Wednesday, November 6, 2013

Roti Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera...





Roti Sardin ni dihasilkan dari wholemeal burger bun yang MaDiHaA buat tempohari.  Satu batch makan dengan daging burger & satu batch lagi diletakkan inti sardin & digoreng celop telur.  Idea ni adalah dari kak Nor Azmihah yang telah kongsikan kat blog kak Nor.  Katanya.. ini menu wajib setiap kali masuk bulan puasa.  Kak Nor buat guna roti burger biasa... tak salah rasanya kalau gunakan roti burger yang MaDiHaA buat ni kan... Hmmm.. anak2 memang suka makan sarapan savoury macam ni... MaDiHaA rasa buat roti sardin macam ni lebih praktikal berbanding roti sandwich yang dikapit dua tu.. sebab sandwich pesen tu anak2 kalau makan kadang2 intinya berterabur... Roti sardin idea Kak Nor ni.. senang anak2 nak makan... inti tak terabur... nak pegang pun senang.  Terima kasih Kak Nor untuk idea yang bernas ni...



Roti Sardin resipi : K.Nor@SecubitGaram Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2

10 bj bun burger (MaDiHaA guna homemade wholemeal bun)
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis

MaDiHaA tambah garam sikit dalam inti
2 bj telur
minyak (MaDiHaA guna butter)



Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah & garam.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.



Cara menyediakan (boleh tengok blog kak Nor untuk step by step bergambar)

Potong dua bun burger.  Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.

Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.

Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehingga habis. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja. 

Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak. 

Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.

Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.

Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. (MaDiHaA makan macam tu je tak cicah sos pun.... dah cukup sedap dah.. alhamdulillah)


12 comments:

  1. ooo.. gitu caranya nak buat supaya inti tak berterabur ye Madiha. Tq for sharing darling.

    ReplyDelete
  2. kak madiha saya pon selalu buat roti sardin pakai roti burger ni. memang sedap !

    ReplyDelete
  3. Salam...cantikkk sbb kat dapo atie dah ada roti beger ngan sardin..hihi

    ReplyDelete
  4. sedapnya kakkkkkkkkkk.. kaaaaaaaakk.. sedapnyaaaaaaa... kenapalah warga dalam rumah tu tak mo makan roti sardin macam ni.. sedey i tauuu

    ReplyDelete
  5. roti dapat celup dengan telur...sedapnya kak...inti sardin lagi

    ReplyDelete
  6. salam kak madihaa.. sedap tu.. makan panas2 pastu minum air teh o..

    ReplyDelete
  7. Sedapnyer..setiap kali mai sini..mesti mood nak masak tu jadik rajin..

    ReplyDelete
  8. best nie kak.. senang pun senang.. boleh wat minggu nie.. :D

    ReplyDelete