Assalamualaikum & salam sejahtera semua....
Bersua lagi kita di pagi Isnin... Isnin pertama di bulan April & hari pertama persekolahan selepas cuti seminggu. Badan masih letih, mata masih mengantuk... petang semalam jenuh mengharung jalan jem yang sekejap ok, sekejap ko sejak dari jalan Bentong sehingga ke Karak Highway. Waa... dah agak dah.. mesti jem punya walau taklah seteruk jem hari raya atau CNY sebab jemnya putus2 gitu tapi hubby merungut juga katanya dah naik letih kaki.. maklumlah.. kereta manual.. kalau auto kuranglah sikit lenguh kaki... apa2pun.. alhamdulillah dah selamat menghantar anak pulang semula ke asrama di Raub, Pahang...sesambil sebelum itu.. dapat juga jenguk ibu mertua di sana.
Kenangan yang tak dapat ku lupakan.. sesampainya di rumah mertua petang Sabtu.. air pula takde sejak pagi mak kata.. sudahlah masa tu dah hampir maghrib. Hari dah semakin gelap. Berkira2 nak tumpang mandi di mana ni.. Memang ramai rumah mak saudara berdekatan.. tapi malam tu adik ipar nak belanja makan di luar tambah pula tak boleh nak masak sebab air takde jadi sedang moleklah makan kat luar aje.. jadi tak bolehlah nak tumpang mandi kat rumah mak saudara.. kalau mandi kat sana wajiblah lekat sampai ke tengah malam.. karang melepas pulak merasa orang nak belanja.. hahaha.. Jadi ramai2 ambil keputusan semua turun mandi ke sungai! Gulpp... seram sejuk juga nak masuk sungai.. Walaupun ada lampu yang kami bawa.. tapi cahayanya hanya samar2.. jadi semua mandi di pinggir saja... hubby & adiknya saja yang berani berendam.. aku & anak2 mandi guna cebok/gayung.. sejuk usah ceritalah.. maklumlah.. sungai tu jenis sungai yang ada banyak batu-batan & airnya pula datangnya dari Air Terjun Lata Lembek, mandi siang pun sejuk inikan pula malam.. hehe..
Oklah untuk hari ini.. MaDiHaA nak berkong resepi yang sangat menyelerakan. Kalau sebut ayam black pepper.. apa2 versi pun memang sedap. Kebetulan stok lada hitam kisar memang banyak lebihan buat ayam panggang lada hitam aritu.. jadi bila Yatie berkongsi resepi terus saja mencubanya. Terima kasih Yatie.. lauk ni memang kena dengan selera akak & keluarga. Anak2 pun semua suka. Hinggakan ada ulangan resepi tapi ditukar ke ikan pula.. hehe.. jangan marah ye Yatie.. biasalah kan.. tukar2 selera sikit. Tapi yang tu nanti di update kemudian. Untuk hari ni MaDiHaA kongsikan dulu resepi ini.. halal ye Yatie..
Ayam
Goreng Lada Hitam
Resepi : Yatie Memories
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam-potong 16 (MaDiHaA guna ayam saiz kecil)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- minyak masak secukupnya
- 2 sudu besar lada hitam-kisar kasar
- 1 tangkai cili merah*
- 1 tangkai cili hijau*(*potong serong)
- Daun sup secukupnya-hiris halus
- 2 biji tomato- belah 4
- 1 labu bawang besar-potong bulat
Bahan
Hiris
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan Sos
- 3 sudu besar kicap jalen manis
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram (MaDiHaA tambah ini)
- 1/2 cawan air
Cara
Menyediakannya.
- Ayam di bersihkan, cuci dan toskan. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
- Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
- Masukkan lada hitam kasar, cili hijau, cili merah. Masukkan ayam yg di goreng tadi. Gaul rata.
- Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu. Perasakan, sekiranya dah ok...matikan api dan bolehlah di angkan dan hidangkan.
- Taburkan dngn hirisan daun sup. Sedap di makan bersama nasi putih panas.
Selamat mencuba!
air dr lata lembik? rumah mertua area mana ni? batu malim ker? dah lama tak ke Lata lembik..
ReplyDeleteNafisa81 : rumah mertua akak kt Kg. Ulu Sungai.. tak jauh dari Technology Park (kilang herba) tu... :-)
ReplyDeletenak mandi sungai jugakkkk!!!!!!!!!!!!!!! tiap2 kali blk kg muesti aim nk mandi sungai la air terjun laa..last2 mesti x sempat sbb terkejar2 nk balik umah semua n nk beli brg2 bw blk bintulu :(
ReplyDeleteassalamualaikum kak..
ReplyDeleteboleh tahan ye body mandi sungai malam2 tu.. silap haribulan leh demam wooooo.. hehehehehe.. tapi air tu mmg keutamaan paling penting kan.. takde air apo pun tak leh..
sedap ayam tu kak.. skrg ni nani berkira2 nak masak ayam masak lada.. :)
dah tak ada pilihan...kena mandi juga walau dah malam...
ReplyDeletesaya kalau goreng ayam untuk masak kicap suka bubuh lada hitam...
sedapnya nampak yang ini...
sedapnyee kak !
ReplyDeleteterliur sya tgk , makan ngan nasi panas sedap kan ;)
ps : kak saya ke TF sabtu pagi kak ;) memang x jumpelah akak ekeke ;)
Assalamualaikum K.Madihah,
ReplyDeletenmpk sungguh menyelerakan menu ni, tq sudi mencuba resepi mudah ni..kalau yatie pun mcm tu gak, agak2 resepi sedap boleh di pelbagaikan ganti pada ikan/daging/telur...kita buat dia..ikut selera sendiri lerrrrr...he3...
wah sedap nya nampak ayam tu kadang2 kita buntu jugak dok cari resepi nak masak utk anak best ayam ni tak terlalu complicated sangat kan
ReplyDeletesedap sedap sedap!!! ni bleh buat menu bpantang tak? :p
ReplyDeleteAssalam Ratna....amboii sakan balik kampung yeaa...sonok la kaann... Ayam ni nampak sedap...mmg suka ayam masak letak lada hitam camni..kalau daging pun mesti best ni eh! ^___^
ReplyDeletemeriahnya ayam halia tu...dap kan dgn nasi pnas2..tpi rmah kmaz anak2 xmkn...huhuu..
ReplyDeleteLepas mandi sungai dpt makan ayam goreng lada hitam nie mmg best arr nampak sedap sgt akak :)..
ReplyDelete