Jangan marah na... kita update 2 kali sehari.. hehe.. Sajalah sementara free... esok lusa belum tentu lagi free..
Tayang jugalah menu Iftar kami hari ke 4. Hari ke empat puasa jatuh hari Sabtu.. hari cuti bagi MaDiHaA. Jadi dapatlah MaDiHaA buat kuih karipap sikit untuk berbuka. Suami & anak2 memang lebih sukakan kuih-muih versi masin atau pedas. Kalau buat kuih2 manis dorang cuit sikit2 je... kita si tukang buatlah yang kena perabiskan hari demi hari. Kalau nak cepat habis.. kenalah sedekah kat jiran tetangga... hehe...
Lauk dari hati lembu tu kena buat 2 versi sebab takut anak2 tak nak makan yang pedas. Lagipun.. en. suami kurang suka lauk berkicap.. sebab tu masak lauk hati 2 versi.. hehe.. Versi kunyit tu pun.. dia sendiri yang masak.. nanti MaDiHaA kongsikan resepinya di entry yang lain ye. Penat je masak 2 versi sudahnya Haziq taknak makan pun lauk hati tu.. terpaksalah panaskan lauk daging sekilo bawang sekilo yang dimasak 2 hari lepas yang masih berbaki. Sayur dalam gambar kat atas tu ialah labu air yang digoreng kunyit. Labu pemberian pengasuh Alin. Dia tak makan labu.. diberinya kat MaDiHaA setengah & setengah lagi diberi pada mak anak asuhannya yang lain. Labu tu pun orang lain yang bagi pada suaminya. Agak tua sikit bahagian bijinya jadi MaDiHaA buangkan bahagian biji & hanya ambil bahagian kulitnya.. sebab tu jadi rupa macam tu.. hehe..
Teringat MaDiHaA puasa tahun lepas.. waktu tu keluarga kami ditimpa musibah (ada ceritanya di sini dan sini) yang tidak disangka2 sebelum menjelang Ramadhan. Terlalu besar musibah itu yang pada pandangan kami terlalu berat untuk kami pikul. Air mata mengalir seakan2 hampir kering bila setiap kali berdoa ianya pasti akan mengalir laju. Hinggakan MaDiHaA tiada mood pun untuk rancak berkongsi resepi di blog waktu tu. Apa lagi nak berkongsi juadah berbuka.. umpama MaDiHaA bergembira di sini sedangkan ahli keluarga yang lain dalam kesedihan. Alhamdulillah.. hampir setahun tempohnya.. musibah yang melanda kami dapat juga diselesaikan & syukur ke hadrat ilahi... Allah s.w.t maha besar, maha adil, maha mengetahui segala yang berlaku & maha mendengar segala doa & rintihan dari hambaNYA... akhirnya semua telah berakhir & kami semua dapat bernafas lega sekarang. Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada saudara mara terutama sepupuku Kak Mas & suami yang berada di Paka yang banyak memberi bantuan dengan pelbagai cara ketika kami dalam kesusahan. Terima kasih juga pada kawan2 yang pernah mendoakan kami agar bersabar serta mendoakan segala musibah dapat diselesaikan. Terima kasih juga kepada Tuan Syukri, Kak Ramlah & abang Sobri yang banyak memberi pandangan & nasihat kepada kami kerana kami sememangnya buntu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Hanya Allah jualah yang akan membalas segala kebaikan mereka kepada kami. Amin amin amin...
Jom MaDiHaA kongsikan resepi Hati Masak Kicap Berempah II ni. Sebenarnya dah pernah kongsi resepi ini tapi kali ini MaDiHaA ada buat sedikit penambahan bahan. Jadi lagi versi II tu. Nanti esok lusa MaDiHaA kongsikan pula resepi karipap & resepi hati versi kuning tu ye..
HATI MASAK KICAP BEREMPAH II
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
600 gm hati lembu - dipotong sederhana nipis
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk kas kas
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
2 biji cili merah ~ belah dua tak putus
1 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)
½ cawan kicap manis
1 keping asam gelugur
minyak utk menumis
Bahan2 kisar
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 inci halia
10 biji cili kering - rebus dan tos
Cara2
1. Hati digaul dgn serbuk kunyit dan garam. Masukkan dlm kuali tanpa minyak dan masak sambil dibalik2kan hingga air yg terbit jadi kering . Bila dah kering (hati masih dlm kuali yg sama) masukkan 1 senduk besar minyak masak dan goreng hati agak2 setengah garing dan angkat lalu ketepikan dahulu.
2. Masukkan minyak secukupnya dlm kuali yang lain (nak guna kuali sama pun boleh.. tambah sedikit sj minyak ). Lalu tumiskan bahan2 kisar dan juga serbuk rempah & 1 sudu kecil serbuk kunyit & tumis hingga garing dan wangi.
3. Masukkan kicap, asam keping dan air. Biarkan mendidih lalu masukkan hati yg digoreng tadi & serbuk perasa. Masukkan bwg besar hiris & cili merah.
4. Biarkan agak kering sedikit sambil dikacau2. Boleh tambah garam jika perlu (jika rasa garam dah cukup masa menggaul hati tadi tak perlu tambah garam)
5. Hidangkan dan hias dengan hirisan daun sup / daun bawang jika suka.
Selamat mencuba..
Salam kak madihaa :) tun dh 2 hari x sempat buat kuih.. biziiii.. tension je xde kuih nk bg jiran tetangga. huhu.. alhamdulillah hari ni xde kelas ptg jd blh la bernafas sket kt dapur..
ReplyDeletetun xpenah mkn hati lembu.. tp suka mkn hati ayam masak kicap. ada rempah2 tu sure lg sedap.
kak...sy mmg tunggu akak citer point tentang kisah tu..tak sangka dh setahun dh ye berlalu..eh, mcm tingin jer nak tau...adeii..ntah apa2 ntah.. :p
ReplyDeletesemoga hati akak & keluarga dh tenang..
wah mengamcam..makan nie ngn nasi putih..boleh berpinggan habes...(nafsu makan di bulan pose)
ReplyDeletehttp://welovesusuibu.blogspot.com/2013/07/rawatan-untuk-gastrik-tak-guna-kapur.html
KAripap tu nampak sedap
ReplyDeleteAsmlkm..sy kongsi resepi yer...tq
ReplyDelete