Wednesday, July 17, 2013

Biskut Samperit

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Nampaknya tak dapat nak kongsi resepi iftar hari ke empat (sambungannya) seperti yang dijanjikan semalam.  Malam tadi tukar handbag lain sebab kejap lagi MaDiHaA nak ke bank ada sikit urusan.. Dah transfer purse dan lain2 keperluan ke handbag lagi satu tu.. tapi... terlupa pulak nak ambil sekali pendrive yang simpan semua gambar2 dalam handbag lama... Yang ada dalam handbag yang ditukar ni hanya pendrive lama... godek2 terjumpa gambar biskut ni... ahh.. kira bolehlah kan.. gambar lama.. tapi rasanya belum pernah kongsi dalam blog ni lagi...  Biskut samperit ni antara biskut ekonomi & ianya sangat famous setiap kali raya.. Di sebabkan bahan2 yang digunakan mampu di adakan oleh semua orang... jadi semua orang boleh membuatnya tanpa perlu pening2 nak beli bahan2 yang mahal...

Terima kasih Maklang Azie yang berkongsi resepi ni dulu di fotopages beliau.  Fotopages Maklang dah lama dah ditutup kepada umum.. dulu kat situlah tempat MaDiHaA selalu mengintai resepi.. hehe.. Dulu maklang selalu berkongsi resepi di fotopages.. tp sekarang maklang dah ada blog... malah sekarang dah jadi sifu mengajar buat kek & macam2 lagi...


BISKUT SAMPERIT
Resepi : Maklang Azie

Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat... (MaDiHaA guna ceri merah)

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit. (MaDiHa bakar 10-12 min jer)


Selamat mencuba!

22 comments:

  1. semperit ni memang feveret. tiap2 tahun mesti buat

    ReplyDelete
  2. hhe heheh.. dalam hand bag Amie memang ada seribu satu macam benda, kalau tukar beg mesti ada benda yang tertinggal..
    kuih samprit tu kuih evergreen, dulu, kini & selamanya

    ReplyDelete
  3. Mmg kuih evergreen...MIL gee pon setiap kali raya buat kuih ni... sedap sgt...

    ReplyDelete
  4. anak akak dah request nak kan kuih ni...sedap!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ratna, dah tayang kukis dah ni...hehe. Alhamdulillah boleh jgk update, lama punya pun lama laa...

    ReplyDelete
  6. teringat semperit ibu meruta Sal..gebu..cair dalam mulut..nak buat malas..boleh tak..hehee

    ReplyDelete
  7. mmg peberet liza ni, nak2 masuk mulut terus cair, fuhhh berbalang2 kompem habis...hihihi

    ReplyDelete
  8. dari tahun ke tahun sy berangan nak buat semperit tak jugak buat, tak sempatlah, kak.. sedeyyy

    ReplyDelete
  9. Sedap ..... Buat untuk raya ni...

    ReplyDelete
  10. Baru di request anak bujang akk biskut ni. Nak buat ke tak.....mcm nk beli je. Tp takut tak sedap.

    ReplyDelete
  11. raya tanpa semperit macam tak best saja kak...

    ReplyDelete
  12. Assalam kak

    Leceh kan tukar2 hanbeg ni, mesti ada brg miss mcm sy ni terlupa nk bawa note
    Biskut wajib raya kan, biasa ktorg tunggu biskut2 kakak sulong dari pahang he hee antaranya semperit gebus ni pakat2 berebut la. Org lama punya semperit lain
    Thn ni pun sy ambil tempahan semperit sikit2 la. Sy cp resepi ni ye kak nk rasa versi lain

    ReplyDelete
  13. PH nak simpan biskut ni untuk Chinese New Year :)

    ReplyDelete
  14. Assalam...dah stat ngukis ke?amboi cergas tul..
    Kite lom stat lagi, nk kena kayuh cepat2 gak ni..
    Samperit menu wajib tiap2 tahun sebab anak2 suka..
    Sedap kan sekut ni..cair di mulut gitew

    ReplyDelete
  15. nak cuba resepi ni pulaklah, nampak berselera sungguh

    ReplyDelete
  16. Salam kak madihaa..cantik semperit akak.. yg ni cair dlm mulut ke rangup? tun jenis yg suka mkn biskut rangup2, kalau yg cair dlm mulut kurang sket.

    ReplyDelete
  17. antara biskut lama yg jd feveret dna...

    ReplyDelete