
Kembali bersiaran di blog kesayanganku ini... 5 hari tak bersiaran di sini kerana keadaan tak mengizinkan..
Dua hari Isnin & Selasa aku terpaksa ambil cuti emergency sebab anak dara bongsu ku yang bambam sekali tu diserang demam panas. Sejak hari Sabtu dia demam sehingga ke hari ini dah masuk 6 hari... alhamdulillah pagi ni rasa badannya dah kebah sikit. Hari Sabtu tak bawa ke klinik sebab masih ada ubat demam kat rumah.. jadi bagi ubat yang ada tu dulu. Hingga ke Ahad tak nampak perubahan akhirnya bawa ke Klinik berdekatan rumah. Bila doktor cek suhu badannya.. 39.6 darjah celcius! Ya Allah.. terkejut aku.. Doc kata tonsil pun bengkak.. hingga dah bercantum kedua2 tonsil kiri & kanan.. mgkin sbb tu dia pun tak selera nak makan. Membawa ke hari Isnin masih tak berubah.. demam masih on off.. tp yg banyaknya memang panas sokmo badannya walau selepas 1 jam atau 2 jam beri ubat & antibiotik... macam ubat tak serasi je dgn dia.. jd Isnin tu kenalah ambil emergency leave. Malamnya berharap demamnya makin berkurang tapi nampaknya sangkaan meleset.. malam tu paling teruk panas.. terpaksa ibu berjaga utk pantau keadaan dia.. kena selalu jaram kepala dgn kain basah.. Kdg2 nmpak dia menggigil2 kesejukan walaupun dah berselimut dengan comforter... kesiannya Alin. Pukul 2.30am waktu beri ubat.. setengah jam kemudian rasa badan.. masih panas. Selepas sejam rasa badan.. masih juga panas. Terus sms ayahnya yang kerja mlm ajak bawak ke hospital pula esok pagi (selasa). Lepas hantar abang Haziq ke sekolah & pulang kerumah & bersiap sementara tunggu ayah pulang dari kerja. Kemudian teruslah kami ke hospital PPUM. Doktor cek segala & darah terpaksa di ambil sebab Alin dah 4 hari demam masa tu.. takut ada denggi juga sebab kulitnya dah nampak ada rashes.. Lepas 1 1/2 jam baru keputusan ujian darah keluar.. alhamdulillah platlet darah normal bermakna bukan denggi. Tapi menurut doktor ada tanda2 viral infection.. Doktor am terpaksa panggil pula doktor pediatric untuk periksa lanjutan & lebih detail. Tambahan pula Alin tergolong kanak2 obes... jadi dos ubat kena lebih dari kanak2 normal. Hingga ke petang juga barulah selesai segala. Tapi alhamdulillah sebab tak kena admit.. Doktor hanya bagi ubat demam & antibiotik dengan dos yang sesuai dgn berat badannya. Masih ada rawatan susulan selepas ini.. harap2 semuanya okay. Doa2kan anak ku cepat sihat ye kawan2...
Tahun ni abang Haziq potong kek tanpa kakak kesayangannya sebab kakak di asrama...
Oklah kat sini aku kongsikan gambar2 abang Haziq potong kek sempena umur 7 tahun baru2 ni. Waktu ni adik Alin belum demam lagi. Sebenarnya buat kek dah lewat dari tarikh hari lahir sebenar (biasalah kan.. ibu dia tak rajin sgt nak buat kek.. hehe). Waktu kakaknya balik dari asrama tempohari dah sambut ala kadar hari lahirnya dengan beli KFC je.. Rupanya abang Haziq dah pandai komplen kenapa ibu tak buat kek harijadi.. hehehe... padahal dia bukannya makan sgt pun jenis2 kek ni... tp sajalah kot.. teringin nak tiup lilin & potong kek je... bab makan tu.. dia serah kat orang lain.. haha.. Oklah atas permintaan abang ibu buat jugalah kek tu... alhamdulillah dapat bagi sikit kat jiran2, auntie2nya (my cousin), bekas pengasuhnya (mak Ani) & juga nenek yang mengajar dia mengaji tu... memang muai betul kek tu walaupun tak begitu besar.. yelah kat rumah cuma tinggal berempat.. 2 orang memang tak suka sangat makan kek (ayah & Haziq).. yang suka cuma ibu & adik.. adik pula demam (lepas potong kek tu) & ibu pula tak boleh makan sangat yang manis2.. jadi memang tinggalkan sikit jelah untuk di rumah & selebihnya kita bersedekahla ye..
Sebelum diserang demam... adik begitu ceria...
Motif ibu buat kek dengan edible image ni pun sebab seminggu sebelum tu ada terima tempahan kek chocolate moist dengan edible image. Di sebabkan aku tak pernah guna edible image di atas ganache.. jadi buat percubaan dulu untuk kek anak sendiri... atas tunjuk ajar kak Meen (JHD) dan juga sepupunya (Ida Marlida) alhamdulillah jadi juga walaupun kurang sempurna kejadian ganachenya. Tapi takper.. dah tau dimana kesilapannya... alhamdulillah kek tempahan elok sempurna ganachenya bila menggunakan ganache resepi Chef Anuar... yang tu akan ku update kemudian nanti...
