Keluar lagi menu Pakistan kali ni.. hehe.. hari tu masak jemput2 Pakistan.. kali ni lauk pula. Tiba-tiba je dalam bulan ni dok cuba resepi dari Pakistan atau ala2 Pakistan. Nak buat macamana... mudah sangat terpengaruh bila ternampak gambar sedap2 kat blog atau facebook geng masak2.. hehe.. Tapi setakat terpengaruh benda baik & mengikut2 resepi yang kawan2 cuba tak mendatangkan mudarat kan? Malah.. suami & anak2 tambah sayang & memuji2 sebab masakan ibu sedap & berselera mereka makan. Apa2pun.. nak ucapkan terima kasih pada semua kawan2 yang berkongsi resepi sedap ni terutama empunya resepi Ummi Maria Hakem. Terima kasih tersangat2 pada CT Zaliedana yang sering buat iman tergugat tiap kali nampak masakannya. Tapi tak semua dapat MaDiHaA 'kejar' maklumlah badan gedempol.. semputtt U! hahaha.. Terima kasih juga pada Amie yang berkongsi di blog tempohari. Mungkin MaDiHaA terlepas pandang.. CT pun copy resepi olahan Amie & MaDiHaA pula copy dari blog CT..
CT masak menggunakan daging kambing.. tapi untuk percubaan pertama kali ni.. MaDiHaA ikut selera anak2 yang sukakan ayam. Lagipun kami memang tak pernah beli daging kambing. Kalau ada pun masak kat rumah, daging kambing korban pemberian orang. Sebenarnya MaDiHaA masak lauk ni minggu lepas sebelum cuti sekolah bermula. Sekarang ni tak boleh masak ayam lagi kat rumah.. nanti orang 'dalam pantang' melalak pulak nampak lauk ayam tapi tak diberi makan.. heheh... payah kalau ada 'hantu ayam' kat rumah. Nasib baiklah dia mendengar kata nak juga berpantang bila kita cakap itu tak boleh makan, ini tak boleh makan.. Takpelah Haziq.. tinggal lagi lebih kurang seminggu je lagi kena pantang.. lepas tu mudah2an baiklah luka bersunat tu... dah boleh makan apa2 je kesukaan Haziq..
Ok jom kawan2 cuba resepi ni. Memang takkan menyesal sebab sangat2 sedap! Berbaloi! Mas pun dah buat juga... rugi sapa yang tak cuba..
Ayam Masak Kari Pakistan
Resepi : Ummi Maria Hakem
Olahan : Amie
Sumber : CT Zaliedana
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian (Aku Guna kambing,nak tukar kpda daging pon sdap gak)
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam masala
2 sudu besar yogurt asli
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga
sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan
tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa
selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu
tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. (MaDiHaA tambah juga air biar ayam betul2 empuk) Perasakan dengan
garam. Tambahkan yogurt.
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
Selamat mencuba!
semalam baru ambil ayam masa makan kat opis ni kak...aduh mahalnya campur nasi sikit dah 5 hinggit..
ReplyDeletebaik masak sendiri...sedapnya kari pakistan ni kak...
Assalamualaikum..madihaa..yelah dh ramai kwan2 yg dah buat ayam pakistan ni..semua kata sedap..nnto bole lah saya cuba...tkasih diatas resepi...nmpk mmg sedap...yumyum...
ReplyDeletesedapnya tengok ayam tu kak..rajin ya kak buat menu Pakistan..menarik.
ReplyDeleteNampak menyelerakan.... pandai MadihaA menggoda yer... kalau makan dgn pulut pon sodap ni
ReplyDeleteterbaekkk ayam kari pakistan ni..
ReplyDeletesangat3 lazat...
Akak dh buat eh... saya aje yg tak buat2 lagi..
ReplyDeletetun buat jugak last week.. pastu kan kak ct ckp lg sedap kalau masak lama, tun tinggal lama atas dapur smbil2 ngandap laptop.. pastu masuk dapur tengok habis hangus satu kuali!! lupa nk buka api paling kecik.. adoii.. saboo je laa..
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Madiha..
ReplyDeleteTumpang mkn kat sini boleh kak? Malas nk masak2..hihiiii
wow sungguh menyelerakan, masuk list dulu..lenkali leh cuba ni....nmpk sedap sngt...
ReplyDeletemasakan Pakistan ni memang sedap. Duluuuuu, biras sy selalu masak lauk Pakistan ni sebab abang ipar lama bertugas di Pakistan, memang terangkatlah!!
ReplyDeleteResepi dari Umie Maria Hakem memang sedap2 belaka kan Madiha... kita pun suka resepi tau! Sedap... tak muak!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSekarang semua menu dah international kan. Maklumlah semua maklumat dihujung jari.