Thursday, May 9, 2013

Moist Banana Muffin



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Dah lama MaDiHaA tak buat muffin.  Masa en. hubby nak balik ke kampong pada petang Sabtu untuk mengundi, sempat MaDiHaA adun 3 adunan muffin pisang ni untuk kirimkan ke kampong.  Anak dara MaDiHaA kebetulan pun sedang bercuti sejak dari hari Sabtu sehingga hari Selasa. 4 hari berturut2 cuti sebab sekolahnya juga digunakan sebagai tempat mengundi & kebetulan hari Selasa tu pulak merupakan hari Hol Negeri Pahang... sebab tu dapat cuti 4 hari terus.  Ikutkan hati.. kakak Dini nak balik ke PJ.. tapi ayahnya kata tak payahla balik sebab ayah pun nak balik kampong untuk mengundi.  Jadi ayahnya suruh dia balik ke rumah opahnya je lah.  Cuma ibu yang tak boleh balik sebab nak mengundi kat sini.  Mulanya sedih juga dia tak dapat balik PJ sebab tak dapat nak jumpa ibu.. tapi bila dipujuk2 barulah okey.  Sempat lagi tu suruh ibu buatkan kuih untuk dia.  Tu yang MaDiHaA buat muffin.. tahan lama sikit berbanding kuih.. hehe..  Lagipun kebetulan pisang berangan & pisang raja yang dibawa balik dari rumah ma tempohari dah mulai ranum... sedang moleklah.  Tak perlulah nak cari bahan mentah yang lain untuk buat kuih... guna je apa yang ada.  



Sebenarnya dah lama simpan resepi CT Delima ni... cuma tunggu je ada peluang nak buat.  Bila dah ada bekalan pisang ni bolehla buat.. hehe.. Sebelum ni bukan tak pernah beli pisang.  Tapi hubby selalu beli pisang yg selalu dibeli ialah pisang 40 hari, lemak manis atau emas.. kalau pisang tu... sekejap je licin dikerjakan dek anak-anak.  Semuanya suka makan pisang.. haha...

Oklah.. kalau dah merapu tak boleh nak berhenti... jom tengok resepi ni.  Kejadian muffin ni sangatlah gebu.  Muffin ni adalah kategori muffin yang lembut sama seperti cupcakes.  Bukan muffin yang sedikit padat tu ye.  Cara buat pun berbeza sebab resepi ni memerlukan mixer untuk membancuh.  Kalau muffin biasa yang naik membukit tu hanya perlukan whisker je untuk godek adunan.  Budak2 suka makan muffin ni sebab ada inti coklat kat dalamnya... sedap sebab MaDiHaA buat tak manis sangat... dah dikurangkan gula dari kuantiti asal... so takdelah manis sangat.. sedang2 elok je dengan selera kami.. Terpulanglah pada citarasa masing-masing ye.  Kalau suka manis boleh ikut sukatan asal.  Terima kasih CT Delima untuk resepi ni ye... mohon kongsi kat blog MaDiHaA plak ye.. 


Moist Banana Muffin/Mafin Pisang Lembab
Resepi : Olahan CT Delima yang diambil dari internet
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan basah :
1 biji telur gred A - suhu bilik
75 gram gula kastor (MaDiHaA guna 60 gm)
1 sudu besar madu
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila / pisang
90 ml minyak jagung / minyak masak
3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus

Bahan kering :
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (MaDiHaA guna 1/4 sudu teh)
3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit (takde stok)

30 gram coklat masakan - dadu besar (MaDiHaA gunakan choc filling resepinya di SINI)

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan.

2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata.

3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati sahaja.

4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya.

5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.


 
Selamat mencuba!


13 comments:

  1. assalamualaikum kak.. cantek moleh dah jadi muffin pisang tu.. sedap sangat.. tapi akak guna pisang raja? nani tak penah makan pisang raja.. entah ler.. dulu2 org kata tak leh makan.. so sampai skrg nani tak cuba or ingat nak makan.. skrg ni mmg nampak org jual pisang raja... tapi belum teringin nak beli.. setakat pisang berangan tu mmg selalu.. sedappp pisang berangan.. lagi pun pisang berangan tak bisa.. kalau pisang emas pulak yg bisa utk anak asma ni.. pernah haikal makan pisang emas, terus semput.. so kalau anak2 teringin pisang, nani beli berangan je.. buat goreng pisang pun berangan gak... bukan abu.. sbb abu susah pulak jumpa.. dah abis borong dek penjual goreng pisang kot.. kakakaka

    ReplyDelete
  2. Done klik klik ur nuffnang.. :D

    ReplyDelete
  3. salam nani... akak guna pisang berangan.. bukan pisang raja.. pisang raja tu akak buat goreng je.. hehe.. actually pisang yg org tua2 kata berbisa tu ialah pisang raja udang yg kulitnya berwarna merah tu.. hehe.. tp tu semua mitos belaka... tiada kebenaran rasanya sbb akak pernah mkn takde pula jadi apa2 yang tak elok.. wallahualam..

    TQ sudi klik nuff...

    ReplyDelete
  4. apa2 yang berkaitan semua favorite ! especially pengat pisang. uuiiii keliur plak hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Madiha, umi simpan dulu ya resepi ni..nak buat ujung minggu, suami suka kek yang ada unsur pisang...sedap, siap ada filling lagik..

    ReplyDelete
  6. Nur pernah buat sekali kek pisang...menjadi...lepas tu lupa hingga kini cara2 nak buat...anak-anak suka makan pisang lebih lagi kalau cekodok atau digoreng..yang pasti sambal kicap mesti ada...

    ReplyDelete
  7. assalam k madiha
    berlainan tempat ye kak mengundinya
    takper kan janji tunaikan tugas kita 5 thn sekali ni
    sy pula dah tukar alamat sini sama tempat dgn asben, kalu tidak camna sy nk balk kg kan he hee
    suka kak dini dpt kiriman dari mama sedap muffin tu, pisang harum baunya

    ReplyDelete
  8. salam kak madihaa..

    sedapnya makan mufin dengan choc filling..nak buat gak la nanti..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak ratna... apa2 pun simpan resepi dulu... nanti buat :D

    ReplyDelete
  10. Alalalaaa Tembam2 Nya..cantek..siap Ada Inti Lagi...ant Sini Sikit

    ReplyDelete
  11. bdak2 mesti suka nie sbb ada inti dalam tue..comel2 plk bila dh msuk dlm cup kan..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya kak...tapi sayang famili fiza kurang sikit nak makan...kalau buat pun sedih ja sbb x dak sambutan...tapi fiza nak juga cuba resepi akak ni...he he he...***sbb baru bawa balik sebeg lagi pisang putar,...he he he

    ReplyDelete
  13. bestnyer..tapi bila masak..kalau nak jadi pun yang muffin premix..kalo buat sendiri...belum berjaya lagi..huhuhu...

    ReplyDelete