Friday, May 10, 2013

Ayam Kurkar

Assalamualaikum & selamat pagi....


Bersua lagi di pagi Jumaat yang barakah... Jumaat terakhir di bulan Jamadil Akhir... Esok dah bermula 1 Rejab.. hanya tinggal 2 bulan je lagi nak sambut Ramadhan...  sekejap je masa berlalu kan.. Pada yang belum habis ganti puasa tu.. elokla cepat2 ganti... ni cakap kat diri sendiri juga ni... belum habis lagi ganti puasa.. ada lagi 2 hari.. huhu.. InsyaAllah.. dah janji ngan anak dara nak puasa sama2 cuti sekolah nanti.. Katanya dia dah ganti puasa beberapa hari kat asrama.. berpuasa sama2 dengan kakak2 senior.. alhamdulillah.. walaupun berjauhan dari keluarga.. masih ada rasa tanggungjawab untuk menunaikan kewajipan..  

Ok hari ni awal sikit kongsi resepi... mana tau ada ibu-ibu yang takde idea nak masak apa hari ni.. bolehlah cuba lauk yang simple tapi sedap ni. Hari ni Jumaat mesti ibu-ibu atau suri rumah nak masak awal hari ni kan.  Nanti anak-anak balik awal dari sekolah nak makan. Ada juga suami yang akan pulang ke rumah untuk makan tengahari.. lepas tu nak pegi solat Jumaat pula.  So bolehlah cuba masak lauk mudah ni.. Bahan2 pun mudah..



Lauk ni sekali pandang macam kari.. tapi sebenarnya bukan walaupun rasanya seakan-akan.  Yang pasti lauk ni sedap di tekak kami sekeluarga.  Terima kasih pada bundo yang berkongsi resepi Ayam Kurkar.... Mesti ramai yang tertanya-tanya.. apa itu Kurkar? Kalau nak tau apa maksud Kurkar... silalah semak sendiri bahan2 dalam resepi nanti akan tau jawapannya... hehehe...

Mohon izin ye bundo MaDiHaA letak kat sini resepinya.... Terima kasih juga pada Yana Shaiful & Nshafea yang mengwar-warkan kesedapan resepi ni..



AYAM KURKAR
Resepi : Ibundo @ Dapur Ibundo
Sumber :
YanaShaiful, Nshafea & MaDiHaA

Bahan2
2 ekor ayam kampung ~ MaDiHaA guna 1 ekor ayam biasa (dibuang kulit)
santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang ~ potong 4 ~ MaDiHaA letak 4 (anak2 suka kentang)
5 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kari 
1 biji tomato ranum XXL ~ yang ni MaDiHaA tambah sebab takde stok tomato puri
3 sudu besar pes tomato puri  ~ takde stok jadi MaDiHaA guna 3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes cili giling ( cili kering ) ~ MaDiHaA guna serbuk cili 2 sudu besar
4 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia ~ dihiris mancis
2 batang serai ~ dititik
minyak masak secukupnya
garam, serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan
1. Masukkan rempah kurma, kari, pes tomato dan cili ke dalam mangkuk.
Tambah sedikit air dan jadikan pes. (step ni MaDiHaA kisarkan buah tomato ranum dengan rempah2 & serbuk cili dengan sikit air utk jadikan pes)
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan pes rempah dan serai titik. Tumis sehingga masak dan berbau harum wangi.
3. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering.  Tambah santan. Apabila ayam setengah masak masukkan kentang, garam & serbuk perasa.
4. Masaklah sehingga ayam & kentang empuk dan kuah pekat. Tak payah bubuh asam sebab tomato puri memang dah ada rasa masam.
Selamat Mencuba :-)



15 comments:

  1. salam madihaa, Liza pun ada tgk resepi kat dapur CMG ari tu, dah masuk list tp tak buat2 pun lg...hihihi

    ReplyDelete
  2. smlm tertengok satu rcgn masak kat astro..restoren cina.masak nasi ayam dlm belanga konsepnya.nasi dimasak dlm periuk tanah,bila nasi dag mengelegak..dia masukkan bekas berisi ayam(sbiji dalam gambar ni) dan tutup periuk..lps tu dah masak,letak sos (kicap cair,ikan masin,bawang goreng) nampak sedap sgt

    ReplyDelete
  3. salam kak madihaa..

    uniknya nama resepi ayam tu..apapun, nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Salam kak Madiha...
    Tak pernah dengar nama ayam kurkar ni..tapi kalau rajin, esok nak masak la...sbb ada ayam dara yan tak usik lagi tu...tq share

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Madiha,
    Amie dah tengok beberapa kali menu ayam kulkar ni tapi belum berkesempatan untuk mencubanya... suka dengan bahannya tu...tomato purinya tu...

    ReplyDelete
  6. owh..kurma kari yer??..berpuasa ganti bersama dgn kawan2 di asrama mmg seronok.

    ReplyDelete
  7. ooooo.. ayam kurma kari.. saya biasa juga masak ayam/ daging letak rempah kurma dan kari sekali, tapi tetap panggil masak kari, hihi

    ReplyDelete
  8. nampak macam kari rupanya bukan...
    kalau dah kata sedap patut cuba ni..

    ReplyDelete
  9. Mudah jer resepi ni ye kak ratna boleh cuba ni :)

    Tahu dah apa itu Kurka (Kurma + Kari) betul tak :D

    ReplyDelete
  10. resepi baru, tp sekali imbas mmg nampak cam kari je... ni yg nk try nnti nih utk menu ayam

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Ratna
    pertama kali dengar masakan ayamkarkar....tengok bahannya....ada letak kari dg juga kurma...boleh cuba juga nanti.
    re; betul tu...nampak colleseum tu teringat citer omputih lama...gladiator dok bertarung dg penonton keliling bersorok.

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah akan dicuba satu hari ini nfi sbb ramai yg dah cuba kan

    ReplyDelete
  13. teringat kampung panggey ayam makan.. kur..kurrrr.... kat sini kok kurkar! hihihihihi

    ReplyDelete