Wednesday, December 18, 2013

Sambal Tomato Marveles lawan dengan Ikan Bakar Garam Kunyit & Tumis Petola.. menu sihat pulak..

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur & setiap hari masih dapat menikmati makanan yang sedap2 & menghirup udara ciptaan Allah s.w.t ini dengan begitu tenang.  Hati MaDiHaA sehari dua ni begitu tersentuh bila mendapat perkhabaran yang sahabat baik & teman sepermainan MaDiHaA semasa kecil dahulu sedang dalam kesusahan.  Sampainya hati sang suami meninggalkan beliau di saat2 beliau dalam kesakitan.  Sudahlah sakit & terpaksa berhenti kerja sebab mengalami kesakitan di bahagian tulang pinggul.  Suami pula meninggalkannya kerana mengejar perempuan lain.  Makan & minum pun harapkan belas ikhsan saudara mara terdekat kerana ketiadaan duit belanja.  Baru2 ni dia ke hospital kerana tak tahan sangat dengan kesakitan yang dialami & doktor sarankan untuk buat ujian MRI.  Masuk hospital pun ditemani anak kecil yang berusia 9 tahun.  Bila tanya kau masuk hospital siapa yang jaga anak?  Jawapnya.. "dia yang jaga aku kat hospital.. aku jaga dia, dia jaga aku".  Sedihnya mengenangkan nasib sahabat MaDiHaA tu.  Susah2 kami rupanya ada sahabat sendiri yang jauh lebih susah dari kami.  Ya Allah.. kau permudahkanlah urusan sahabat ku Norhana binti Zakaria.  Kau bukakanlah pintu hati suaminya untuk kembali padanya.. moga terjaga makan minum & sakit pening sahabatku itu ya Allah.. Amin ya Rabbal alamin. Hajat di hati teringin juga menjenguknya nanti jika ada rezeki.  Jika dekat dah lama MaDiHaA melawatnya. Tapi jarak kami agak jauh kerana dia berada di Kuantan.  (dapat contact balik dia pun disebabkan mak MaDiHaA yang terkandas banjir di Kuantan tempohari..) Suami pun dah memberi keizinan untuk membantu beliau apa yang kami mampu.  Tak sampai hati mendengar kesusahan yang dialami... hari ini hari dia.. mungkin esok lusa hari MaDiHaA pula. Maafkan MaDiHaA kerana bersentimental kat sini ya.. Sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati.



Oklah jom MaDiHaA kongsi menu sihat hari ni.  Kelmarin dah makan lauk bersantan hari ni kita hidang menu sihat pula ye.  No santan, low oil. hehe.. MaDiHaA memang hadkan pengambilan santan dalam hidangan.  Paling kerap pun, seminggu hanya sekali ada menu bersantan.  Kadang2.. 2 minggu baru jumpa lauk bersantan. Kesihatan harus diutamakan.  Kalau dah sakit nanti.. sendiri juga yang merana.  Tapi kalau sesekali nak ternak lemak tu.. mungkin boleh dimaafkanlah ye.. kadang2 tekak ni teringin juga nak makan yg sedap2.. hehehe... Walaupun masak lauk simple begini.. alhamdulillah kami sekeluarga sangat berselera sekali.  Apalagi ada Sambal Tomato yang tersangatlah sedap ni.  Terima kasih Amie yang bercerita pasal kesedapan sambal tomato ni.. Lepas ni MaDiHaA dah tau lah nak buat apa jika ada stok tomato berlebihan (lebih deko pulut kuning). Pasti Sambal Tomato yang marbeles ni yang akan jadi sasaran... Hari tu konon2 nak buat ikut resepi macam banyak sangat.  Buat setengah resepi.. rupa2nya hanya sempat makan 2 kali je sambal dah selesai! hahahaha... lain kali buat terus 1/2 kg tomato.  Patutlah Amie kata dia suka buat stok sambal banyak2.  Sebabnya memang sekejap je selesai sambal tu apalagi ramai askar kat rumah kan..

