Monday, April 15, 2013

Serimuka Tiga Rasa yang enak banget!



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Selamat sudah menghantar anak dara kembali semula ke asramanya semalam dengan harapan semoga tiada lagi kejadian histeria berulang lagi di sekolah & asramanya nanti.  Kasihan murid-murid terganggu pelajaran.  5 hari cuti... tak tau sempat atau tidak nak kejar balik pelajaran yang tertinggal.  Nanti cikgu kena ajar laju2 pulak...  tapi boleh ke murid nak 'tangkap' kalau guru ajar laju2.. ? Semasa bercuti tempohari.. sempatlah en. husband pesan & amanatkan pada kakak Dini untuk mengamalkan beberapa surah atau ayat pelindung diri dari diganggu makhluk halus selain dari ayat Kursi yang sememangnya dah lama kakak Dini amalkan.  

Masa hantar kakak Dini semalam sempat berborak dengan seorang bapa pelajar yang tinggal tak begitu jauh dari sekolah.. katanya.. pihak sekolah ada menjemput beliau & bapa pelajar yang tinggal berdekatan datang pada malam Jumaat lepas untuk turut sama semasa acara memulihkan keadaan sekolah & asrama.  Katanya.. anak murid kepada Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din yang mengetuai acara pada malam berkenaan.  Besarlah harapan kami sebagai ibu bapa semoga perkara ini dapat dipulihkan segera.. Ya Allah.. Kau lindungilah anak-anak kami dari diganggu oleh syaitan & makhluk seangkatannya..  Kasihanilah anak-anak kami yang ingin menimba ilmu.. Semoga anak-anak kami dapat belajar dengan tenang... amin ya Rabb..



Oklah kita lupakan seketika pada perkara yang berlaku di sekolah anak MaDiHaA tu ye.. Rasanya.. di mana-mana pun memang perkara begini memang kerap berlaku.  Tapi menurut sejarah.. di sekolah yang anak MaDiHaA belajar sekarang.. belum pernah lagi sehingga mencapai hampir 30 murid yang terkena histeria.. memang catat sejarahlah tahun ni sampai kena tutup sekolah seminggu..  

Oklah kita teruskan dengan resepi pula ye... apa yang ingin MaDiHaA katakan pada resepi yang MaDiHaA cuba kali ni ialah.. memang BERBALOI-BALOI2.  Terpikat dengan rupa kuih yang menawan & penggunaan labu dalam resepi membuatkan MaDiHaA tak berlengah2 lagi terus mencubanya sebab kebetulan semua bahan ada termasuk labu sebab memang ada lebihan labu yang MaDiHaA masak sebelumnya.  Jadi projek tak tergendala & terus on.  Ternyata.. memang sedap sangat2.  Hinggakan en. husband yang kurang suka dengan kuih2 manis pun boleh memuji2 kesedapannya.  Siapa yang belum mencuba memang patut mencuba terutama penggemar kuih serimuka & kuih2 jenis kukus memang inilah kuih yang tersedap! 5 bintang MaDiHaA bagi untuk resepi ni.. hehe... Terima kasih tak terhingga pada Yatie yang mencipta resepi sedap, cantik lagi menarik ini.  memang BERBALOI-BALOI....

Minta izin ye Yatie akak kongsi resepi kat sini.. ada kerajinan pasti akan diulangi lagi.. kuih ni dah lama MaDiHaA buat.. betul2 buat lepas tengok Yatie kongsi resepi tempohari... Lambat masuk resepi sebab banyak sangat gambar2 yang masih Q.. yang geramnya.. ada beberapa gambar yang dah kena delete dek anak dara kecik MaDiHaA tu masa dia dok godek2 handphone MaDiHaA... grrrrr.. hanya tinggal yang ini sajalah yang dapat di selamatkan...



 
SERIMUKA TIGA RASA

Resepi : Yatiememories



Lapisan Bawah:-loyang 10x10x3@2 inci

  • 500 gm beras pulut
  • 200 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • pewarna hijau dan perisa pandan

Cara2nya:-

  1. Basuh beras pulut dan rendamkan pulut sekurang2nya 4 jam bersama pewarna hijau.
  2. Buangkan air rendaman,basuh bersih pulut dan toskan. Ketepikan dulu.
  3. Sapukan sedikit minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi.
  4. Masukkan beras pulut yg di toskan tadi ke dlm loyang dan ratakan. 
  5. Dalam bekas lain, satukan santan pekat, air, garam, perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
  6. Tuangkan adunan santan tadi ke dlm loyang berisi pulut dan gaul rata.
  7. Kukus semua bahan diatas selama 30 minit. Bila pulut dah masak, gaul sebati dan tekan2kan rata. (MaDiHaA tak gaulkan dah.. terus je tekan2 bagi rata)

** Sementara kukus pulut masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan tengah.
 
 Lapisan Tengah

  • 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
  • 1 1/2 cawan tepung beras*
  • 2 sudu besar rata tepung jagung*
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air*
  • 3/4 cawan gula kastor*
  • 1/2 sudu kecil garam*

Cara2nya,

  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis  dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
  2. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. 
  3. Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah/pulut dan kukus selama 20 minit.

