Thursday, November 7, 2013

Ayam Golek Simple



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Dah beberapa hari jugak en. suami sebut2 teringin nak makan ayam golek.   Dok tunggu2 waktu yang sesuai nak membuatnya.  Yelah kadang2 tu bila hari cuti puan isterinya ni sibuk dengan tempahan jadi masak pun yg mudah2 aje hihi.., kadang2 tu keluar.. dah tentu2lah tak masak kat rumah bila keluar.  Cuti Awal Muharam baru ni barulah berkesempatan membuatnya.  



Alhamdulillah.. puas hati tengok encik suami & anak2 makan dengan penuh selera.  Siap berebut2 lagi.. haha.. Yelah ayam sekor kan.. tapi takpe.. enjoy berebut ngan anak2.   En. suami kata sedap! Alhamdulillah.  Disebabkan sarapan pagi tu agak berat iaitu mee goreng & juga roti paung (homemade) jadi waktu makan tengahari perut masih terasa kenyang.  Jadi suami kata tak payah masak nasi... kita ratah je ayam ni.. hehehe... kira macam protein diet je pulak.. haha... tak kisahlah.. janji kenyang & alhamdulillah walaupun tak makan dengan nasi & lauk pauk lain.. memang kenyang kami 4 beranak yang hanya makan ayam & salad tu... (ibu & ayah je makan sayur.. anak2 bo layan). Sebenarnya hanya luak setengah je ayam tu.. tapi alhamdulillah.. memang kenyang sangat2.  Anak2 sambung makan lagi sebelah petangnya.  Sedap betul makan ayam golek ni dicicah pulak dengan kuah lebihannya yang memang ada extra lebihan bakar ayam tu. 



Pada yang teringin nak merasa kesedapan ayam golek ni bolehlah cuba resepi Kak Besah ni.  Bahan2nya pun mudah.. sebab tulah namanya Ayam Golek Simple!  MaDiHaA kata kat hubby.. puas hati makan ayam golek ni kan.. sebab masa kawin dulu masa makan beradap.. malu2 kucing nak makan ayam golek yg terhidang.. hahaha...

Hmm... kalau nak buat ayam golek untuk meja pengantin pun sesuai jugak ni... yelah kan.. cuti sekolah pun dah nak bermula.. Bolehlah cuba resepi ni nanti..

Pada Kak Besah.. MaDiHaA minta izin ye kongsi resepi kat blog ni. Terima kasih banyak untuk resepi yang marbeles ni kak... nanti anak balik asrama bolehlah buat lagi... 



AYAM GOLEK SIMPLE




Bahan-bahan ( 5 orang atau lebih )

  • 3 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 3 batang serai* (MaDiHaA letak 4 btg)
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas* (anggaran sama byk dengan halia)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam*
  • 1 ekor ayam
  • Garam & serbuk kunyit secukupnya
  • 1 cawan santan
  • 1 kpg asam gelugor @ 1/2 cwn air asam jawa

Cara-cara

  1. Rebus ayam separuh masak dan separuh empuk bersama garam dan serbuk kunyi. (MaDiHaA letak garam 3 sudu kecil & serbuk kunyit 3 sudu kecil, masukkan air dlm periuk sehingga ayam tenggelam.. balik2kan ayam masa merebus)
  2. Tos kan ayam lalu digoreng hingga masak.
  3. Sementara menunggu ayam masak, mesin/blender semua bahan2 bertanda* lalu ditumis hingga garing dan naik minyak.
  4. Masukkan santan, asam, garam, gula & aji sikit. Biar secukup rasa kemudian masukkan ayam.
  5. Ratakan ayam bersama kuahnya sambil rasa asam garam nye.

(jika nak bakar.. siramkan kuah atas ayam & bakar dlm oven hingga masak) (MaDiHaA bakar dalam 20 - 25 minit... agak2 kuah jadi gelap sikit..)



Selamat mencuba!

12 comments:

  1. Nampak molek aje...saya tak pernah buat ayam golek...nak cuba nanti...

    ReplyDelete
  2. Wah..hidangan pengantin ni..
    saya suka gak ayam pesen tergolek camni..selalu kena bagi abes terus jer..takleh simpan2 sejuk kang tak sedap..
    nampk sedap sangat..kuahnya bersalut tebal kat ayam tu..
    ada masa nk cuba gak nanti

    ReplyDelete
  3. selalu dapat makan masa kenduri kawen saja kan...
    aduh terliur Nur tengok kak...

    ReplyDelete
  4. Wah! gojesnya ayam golek madihaa tu... geraaaammm ai!

    ReplyDelete
  5. salam, sy nak tanya harga tempah sandwich, boleh sms sy 0124027662. kuantiti tak tentu lg, bergantung pada harga. PJ di mana ya?

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum Madiha .....lama x singgah sini... Tgok ayam golek tu sungguh menyelerakan... Yummyy..

    ReplyDelete
  7. Alahai.. terliur sungguhhhh... tgh diet santan ni kak madihaaa.. adoiii, tergugat.. tergugat...

    ReplyDelete
  8. salam kak..

    sedap betul menu tu kak..apalagi makan berebut, memang best!hihi..

    ReplyDelete
  9. Jom try ayam kampung golek..penghantaran ayam kampung proses terus ke pintu rumah anda..call/whats app 019-6312240(zam)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih share resepi..boleh cuba.. jemput singgah blog sy ea..
    Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete