Kongsi resepi sihat di pagi Isnin 3 Rejab. Kalau tak tau nak masak apa hari ni.. bolehlah cuba resepi sihat ni ye. MaDiHaA ni pandai je kempen dengan resepi sihat... tapi sebenarnya MaDiHaA sendiri pun jarang2 masak menu sebegini. Tekak kurang sikit nak terima ikan dikukus mcm ni.. kalau ayam ok pulak.. haha.. Ini pun sebelum dimasak.. tanya persetujuan en. suami dulu... Bila dia kata okay barulah MaDiHaA berani masak. Bukan apa.. takut tak dapat sambutan ramai.. haha... Yang kelakar.. anak bujang MaDiHaA si Haziq... nampak je lauk ni terhidang atas meja... dan dan tu juga komplen... alaaa.. ibu masak apa ni? tak sedaplah! (walaupun dia belum cuba lagi dah komplen tak sedap) nampak sangatlah ibu dia tak pernah masak ikan kukus.. kekeke... Yelah tekak ibu sendiri kurang minat dengan ikan kukus (walaupun ikan feberet ibu) sebab tulah anak2 pun rasa pelik bila sesekali menu sebegini dihidang atas meja. Usahkan dirumah sendiri... kalau makan kat luar pun memang tak pernah order ikan kukus atau ikan steam... alahaiiii.. teruk betul kan... taunya selera tu nak makan yg sedap2, yang bergoreng2 aje... macamanalah nak kurus!
Oklah.. sebenarnya lauk macam ni mmg baik untuk kesihatan sebab takde setitik minyak pun digunakan. Untuk menyedapkan hidangan.. hidanglah dengan sambal belacan & ulaman yang disukai.. Waktu makan.. sempat MaDiHaA hirup2 kuah ikan kukus ni.. sedap rupanya.. ada rasa pedas2, masam masin.. harum bau bunga kantan tu yang buat ia lebih sedap.. Kalau suka makan bunga kantan tu.. bolehlah dihiris halus2 ye.. MaDiHaA belah 4 je sebab taknak banyak sangat 'bunga rampai' dalam pinggan tu.. hehe... Cili & halia hiris tu semua dimakan bersama2 nasi.. barulah dapat rasa kesedapannya. Halia tu bagus untuk buang angin dalam badan. Hmm.. ni sebenarnya operasi nak perhabiskan bunga kantan dalam simpanan. Maka terciptalah resepi ni..
Jom cuba!
IKAN KUKUS KANTAN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 ekor ikan saiz besar / sederhana (MaDiHaA guna ikan jenahak) ~ dibersihkan & buang sisik & kelar2 sikit
sedikit garam
6 biji cili padi ~ dihiris
1 biji cili hijau/merah ~ dihiris
1 kuntum bunga kantan ~ dihiris (MaDiHaA koyak2 & belah 4 je)
2 inci halia ~ dihiris halus
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
1 1/2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil perahan limau nipis
1/3 cawan air
1 biji tomato ~ belah 4
Cara menyediakan
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Ikan yang siap dibersihkan dilumur dengan haram halus. Letakkan di dalam pinggan hidangan yang boleh dikukus.
3.Taburkan bahan2 hiris di atas ikan kecuali tomato.
4. Campurkan air, sos ikan & perahan limau nipis dalam satu mangkuk & kacau rata. Tuangkan ke atas ikan. Kukuskan ikan selama 20 minit atau sehingga ikan masak. Dalam 3, 4 minit terakhir boleh masukkan potongan tomato. Kukus lagi sebentar. Kemudian bolehlah dipadamkan api & sedia dihidangkan panas2.
Selamat mencuba!
haar le kak..smaa menu... tp kite xde bunga kantan...
ReplyDeletekiter pun sebenarnya teragak2 nk masak ni... sbb en garpil x suka (x penah mkn pun)
tp semalam, dia ok kan pulak....
bila time mkn, nampak mcm xde masalah utik dia mkn...tp nasi x bertambah...huhuhu
so, ni je 1st n last kot...
pas ni, samb masak 3 rasa blk..haha
idea yang bagus ni...
ReplyDeletepening nak masak apa bole cuba resepi yang sedap ni...
Assalammadihaa,kat rumah saya pun samaanak2 tak suka mkn ikan kukus mcm ni, lagi suka goreng 3 rasa atau masak merah2 huhu, yg berkhasiat taknak mkn pulak, tadi ada buat kuku ( rebus ) ikan kembung, bila tgk madiha letak bunga kantan terus pg tambah kat dapur heheh,ada sikit kelainan ( msk utk sendiri je menu ni )
ReplyDeletePromosi Jualan sehingga 31hb Mei 2013
ReplyDeleteProduk Rumpai Laut Kolegen Ulung hanya berharga RM 7.00 Sekotak ( 100 gram )
Promosi ini hanya untuk Bayaran tunai sahaja !
Sila Rujuk Blog Kami
http://rumpailautkolegenulung.blogspot.com/2013/05/promosi-jualan-kolegen-ulung.html
Kat umah ni yana je la yg mkn klu msk ikan kukus cani..en.suami xmkn sgt.. klu bt 3 rs laju je mkn hehe
ReplyDeletesekali sekala buat lauk cenggini best gak ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak..saya ikan kukus memang peberet especially ikan siakap/merah tapi selalu tak dapat masak sendiri sebab nanti sendiri kena makan..orang lain tak moooo..hu hu hu ..
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Madiha..
ReplyDeleteWah bestnya ikan kukus. Nadz suka ikan kukus sbb isinya lembut jer tapi anak2 lebih suka ikan2 cam ni digoreng dan buat masak 3 rasa atau sweet sour..
Aslmkum Ratna
ReplyDeletesamalah kita Ratna..mmg jrg masak ikan kukus sbbnya..kalau ikan kukus kurang sambutan berbanding masak yg goreng.
tp sesekali bolehlahkan masak..tukar2 menu...
Klu zila suka mkn camne..ltk bga kntan byk2..sedapnye..nasib ank dgn hubby ok jew kak..klu x pning jgk ..
ReplyDelete