Untuk kek kali ini aku mencuba Kek Coklat resepi yang dikongsi oleh Cida de'Nuanza. Pernah merasa kek beliau semasa 1st X-Fotopages Gathering dulu & memang sedap... Sebab tu aku cuba resepi ni.. Alhamdulillah menjadi & sedap. Mohon share resepinya kat sini ye Cida.. Terima kasih..
Kek Coklat (basic recipe)
Resepi : Cida de'Nuanza
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda
(satukan semua bahan A ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)
Bahan B:
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A (kalo gred b/c, guna 3 biji)- pukul sedikit mcm nk buat telur dadar)
(satukan semua bahan B )
Cara Menyediakan:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati sampai hilang ketul2. Boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nanti.
2. Masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci. (loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis) atau gunakan kertas minyak.
3. Bakar selama 1 jam 15 mnt atau sehingga kek masak. Adunan boleh juga dikukus.
3. Bakar selama 1 jam 15 mnt atau sehingga kek masak. Adunan boleh juga dikukus.
Nota Cida/Nuanza : ok...utk resepi di atas, mcm yg aku bgtau, boleh di bakar atau di kukus.. hanya guna resepi yg sama.
utk saiz cawan, aku gunakan cawan kopi yg biasa kita guna di rumah, xde pun cawan2 metrik khas utk baking..
dan gunakan cawan yg sama utk menyukat semua bahan...
sama spt sudu, aku hanya menyukat menggunakan sudu kfc je..tp penuhkan membumbung, jgn letak paras je..
utk serbuk koko, ni part yg penting
utk hasil yg baik, bahan juga haruslah baik..
guna serbuk koko imported yg berkualiti
cthnya van houten..
kalo biasa ke kedai bakery, biasa ada serbuk koko imported yg di pek semula
x kisah le, janji serbuk koko yg elok..
dan utk resepi diatas, bg 1 cawan kek coklat, 3/4 cwn aku gunakan serbuk koko imported, manakala 1/4 lg aku gunakan serbuk koko hotam, atau dark cocoa powder atau ada juga kedai bakery yg malabelkan sbg oreo cocoa powder (bukan biskut oreo yg diblend ye..)- biasa cuma di jual di kedai bakery sahaja
kalo x de cocoa powder hitam, memadai gunakan cocoa powder biasa shj...
Nota MaDiHaA : Untuk kek yang MaDiHaA buat ini, MaDiHaA gunakan 1 1/2 adunan bagi loyang 10 inci. MaDiHaA bahagikan 2 sama banyak & bakar dalam loyang berasingan selama 40 minit dengan suhu oven 175C (bergantung oven masing2 ya).
Resepi ganache pula menggunakan 2 1/2 adunan resepi dari Mat Gebu seperti di bawah.
Resepi ganache pula menggunakan 2 1/2 adunan resepi dari Mat Gebu seperti di bawah.
RESEPI COKLAT GANACHE (Cik Mat Gebu):
- 200 grm coklat masakan (MaDiHaA guna 500 gm coklat compound jenama Berryls)
- 100 ml susu cair @ 150 ml whipping cream (MaDiHaA guna 250ml susu cair)
- 1 sdt butter
Cara-cara :
- Didihkan susu bersama coklat yang dipotong halus
- Agak-agak coklat dah mencair, tutup api dan teruskan mengacau sehingga coklat larut sepenuhnya & tambahkan butter.
- Kacau sebati.
Selamat mencuba!
Selamat Hari Lagir abg haziq dan semoga cepat sembuh adik alin.. dua2 comel..
ReplyDeletehepi besday abg Haziq
ReplyDeletetakper nanti kakak blk clebrate ngan kakak ye
ala siannya Alin demam yek, cpt2 sembuh ye
cantik kek k.madiha ni, sedap tu kek coklat kan
Syafakillah Alin... cepat sembuh ye :D
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Haziq... moga menjadi anak yg soleh :D
smoga alin cepat sembuh kak..dan happy belated bthday wat haziq ..smoga jadi ank yg soleh..berjaya didunia dan di akhirat..
ReplyDeletecomel betul dua beradik ni..geram tengok pipi adik tu ha..
ReplyDeleteHappy birthday to Haziq sekali lagi dari auntie ya..:)
Happy birthday Haziq.. semoga menjadi anak yg soleh..
ReplyDeletesemoga alin cepat sembuh juga. rajin2 makan ubat ye :)
Kesian nya Alin demam... Liana pun ada demam teruk bulan dulu, mmg risau kan Madiha, semuga cepat sembuh.
ReplyDeleteHappy birthday kat Haziq. Cantik kek mama dia buat.