Pagi ni MaDiHaA kurang sibuk jadi nak sembang2 sikit pasal balik kampong waktu jenguk ma yang tak sihat hujung bulan lepas. Maaflah tulisan kali ni mungkin agak panjang. Hanya cerita2 famili aje. Kalau ada yang malas nak baca.. tengok-tengok gambar saja ye... hehe.. Cerita ni hanya untuk kenang2an buat kami.. insyaAllah..
Kami bertolak pulang ke kampong hari Jumaat 26hb April selepas kerja. Lepas2 kerja pun.. berkemas pakaian, itu ini hampir pukul 8 juga baru boleh bergerak. Yelah.. sampai rumah pun hampir 7 mlm. Waktu tu ma dah dihantar ke Hospital Segamat oleh adik2. Kebetulan pula Angah sekeluarga (adik no. 2) dari Klang memang dah balik sehari sebelum kami sebab kebetulan dia ada hal lain yang nak diuruskan. Sedang eloklah semua dah ada sana. Hanya MaDiHaA je yang belum sampai. Dalam pukul 8 malam Abby (adik no. 3) beritahu ma sudah dibawa ke dewan bedah... hampir 4 jam juga adik menunggu ma di luar dewan bedah. Kesian juga dia sorang2 tunggu ma. Tapi nak buat macamana.. angah tak boleh nak teman sebab ada anak kecik.. begitu juga dengan adik ipar pun ada anak kecik yang masih menyusu badan. Anak Abby sebaya dengan anak bongsu MaDiHaA sudah berumur 4 tahun.. jadi bolehlah ditinggalkan dengan adik2 yang lain... Lagipun kalau tunggu ramai2 nanti yang dibenarkan jaga ma dalam wad hanya seorang.. takkan yang lain nak tidor kat luar sorang diri pulak. Rumah pun bukannya dekat.. hampir sejam perjalanan juga. Jadi elokla Abby sorang je yang jaga ma. Waktu kami berhenti makan di simpang Serting hampir pukul 12 malam.. barulah adik beritahu ma baru saja siap di bedah.. semuanya ok.. tapi lepas beberapa jam.. adik beritahu nurse cakap oksigen ma tak berapa ok.. terpaksa diberikan oksigen tambahan. Berdebar2 juga hati ni... Abby kata ma tidor saja sepanjang malam tu.. Abby yang jaga ma sepanjang malam di hospital. Abby kata nurse di hospital Segamat semuanya baik2 belaka. Sorang pun takde yang sombong. Alhamdulillah...
Esoknya kami semua bersiap apa yang patut. Oleh kerana ramai rakyat jelata yang akan ikut (3 buah kereta) jadi untuk mengurangkan kos perbelanjaan.. kami bercadang untuk masak-masak dulu & bawa bekal ke hospital. Soal nak makan kat mana itu kemudian kira.. hehe.. Waktu tu ma dah sedar & Abby kata ma nak makan bubur. MaDiHaA jadi tukang masak hari tu dengan bantuan adik & adik ipar.. MaDiHaA masakkan ma bubur ikan bilis campur carrot & untuk kami.. MaDiHaA masak nasi putih, ayam masak kicap, ikan goreng sambal dan taucu cili hijau campur bilis.
Sampai2 je.. terus cari parking tempat yang ada ruang untuk kami makan2 dulu sebab waktu tu dah hampir pukul 2 petang. Waktu melawat tengahari dah nak tamat. Budak2 ni sempat lagi melawat kawasan.. Ada macam2 pokok kat sini.. terjumpa pulak pokok asam gelugur.. Kami semua memang tak kenal macamana rupa pokok asam gelugur.. itupun hubby yang bagitau.. oo.. barulah kenal.. hehe..
Inilah dia pokok asam gelugur yang ada berhampiran dengan parking Hospital Segamat.
Anak2 dah ambil tempat...
Hubby sempat lagi bergurau dengan anak saudara..... hishhh.. ditonggengnya anak orang.. sabar jelah... hehe...
Walaupun waktu melawat dah tamat.. MaDiHaA naik juga ke wad untuk hantar bubur nasi pada ma. Abby kata ma taknak makan makanan hospital & dia tunggu bubur kaklong buat. Alahaii... redah rasa hati ni... Guard kat situ pun baik & benarkan je MaDiHaA naik ke wad. Bila sampai wad.. ma senyum je. Nampak dia dah sihat.. dah boleh berjalan ke tandas.. Alhamdulillah.. Terus suruh Abby turun makan dulu dengan adik2 yang lain & sementara tu MaDiHaA suapkan ma bubur. Berselera tengok ma makan.. sedap bubur kata ma.. tapi ma tak boleh makan banyak.. dia makan sikit2 tapi kerap. Bila adik2 siap makan Abby naik & MaDiHaA pula turun makan sementara masuk waktu melawat pukul 4.30 petang.
