Thursday, November 14, 2013

Muffin Coklat



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Permintaan anak teruna MaDiHaA nak bawa sesuatu ke sekolah untuk jamuan akhir tahun hari ni.  Untuk jamuan sekolah agama hari tu dah buatkan dia apam polkadot.. kali ni buatkan muffin ajelah... senang sikit kerja ibu.. kalau buat apam makan masa lebih lama.. renyah kerjanya... hehehe.. 

Muffin kali ni MaDiHaA cuba resepi yang diambil dari blog Ladyrozmy.  Terima kasih ye puan untuk resepi yang dikongsi.  MaDiHaA mohon kongsi kat blog MaDiHaA pula.  Resepi asal menurut puan Lady memang muffin coklat kosong macam ni aje.. tapi puan Lady ada tambah choc chips untuk tambah kelazatannya.  Oleh sebab MaDiHaA kehabisan stok choc chips.. jadi MaDiHaA ikut saja resepi asalnya tanpa choc chips... sedap jugak.. anak dara bambam habis 2 ketul sekali hadap... abangnya tidor awal.. tak sedar pun ibu buat muffin untuk dia.. hehe..

Sebelah muffin yang kuning bersiorr tu krimpuff... alang2 dah panaskan oven.. 
MaDiHaA bancuh pastri choux juga.. tiba2 teringin plak nak mkn krimpaff hehe..


Muffin Coklat
Sumber : Ladyrozmy
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan A:
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar

2 biji telur "A" ~ pukulkan sikit kasi bercampur kuning putih aje
1 st esen vanilla


Bahan B:
3 cawan tepung gandum ~ ayak

1/2 cawan serbuk koko Van Houten @ apa2 brand pun xpe ~ ayak 2 kali
2 st baking powder ~ ayak dgn tepung
1/2 st soda bicarbonate ~ ayak dgn tepung
2 cawan gula perang ~ guna soft brown sugar

Muffin cups


1.  Pre-heat oven at 180' C. (ikut oven masing2 MaDiHaA guna 175C je)
2.  Campurkan semua bahan B dalam  mangkuk besar utk adun semua bahan nanti. MaDiHaA kacau sikit tepong bergaul gula perang.
3.  Masukkan semua Bahan A  ke dalam Bahan B dan gaul rata dengan spatula @ whisker @ sudu aje. Masukkan adunan dalam piping bag utk mudahkan kerja.

4. Pipekan setakat 3/4 muffin cups sahaja.*
Kalau takde piping bag, sudukan dengan sudu kecik pun ok MaDiHaA masukkan lebih sikit dari 3/4 muffin cup supaya muffin naik membumbung.
6.  Bakar selama 20-25 minit (ikut pada oven masing-masing) atau cucukkan pencungkil gigi @ lidi satay ke dalam muffin.. Kalau ditarik dan licin sahaja pencungkil gigi @ lidi tu, silalah angkat keluar tray itu. 

Selamat mencuba!

9 comments:

  1. dulu kalau jamuan mesti nak bawa mee/bihun...sekarang bawa muffin pula...tertunai impian anak nak jamu kengkawanya makan kan kak...sedap ni

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rajinnya Madiha... sedap akak tengok muffin tu ;)

    ReplyDelete
  4. Ujung thun mmg full dgn jamuan sek..sama dgn ank zila..tapi aritu x sempt nk bking apa2..beli jew kak..mmula pln nk wat mupin jgk..tp dh ada bby ne x leh llma sgt kt dpur..

    ReplyDelete
  5. lama x wat mapin.. dulu2 mmg ni laa yg dibuat kalau terasa nk membaking, skrg ni punya laa byk resepi duk dlm folder, xtua dh nk wat yg mana. hihi

    ReplyDelete
  6. salam Na. Akak ni bila la nk start buat muffin dan kek semula. Busy memanjang. Nampak senang dan mudah muffin tu..lembut tak? skrg ni dh mula bersihkan blog akak yang dh bersarang tu..time cuti ni kurang busy sikit. sempat kot jenguk2 2 blog akak tu. Blog Na makin cantik akak tengok..

    ReplyDelete