Assalamualaikum & salam sejahtera...
Salam Jumaat buat semua... mudah2an semuanya sihat2 belaka ya. Pagi tadi dalam perjalanan nak ke pejabat selepas hantar anak ke sekolah.. di bulatan Jalan Othman PJ ternampak satu kemalangan kereta terbabas langgar bulatan & termasuk dalam longkang dalam bulatan tersebut. Jem la jugak jalan kat situ sebab pihak polis dah tutup sebahagian jalan kat situ untuk kerja2 menarik kereta yang terperosok dalam longkang & kami yang nak melaluinya terpaksa buat u-turn kat jalan lain... ya Allah.. bila tengok kemalangan... hati mesti berdebar2.. jauhkanlah aku dari kejadian yang tidak diingini... kau lindungilah kami sentiasa ya Allah.. mudah2an perjalanan kami sentiasa selamat hendaknya... amin..
Sebenarnya kerisauan sentiasa ada dalam hati setiap kali anak dari asrama nak balik ke KL menaiki bas. Waktu tu.. hanya mampu berdoa moga perjalanan anak & kawan2 selamat. Semalam kakak Dini telefon katanya pihak sekolah akan membawa pelajar2 yang telah berjaya & melepasi peratus yang dikehendaki sekolah (kakak Dini salah seorang darinya) berekreasi di Sg. Cemerkau, Raub. Berkelah & mandi manda la agaknya.. Entah.. MaDiHaA pun tak pernah sampai lagi ke situ... tak dapat nak gambarkan macamana keadaan suasana kat situ. Apapun mudah2an anak2 murid semua selamat dalam apa juga aktiviti yang dijalankan di sana. Maklumlah kan sekarang ni musim hujan. Macam2 perkara boleh berlaku jika tiada langkah berjaga2 diambil. Kata kakak Dini lagi.. khas untuk pelajar tahfiz pula.. iaitu kelas A bagi semua tingkatan kot (kakak Dini pun dari kelas tahfiz juga) mereka akan di bawa makan angin ke Dungun, Terengganu. Tapi tak taulah butir2 lanjutnya bila & berapa hari. Apa pun ibu doakan perjalanan kalian nanti selamat hingga ke destinasi & juga pulang dengan selamat. Inilah 'reward' buat mereka yang telah bertungkus lumus belajar bersungguh2 terutama bagi pelajar tahfiz yang kena bangun lebih awal dari pelajar2 lain untuk ke kelas tahfiz.. inilah 'hadiah' buat kamu. Mudah2an akan lebih bersemangat untuk menghafal ayat2 suci Al-Quran untuk tahun2 mendatang pula.. amin..
Oklah.. panjang pula berceloteh.. sebenarnya hari ni nak kongsi resepi Roti Paung Lembut ni. Dah lama teringin nak buat sendiri roti paung. Rindu nak makan roti paung. Dulu waktu kami kerap ke Terengganu... setiap kali nak ke hospital kami akan parking depan KFC kemudian akan lalu tepi pagar hospital tu... kat situlah tempat MaDiHaA selalu beli roti paung.. hehehe... macam2 lagi juadah yang ada. Waktu tu bulan puasa.. tiap2 petang pasti ada orang jual pelbagai jenis kuih muih & bubur termasuk bubur lambuk kegemaran MaDiHaA.. rindunya dengan kenangan lalu. Sekarang kami dah tak perlu lagi situ kerana semua urusan telah selesai.. alhamdulillah...
Ok jom tengok resepinya.. Terima kasih pada May Agumo yang berkongsi resepi yang di ambil dari facebook Shamsiah Abdul Rahim. Mohon izin kongsi kat blog MaDiHaA ye..