Bila MaDiHaA turun ke bawah tengok masing-masing seronok bersembang.. Selesa betul duduk kat situ.. tanah rata & redup sebab ada banyak pokok...
nak solat pun boleh.. ada paip air disediakan berhampiran.. Ruang solat memang ada disediakan diluar bilik wad..
Malam tu.. giliran MaDiHaA pula jaga ma kat wad. Kasihan juga kat Abby dari petang kelmarin dah jaga ma. Biarlah dia balik berehat kat rumah pulak. Mujurlah malam tu sempat ambil kerusi malas.. jadi dapatlah landingkan diri.. kalau tak.. lenguh juga kalau duduk atas kerusi aje.. ma pun okay aje.. cuma sesekali je panggil minta nak minum air masak. Esoknya.. doktor buat pemeriksaan katanya hari tu dah boleh balik. Alhamdulillah...
Esoknya Isnin MaDiHaA ambil cuti ekstra sehari lagi untuk jaga ma sehari lagi. Anak-anak pun terpaksalah ponteng sekolah sehari. Takperlah.. lepas tu dah tak boleh nak jaga ma lagi.. nanti hanya Abby, Dee (adik bongsu) & adik iparlah yang kena jaga ma. Memanglah tak perlu nak jaga ma macam baby.. hanya kenalah tolong masakkan makanan yang sesuai untuk orang sakit... Ma pun dah nampak sihat.. berselera ma makan bihun sup yang MaDiHaA masak pagi tu.. bihun sup hanya campur ayam & sayur sawi je.. ayam kalau MaDiHaA masak bahagian kulit & lemak2 memang MaDiHaA akan buang. Bagi orang yang operation mcm ma.. ayam boleh makan.. tapi bahagian kulit jangan ambil sebab bahagian kulit tu orang kata gatal.. cuma jenis ikan je kena tengok2 jenis juga.. digalakkan makan ikan haruan bagi mempercepatkan luka dalaman cepat sembuh.. selain tu.. ma makan juga jelly gamat & pati ikan haruan. Luka pembedahan tu lebih kurang 4 inci juga MaDiHaA tengok.. pendek beberapa inci je dari luka pembedahan waktu MaDiHaA lahirkan Alin.. harap2 biarlah cepat sembuh.. Berkali-kali MaDiHaA pesan kat ma supaya jangan buat kerja2 berat lagi.. suruh dia berehat je kat rumah. Kalau sihat Ma ni memang jenis tak reti duduk diam.. ada je yang nak dibuatnya.. Tengok gambar kat bawah tu.. pokok2 cili tu semua ma yang tanam.. ma kata geram je nak meracun semak2 kawasan pokok cili tu.. pakkal ler tengah sakit.. hehe..
Semak sikit kawasan sebab tuannya tak sihat.. hehe...
Nampak macam takde sangat buahnya kan.. tapi kalau kita pegi dekat2.. lebat juga buahnya.. pokok2 ni semua baru je mengeluarkan buah yang pertama...
Masa Dee suruh masak taucu cili hijau campur ikan bilis tu.. Tertanya2 juga ada ke cili hijau sebab kalau nak masak kena guna cili hijau lebih sikit barulah best.. Rupa2nya masa ma masih sihat.. dia ada tanam beberapa pokok cili besar
kat tepi rumah. Bukan beberapa pokok.. ada jugalah dalam 50 pokok kata adik. Rindu gamaknya nak berkebun macam dulu2 masa arwah ayah
ada.. Untuk menghilangkan bosan duduk di rumah agaknya tulah dia
berkebun sikit selain dari menjaga pokok2 bunga orkid dia tu. Tapi kat rumah ni ma tanam cili dalam polibeg aje.. masa berkebun dulu tanam atas batas siap beralas plastic marching untuk mengurangkan rumput tumbuh atas batas & juga untuk mengurangkan masalah bena. Tapi maklum ajelah kalau dah tanam beribu2 pokok tu.. selalunya musuh memang bermaharajalela... nak kena spray dengan racun juga...
Untuk makan sendiri memang tak habis ni.... kecualilah kalau anak2 ma balik tiap2 minggu.. jadi tukang rembat.. hehe...
Yang ni nampak subur betul... geram sungguh..
Yang dah hampir nak masak pun ada... waktu arwah ayah berkebun dulu.. kami adik-beradik kutip cili merah sampai nak termuntah! punyalah byk... tiap kali cuti sekolah memang itulah kerja kami.. jadual memetik selang 2 hari sekali.. sekali petik dapat berbelas guni.. memang jemu dibuatnya.. hihi..
