Thursday, December 19, 2013

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Baru2 ni jiran depan rumah tempah kuih dengan MaDiHaA.  Sebenarnya masa tu MaDiHaA dah tutup order.  Tapi tak sampai hati pulak nak tolak sebab dia dah berharap.  Katanya order untuk majlis kakaknya.  Akhirnya ambil jugalah ordernya. Nasib baik tak banyak sangat. Hanya 50 biji apam gula hangus & 60 biji kuih cara berlauk. hehe...

Oklah hari tu dah update kat FB ada pula yang tanyakan resepi apam gula hangus ni.  Jom MaDiHaA kongsikan.  Kalau teringin bolehlah cuba buat sendiri ya.  Tak susah mana pun.. mudah aje.  MaDiHaA dapat resepi ni pun dari internet juga.. insyaAllah pasti jadi.  Yang penting ikut step by step dengan betul ya.. Tuang adunan ke acuan tu jangan sampai penuh ye. Setakat 3/4 penuh dah cukup. Nanti apam akan naik tinggi. Terima kasih pada penyumbang asal resepi ni... sedap lembut & gebu...




APAM GULA HANGUS
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2

150g Gula Castor
100ml Air panas
70g Mentega ~ dicairkan
75ml Susu cair
1 biji Telur ~ dipukul sedikit
150g Tepung gandum ~
1 sudu kecil Bicarbonate Soda ~ Ayak dengan tepong
Secubit garam ~
75g Gula Castor (MaDiHaA kurangkan ke 50 gm)

Cara Menyediakan
1. Cairkan 150g gula castor dengan api perlahan. Jangan sampai hangus nanti pahit. Setelah gula cair, tuangkan air panas perlahan-lahan. ~berhati-hati ye~
Kacau rata di atas api sehingga mendidih dan menjadik sirap gula. Tutup api dan biarkan sejuk. Sementara tu bolehlah panaskan kukusan.
2. Setelah sejuk, masukkan mentega cair, susu cair dan telur.. Kacau rata.
3. Campurkan bersama tepung, soda bikarbonat, garam dan 75g gula. Buatkan lubang ditengah adunan dan curahkan sirap gula perlahan-lahan. Kacau rata. Jika adunan berketul2 boleh ditapis atau guna mixer dan putar hingga berkrim. 

4. Tuang dlm acuan kegemaran 3/4 penuh (yang telah dilengser dengan minyak masak) dan kukus hingga masak anggaran 13 - 14 minit (bergantung saiz acuan).

 Selamat mencuba!

8 comments:

  1. kak, sirap gula tu kalau kita matikan api bukan dia jadi keras kejung ke? dah brp kali try jadi gitu, huhuuu

    ReplyDelete
  2. kucingorengemok: sirap gula tu kan ke gula hangus yang dah dimasukkan air panas (sila lihat resepi)... jadi gula tu dah dilute & larut bersama2 air panas ia takkan membeku lagi.. :-)

    ReplyDelete
  3. kak oiii sedapnye...kat kafe lieya ade org jual siap dibuat frozen lagi tapi kurang umphhh!!!

    tgk pic akak ni sambil tgh membayang2kan kunyah apam sambil minum air teh o ni hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Aslamualaikum madiha mmg pebret saya apam gula hangus ni...dh lama x buat..

    ReplyDelete
  5. salam kak madiha..
    tengah2 hujan ni tengok apam gula hangus telan airliuq saya kak!..
    mintak izin share resepi ni ye..:)Tq

    ReplyDelete
  6. Agak lama juga Amie tak buat apam gula hangus ni Madiha, padahal dulu kalau buat sekelip mata je habis... anak-anak suka!

    ReplyDelete
  7. Tienen una pinta riquísima.
    Besos.
    Rosa.

    http://lacuinaderosa.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. apam gula hanus sedapnyer,,ingat kecik2 suka sangat makan kuih ni...

    ReplyDelete