**Sementara tunggu adunan lapisan tengah masak, bolehlah sediakan adunan utk lapisan atas.

 Lapisan Atas

  • 1/2 cawan tepung gandum (MaDiHaA kurangkan 2 sudu besar & tambah 2 1/2 sudu besar serbuk coklat)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telor
  • 300 ml air
  • 100 ml santan pekat-santan kara
  • 2 sudu kecil coklat emulco (MaDiHaA tiada stok.. diganti dengan serbuk coklat spt di atas)

Cara :

  1. Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. 
  2. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. 
  3. Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kelar2kan sikit permukaan lapisan tengah sblm tuang adunan atas. Pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada lapkan guna kitchen towel.
  4. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik.



Selamat mencuba!

22 comments:

  1. waalaikumsalam...
    semoga kak dini sentiasa di lindungi dan kawan2nya semua di sana belajar dengan tenang dan aman... insyaALLAH..

    kak.. saya tengok akak masak pulut tu, saya pun teringin gak nak wat camni.. tapi kan.. saya paling tak suka bila masak pulut dia jadi kerak banyak.. susah nak basuh periuk.. kalau teknik kukus lak.. tak bape pandai lagi.. camne tu kak..

    ReplyDelete
  2. tengok je la...nak buat mmg tak rajin :)

    ReplyDelete
  3. as-salam MaDiHaA a.k.a Ratna

    mmg terbaik resepi kak yatie ni..npk pun mmg dah tahu sedapnye...cantik warna serimuka tiga rasa madihaa ni..

    ReplyDelete
  4. nampak pun sedap..azue suker ler talam kaler2 macam nie..cantik sgt...

    ReplyDelete
  5. Assalam Ratna, uikss dah buat eh kuih talam ni...akak hari tu punya la terliur masa Yatie tayang...tp buatnya dak jgk lagik...hahaha..ni terliur semula...ntah bila la nak buat...meh la 5 ketuii.. ^__^

    ReplyDelete
  6. sangat-sangat kreatif..kalau saya memang tak sabar nak makan ni...sedapnya

    ReplyDelete
  7. terliurnyer...kagum kejap saya tah biler la nak buat gini...

    ReplyDelete
  8. Mmg masa kak yatie tayang pon dah tau sedap,nak2 ade labu n perasa cklt pula kan,tggu nnti2 nak gak try,skng nih pntng lagi mkn labu..

    ReplyDelete
  9. Aslmkum Ratna
    moga k.Dini & kwn2 slmt dari gangguan sepjg di asrama.kesian kat pelajar bila ada berlaku histeria....boleh terganggu pelajaran dan emosi.
    nampak sedap kuih serimuka 3 rasa ni....warnapun menarik. yg hijau itu ingatkan sagu rupanya pulut.

    ReplyDelete
  10. salam kak madihaa.. sedapnyerr.. tun kalau suka makan kuih talam ni.. yg yg kene extra rajin sbb 3 lapis..
    semoga dh xde kes2 histeria kat sekolah.

    ReplyDelete
  11. cantiknya kak....bila pulak giliran kita nk try..

    ReplyDelete
  12. blh tgk jelah yek kak, nk bt mmg nan hado lah hehehe...

    mintak2 kakak dini dijauhkan dr apa2 masalah kt sekolah yek...

    ReplyDelete
  13. Lama dah mama tak buat serimuka ni. Ma suka makan, tapi ntah ye... bila nak datang rajin buat, tak tahulah...

    ReplyDelete
  14. Selamat petang Madiha,
    sedapnya kalau dapat sepotong minum dengan secawan teh o panas kurang manis sambil sembang2 bawah pokok ye Madiha...
    Amie pun teruja sangat kalau tengok kuih2 di dapur yatie... nak buatnya tu kena fikir 2-3 kali sebab tak berapa nak menjadi, kurang mahirlah katakan he he hehh.

    ReplyDelete
  15. Cantek pulak adunan tiga warna tu kak ratna... Tergoda pulak tengok ;-)

    ReplyDelete
  16. salam,

    lamanya tak jenguk blog akak..
    busy sesangat..

    nampak sedap sangat serimuka tu,
    terliur lah.. =)

    ReplyDelete
  17. Assalam Kak Ratna...
    Teringin nak makan kuih serimuka tu....nampak sedap...

    ReplyDelete
  18. Assalam Ratna,
    semuga kakak Dini dan murid2 yang lain dilindungi Allah..
    histeria ni dulu2 time akak sekolah menengah lagi dah ada..
    satu murid menjerit(histeria)..dia boleh berjangkit kemurid2 yang lain especially yang lemah semangat..memang sekolah akan suruh murid2 yang tak affected untuk pulang kerumah while the school tutup until further notice..

    kuih mu itu nampak sedap banagt..akak sekarang dah jarang menalam, sebab malas..huhu

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum madiha.... suka nya tengok serimuka tiga rasa nie... cantekkk...

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Ratna..
    cantik tul kuih tu..mst sedap..ari tu dh tergoda kat dapur k.yatie..tgk sini plak lg tgoda..hmm..tringin nk cuba bt sndri..hrp2 jd la ^__^

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum K.Madihah,
    cantik serimuka 3 rasa yg Madihah buat ni..tq sudi mencuba dan kena dngn selera Madihah sekeluarga...mudah2an anak Madihah dan rakan2nya yg lain sentiasa di lindungi walau di mana mereka semua berada...Aamiin..

    ReplyDelete
  22. telan air liur betul bila tengok serimuka 3 rasa ni.tgk gambar pun dah tau sedap..bestnya kalau dpt makan ni

    ReplyDelete