Seronok
tiap kali balik kampong.. ada2 saja yang ma baru tanam... Kalaulah
MaDiHaA punya banyak masa & ada tanah di sekeliling rumah.. mau juga
MaDiHaA berkebun macam tu... sekurang-kurangnya.. dapat juga kurangkan
belanja dapur.. Teringat masa kami menyewa rumah semi-D masa anak baru
seorang dulu.. depan rumah penuh dengan pokok bunga ati-ati berbagai
corak, pokok bunga rose Jepun atau portulaca pun banyak juga.. ada lagi
beberapa jenis pokok bunga seperti impatient, aster & lain2 pokok
bunga yang MaDiHaA tak tau namanya... hihi.. Belakang rumah pula..
MaDiHaA tanam cili padi, terung, serai & pokok kesum. Memang tak
perlu membeli... cukup utk kegunaan kami siap boleh bersedekah lagi..
MaDiHaA hanya petik banyak ni je untuk masak taucu hari Sabtu tu... pastukan.. ramai yang tak cukup masa kitorang berkelah kat hospital tu.. Esoknya.. adik pula masak sekuali lagi.. haa kauu.. barulah puas makan.. hehe.... ranap buah cili ma.. kekekeke...
Pagi Isnin tu.. sempat juga snap gambar bunga2 orkid ma sebelum MaDiHaA siram orkid & pokok2 cili ma tu... suka betul tengok bunga2 orkid yg sedang mekar tu.. tak putus-putus tiap kali kami balik ada aje bunga yg sedang mekar..
Yang ni pun cantik...
Yang ni nampak besar bunganya kan.. tapi sebenarnya kecik jer.. pasunya pun comel jerrr dlm 3 inci je... hehe..
Petang Ahad hubby sempat juga tebang pisang.. dapatlah 2 tandan.. setandan pisang berangan & setandan pisang raja. Sempat juga hubby, angah & Tasya (adik ipar) gotong-royong alihkan anak2 pisang ke tempat baru. Sebabnya anak2 pisang tu dah merebak nak masuk kawasan rumah jiran. Sementara semua pokok2 besar dah habis jadi ma suruh dorang alihkan anak2 pisang tu ke tempat lain.. harap2 tahun depan dapatlah hasilnya.. hehe..
Banyak juga rezeki dari kampong yang kami bawa balik ke PJ. Selain pisang, sempat juga gali ubi kayu seperdu.. banyak juga isinya. Pucuk2 ubi pun tak dibazirkan.. habis MaDiHaA kutip.. hehe.. Pastu MaDiHaA ajak hubby cari buah salak.. dapat juga sebaldi. Tak lupa.. rembat juga cili hijau ma.. dapatlah seplastik kecik... tunggu balik sekali lagi kot ada banyak lagi buah2nya keluar... anak2 tukang rembat jer.. hehe... Sebenarnya MaDiHaA ada ambik gambar buah2 yang dibawa balik dari kampong tu.. tapiiiii... gggrrrrrrr... Alin dah delete kesemuanya.. aduhaiii.. sabar jelah.. dia memang rajin sangat godek2 handphone MaDiHaA. Dah banyak kali pesan jangan delete gambar2 ibu.. tapi terdelete juga... alahaiii anakk...
Tayang gambar lama je ya.. masa ni MaDiHaA pernah update pasal petik buah salak kat SINI. Masa ni tahun 2007.. hehehe.. ni gambar hubby tau..Sekarang ni pokok salak masih lagi mengeluarkan buah.. memang puas anak2 makan.. kalau kami bawa balik.. memang bersedekah je kat jiran2 & kawan2..
Closed up gambar buah salak.. pokok2 salak ni arwah ayah & ma yang tanam. Ada satu lagi entry melawat kebun salak boleh klik SINI.
Oklah.. cukuplah dulu merapu2 untuk kali ni ye...
Jumpa lagi...
semoga mak akak cepat sembuh.
ReplyDeletebanyak nya cili. cili hijau best ni makan dengan vadeh hehehe
moga ma cepat sembuh yer...sedapnyer salak tu...
ReplyDeletesemoga mak akak cepat sembuh...
ReplyDeletehepi orang tua bila tengok semua anak-anak balik...
untung berbudi pada tanah ni...tengoklah hasilnya..
semoga mak akak cepat sembuh ye kak .. mana x risau kan ..
ReplyDeletewahh cantik2nyeee lada hijau ! segar2 .. geram tgk nie ;)
Moga mak Ratna cepat sembot. cepat juga mak Ratna dpt keluar hosp...tp mudah sikitkan nak tengok2kan mak bila dah balik rumah.
ReplyDeletegeram tengok cili2 itu...lebat. menjadi tanamannya. bunga orkid itupun cantik berbunga..
Semoga ma akak cepat sembuh dan segalanya dipermudahkan oleh Allah... seronok bila muafakat ramai2... bestnya kalau ada rumah bertanah kan...memang menjimatkan..berbudi pada tanah memang berbaloi
ReplyDeletesmoga ma cepat baik ye
ReplyDeletetgk pokok salak..teringat pokok salak yg ayah tanam dlm kebun getah
Semoga mak akak cpt sembuh okey =))))
ReplyDelete