Ok ok.. jom MaDiHaA kongsikan resepi sedap ni... rugi kalau tak cuba tau.. memang best & highly recomended!


Sambal Tomato




Bahan-bahan:
1/2 kg buah tomato - cincang
2 biji bawang besar - cincang
2 batang serai - dititik
3 keping asam gelugur
garam / gula (MaDiHaA guna gula merah + gula pasir) / perasa pilihan secukupnya
minyak



Bahan kisar :
5 biji cili merah
1 cawan cili padi
10 ulas bawang putih
2 inci belacan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang dan toskan airnya
1 cawan udang geragau - bilas



Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan masukkan kesemua bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serai, asam gelugur, bawang besar da tomato. Gaul rata.
3. Perlahankan api dapur, dam biarkan sambal mendidih sehingga tomato dan bawang besar hancur.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Ikan Bakar Garam Kunyit

Bahan2
3 ekor ikan kembong saiz besar
garam & serbuk kunyit secukupnya
Sedikit minyak masak
 
Cara menyediakan
Bersihkan ikan & kelar.  Lumurkan dengan garam & serbuk kunyit.  Masukkan ke dalam pemanggang ajaib & tuangkan beberapa titik minyak masak. Masak menggunakan api kecil sehingga ikan masak kedua2 belah. (MaDiHaA balikkan ikan dengan membuka penutup pemanggang tu & balikkan secara manual je.)



Jemput makan...

11 comments:

  1. Baca resepi pun akak terasa sedapnya Madiha... boleh juga akak cuba ni.. makan sama ikan bakar tu.... eemmmm dapppnya :D

    ReplyDelete
  2. kat kantin sy, tukang masaknya terror buat sambal macam ni.. memang setiap kali amek setengah mangkuk, hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak madihaa.. sedih baca cerita kawan akak tu.. semoga kita x diuji spt itu..
    sambal tomato tu mengancam lah.. tun still dapur x berasap, kalau masak pon bila lapar betul xde mknn nk mkn.. tu pon mmg ala kadar hbs.. hehe.. duk sorg2 kt umah jd mcm ni la..

    ReplyDelete
  4. salam kenal Madiha..dah lama dok follow blog Madiha ni,baru sekarang nak try letak komen hehe..
    telan airliuq setiap kali masuk blog ni tau..then tertarik dengan sambaltomato ngan ikan kembong bakar sungguh membuka selera gitew..mintak izin share resepi ye..tq:)

    ReplyDelete
  5. Salam kak madiha...
    kesian dan sedih baca pasal kawan akak, norhana tu...semoga kawan akak tu tabah dan semoga Allah buka pintu hati suaminya...
    umi tak pernah buat sambal tomato ni...nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  6. Moga kawan Madiha terus tabah, sedihnya....
    Lain kali buat lebih2 ye sambal tu, makan ramai2 memang best! Amie pernah buatkan bonda di kampung 3 kg sebelum balik Sabah, ingatkan tahan berminggu2, tapi 1/2 hari dah habis seperiuk dikerjakan cucu-cucunya!

    ReplyDelete
  7. semoga ALLAH permudahkan urusan kawan Madihaa tu, sedih kan kita ingat kita susah rupanya di luar sana ada lagiyg lebih susah, btw teringin akak nk buat sambal tomat tu nmpak ngancam sangat

    ReplyDelete
  8. salam kak..

    sambal tomato tu sangat membuka selera..makan dengan ikan bakar memang layan sampai x ingat..heheh..

    ReplyDelete
  9. Pergh...ni yang buat makcik asik tambah nasi je...lauk n sambal yg meletops...

    ReplyDelete
  10. ya Allah kak!!! meleleh2 airliur tgk...lauk mcm ni laa lieya suke....mmg kene sgt2 ngan regunye....lagi2 ade sambal power tuh...boleh cube plak nanti..asek2 buat sambal belacan jek heheheeheh

    ReplyDelete
  11. errmmmm telan ailio nengok menu gini ...ikan tu memang kena sangat ngan regunyer sambal tomato ader pulak sayur air petola memang menambah ler makan kalo saya...

    ReplyDelete