Alhamdulillah.. baru sempat update blog petang ni.. pagi tadi ke sekolah anak teruna ku Wan Haziq Azhari untuk hadirkan diri di Majlis Anugerah Cemerlang. Tak sangka anak teruna ibu dapat juga anugerah. Sebabnya Haziq ni bukanlah rajin sangat ulangkaji pelajaran kalau kat rumah tu. Taunya bila cuti je main main main.. Tertanya2 anugerah apalah agaknya yang dia dapat bila tengok surat jemputan dari guru kelasnya. Ada dia bawa balik satu kertas soalan pada hari yang sama. Dapat A iaitu mata pelajaran Sains. Ingatkan dapat anugerah yang itulah.. rupa2nya dapat anugerah lain. Alhamdulilalh.. abang Haziq dapat no. 1 dalam kelas & dapat satu lagi anugerah iaitu Anugerah Peningkatan Prestasi Tahap 1. Tahun depan dapat naik kelas yang lebih baik dari sekarang. Mudah2an Haziq dapat kekalkan kecemerlangan untuk tahun2 mendatang ye nak. Ibu tau ibu pun tak boleh nak demand anak2 ibu lebih-lebih untuk buat yang terbaik sebab ibu tak pernah hantar anak2 ibu ke mana2 pusat tuisyen pun... semua anak2 belajar kat rumah sama macam kakaknya dulu memang tak pernah hantar tuisyen berbayar. Selain kesuntukan masa... kewangan pun suntuk juga.. hehe.. Harapan ibu moga anak2 ibu akan cuba buat yang terbaik demi masa depan kamu semua ya. Oklah tutup kisah anak2... kita kongsi resepi pulak ye..
Entah kenapa bila nampak je CT Zaliedana pos makanan yang dimasaknya dalam FB.. mudah sangat terdetik di hati untuk mencuba. Tapi kalau ikut apa yang CT masak ni.. memang tak rugi tau.. sebabnya apa saja yang CT tayang masakan yang dicubanya... semuanya sedap2 belaka. Rasanya.. sepanjang berblog ni.. MaDiHaA paling banyak mengikut jejak CT masak apa yang dia dah cuba.. hahahaha... walaupun sebenarnya memang tak sempat nak ikut semua resepi yang CT kongsi... tapi alhamdulillah.. setakat ni apa yang dicuba semuanya memuaskan hati.
Oklah kali ni terliur dengan resepi Pakora yang CT kongsi baru2 ni pulak... Pakora atau katanya Jemput2 Pakistan ni lain rasanya dari jemput2 kita. Dengan menggunakan tepong kacang kuda & dibancuh dengan sedikit air serta bermacam bahan2 lain.. hasilnya memang sedap.. TQ CT kongsi resepi yang dikongsi oleh Ummi Maria Hakem.. minta izin kongsi kat blog akak pulak ye..
Pakora / Jemput-Jemput Pakistan
Resepi : Ummi Maria Hakem
Sumber : CT Zaliedana
(tulisan oren yg MaDiHaA buat)
Bahan2
Tepung
kacang kuda (lbh kurang 1cawan)
1 Ulas
bawang ptih dikisar
Sedikit
Halia Dikisar (optional)
1Sdt Serbuk Garam Masala
1 Sdt Serbuk jintan putih
1Sdt Serbuk Garam Masala
1 Sdt Serbuk jintan putih
1Sdt
Serbuk Ketumbar
1/2Sdt
Serbuk Cili (Leh kurangkan @lebihkan)
1/2Sdt
Jintan Putih Biji
1Sdb
Yogurt
Serbuk
Pati Ayam
Garam Secukup Rasa
Garam Secukup Rasa
Udang
Fresh ikut suka byk mna..klo xnak letak pon xper.. (MaDiHaA letak udang kering 1 sudu besar ~ garam dikurangkan)
1 -2 Biji cili hijau dihiris nipis, kalau nak pedas ummi kata leh add cili padi
1 biji ubi kentang, kalau kecik letaklah 2..Aku ltak 2bji (MaDiHaA pun letak 2 biji)
Daun bayam Secukup kegunaan..Aku ltak byk juga,xpotong dah sehelai2 tanpa batang (MaDiHaA ganti dengan kacang buncis)
2 Biji bawang besar dihiris kasar (MaDiHaA dadu)
Air Secukupnya..(Adunan xleh pekat n cair sgt)
1 -2 Biji cili hijau dihiris nipis, kalau nak pedas ummi kata leh add cili padi
1 biji ubi kentang, kalau kecik letaklah 2..Aku ltak 2bji (MaDiHaA pun letak 2 biji)
Daun bayam Secukup kegunaan..Aku ltak byk juga,xpotong dah sehelai2 tanpa batang (MaDiHaA ganti dengan kacang buncis)
2 Biji bawang besar dihiris kasar (MaDiHaA dadu)
Air Secukupnya..(Adunan xleh pekat n cair sgt)
Cara Membuatnya:-
1.Rebuskan ubi kentang sehingga empuk,potong dadu,ketepikan. (MaDiHaA tak rebus terus didadu)
2.Gaul sebati semua bhn,kecuali air.
3.Masukkan
air sedikit2 n gaul rata,Kalau dah rasa ok blhlah panaskan minyak..
4.Minyak
betul2 panas bolehlah goreng adunan pakora tadi,biar msk kedua2 blah
bhagian,toskan mnyak n angkat.
5. Bolehlah dimakan bersama sos cili@chutney pudina
5. Bolehlah dimakan bersama sos cili@chutney pudina
Selamat mencuba..
tahniah buat Haziq...
ReplyDeletemoga terus cemerlang lagi...
tengok hasilnya sedap ni kak...tapi kalau tengok bahannya...boleh ke Nur buat ni...ha..ha..
tahniah utk bujang akak... sedapnyer kak... msti lemak2 nih... bile lah nk try bt nih
ReplyDeleteTahniah haziq.. kne masuk buku nota ni resepi kak madiha lain dr yg lain hehe
ReplyDeleteSalam kak Madihaa..
ReplyDeletecongratz Haziq, moga terus cemerlang ^^
nmpk sedap nih, macam2 bahan ada kt dalam.
selalu makan jemput2 malaysia je, nanti nak try yang pakistan punya plak hehe
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeleteNampak sedap dan menarik la jemput2 tu..
tahniah anakanda Wan Haziq.Terkenang masa anak-anak masih bersekolah.dapat lihat anak anak naik pentas terima hadiah rasa puas.
ReplyDeleteCekodok seperti ni mmg anak-anak suka,
Sama la tu Haziq dgn Aziz. Punyalah malas belajar tapi dpt nombor satu. Kakpb belum sempat update kat blog pasal anugerah tu.
ReplyDeleteCekodok ni mcm biasa juga kan, cuma tambah tepung kacang hijau. Tekak kita ni boleh la Madiha, anak bujang akak tu memilih sgt. Kentang tu akak suka potong, takyah rebus.
Tahniah clever boy haziq! dan tahniah juga buat mamanya... bestnya pakora tu... menguda taw!
ReplyDelete