ROTI PAUNG LEMBUT
Resepi : Shamsiah.abdulrahim
Sumber : May Agumo
BAHAN2NYA: (MaDiHaA buat 1 1/2 adunan dapat 2 loyang)
- 500gm tepung high protien/tepung gandum - MaDiHaA guna tepung high protien
- 50gm susu tepung - MaDiHaA guna susu tepung Anlene
- 100gm mentega
- 250ml air
- 11gm yis
- 100gm gula halus - nk manis sikit boleh lebihkan gula
- sedikit pewarna kuning = larutkan bersama yis+air
CARA2NYA:
1. Satukan semua bahan dan uli
2. Biar adunan naik skali ganda
3. bulat2 kan doh kecik2
4. ltk dlm loyang yg di oles sedikit
mentega.
5. biar doh kembang sdikit n bkr dlm
oven suhu 160" selama 15-20minit
6. dah msk kuarkn dr oven n griskn
dgn mentega kat atas roti...
Selamat mencuba!
Sedap ni mkn cicah air kopi kak...:-)
ReplyDeleteKak..baru lps balik dari terengganu dan beli roti ni..rindu sbb dah lama tak makan
ReplyDeletesedap roti paun tu kak..lapar la pulak tengok..
ReplyDeletesedap tu roti paung cicah kari fuhhh
ReplyDeleteterserlah kelembutan roti paung Kak madiha...
ReplyDeleteerrr.. sy pun selalu berdebar2 klu tjumpa accident.. & suami mmg tak benarkan lgsung ank ikut rombongan2 ni.. utk masa2 akn dtg tatawlah kak mcmn.. haiii.. susahnyaaa..
Kat sini senang nak dpt roti paung...keluar sikit dr tmn. .ada jual..skrg ni rangkaian roti paung CTah sgt popular dr dungun,paka hingga kerteh..dibakar dlm pinggan ayan dan ketuhar kecil shj..sebungkus rm2.50 dgn pelbagai inti pilihan.Anak2 sy suka makan roti ni.
ReplyDeleteroti ni kalau mkn mcmtu sja pn sedappp..:)
ReplyDeleteSedapnya cicah roti ni ngan kopi kan kak ratna
ReplyDeleteAkak, saya pun risau klu time kejap panas kejap hujan ni gi main air smua tu. tp anak dah besar mereka pandai jg diri. Kalau kecik tu payah sikit
waaaa sedapnye...taruk ngn kopi o sedap ni..haha
ReplyDeleteCica kaya pon sodap kan kak madiha
ReplyDeleteErmm terlio nengok roti ni.sedap ni cecah kopi panas ni...
ReplyDeletesedapnyerr... tun suka makan yg inti kaya ^^
ReplyDeleteWow... nk 2 ketoi....
ReplyDeletesalam berminat cuba jamu susuk dara www.jsdn9.blogspot.com
ReplyDeleteSedapnya kak..makan dengan teh o suam ni ummphh
ReplyDeleteSalam madiha.Dah lama tak blog walking.Akak dah ketinggalan banyak cerita ni hehe ketinggalan keretapi.
ReplyDeleteMusim cuti ni sekolah selalu buat program.Semoga langkah langkah keselamatan di utamakan demi keselamatan murid murid.
Nanti nak cuba buat roti seperti ni.makan ketika baru keluar dari oven..oh sedapnya hehe.
baru ku sedar...dah lama x meroti...
ReplyDeleterajin tu kak...
Ermmm sedapnyer...kalo cecah air kopi ni memang mabeless niee...
ReplyDeleteYa Allah...sedapnya....tertelan-telan air liur....kak minta share resepi....nak cuba
ReplyDeleteSy da buat resepi ni sebanyak 3 kali tp masih x menjadi dan ikut semua sukatan dan cara2 membuatnya apakah masalah dia?
ReplyDeleteSaya dah cuba buat semalam. Sedap dan lembut. Terimakasih kongsi resipi
ReplyDeleteResepi yang menarik. Rotinya nampak gebu. Btw nak tanya, kat kwsn k.tganu mne nak carik roti nie ek 😃
ReplyDeletemacamana cara nak bulatkan doh tu?
ReplyDelete