Assalamualaikum & selamat petang semua.....
Dah lama MaDiHaA tak update pasal Nuffnang kan? Alhamdulillah berkat sabar menunggu & mengupdate blog yang tak seberapa ni.. nampaknya dah sampailah masanya untuk MaDiHaA cash out Nuffnang yang terkumpul selama lebih kurang 2 tahun lebih. MaDiHaA mula memasang iklan Nuffnang lebih kurang setahun selepas berblog bila nampak kawan2 blogger yang memasangnya. Tempoh setahun sebelum itu MaDiHaA belum betul2 faham apa itu Nuffnang. Alhamdulillah berkat perkongsian dari rakan2 terutamanya Mat Gebu ketika itu yang tak lokek berkongsi info, akhirnya MaDiHaA terbuka hati untuk membuka akaun Nuffnang.
Terima kasih kepada semua pengunjung blog MaDiHaA ye.. Terima kasih juga kepada yang sudi klik2 iklan Nuff di blog ini. Tanpa anda semua.. tiadalah hasil seperti ini. Thanks semua...
Terima kasih kepada semua pengunjung blog MaDiHaA ye.. Terima kasih juga kepada yang sudi klik2 iklan Nuff di blog ini. Tanpa anda semua.. tiadalah hasil seperti ini. Thanks semua...
Kini dah tibalah masanya untuk MaDiHaA cash out sebab spek mata MaDiHaA sudah tiba masa untuk ditukar baru. Dah hampir 6 tahun guna spek mata ni tau.. dah ada kesan2 calar yang sedikit sebanyak mengganggu pemandangan. Power pun dah bertambah sikit.. jadi tak salah rasanya MaDiHaA gunakan hasil berblog ini untuk menukar spek baru kan...
Terima kasih Nuffnang!
Tahniah Madihah banyak juga duit yg hendak di cash out tu... akak adalah ciput itu pun akak dah derma pada mangsa taufan itu hari :)
ReplyDeleteCahaya Hidupku : ye kak.. alhamdulillah dgn rezeki tu kak. ye kak memang kasihan dgn mangsa taufan tu kan.. ofis kami pun ada buat kutipan derma utk mangsa2 taufan tu.. sama2lah kita bantu mana yg mampu kan..
ReplyDeleteSedapnya tengok kuih-kuih di blog ni. Meleleh dibuatnya!
ReplyDeleteSaya masih berjinak-jinak dengan dunia blog. Rupanya blog dapat cash yea. Thanx for sharing!
Jemput la ke blog saya :)
lama simpan ye kak
ReplyDeletebaru dpt banyak tu..kalau saya agaknya kena tggu 5 tahun kot,hihi
Tahniah kak madihah,saya pon ade daftar akaun nuffnang jugak tapi tak pernah paham mcm mana nak perolehi duit dr berblog..last2 saya biarkan jer akaun nuffnang..hehehe saya berblog pon sekadar suka2 selain dapat berkongsi minat memasak serta suka blogwalking blog masakan untuk menambah ilmu memasak..almaklum saya kenal periuk belanga bila dah kawen dulu masa blom kawen jalan ke dapur pon sesat..hahahaha..Salam kenal kak dan selamat shopping kacamata baru:)
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletenmpk juga hasilnya tu kak.,.he3
tahniah kak...banyak tu kak..rezeki dari nuffnang..
ReplyDeletewow boleh tahantu.. blogger glamerkan... tahniah.. tahniah.. teruskan usaha..
ReplyDeletetahniah Madiha wah banyak jugak tu boleh lah melaram ya akak pun tak faham sngt pasal nuffnang ni hahah suka suki je
ReplyDeletetahniah madiha..akak baru jer cashout tahun lepas so kena tunggu setahun dua lagi baru leh cashout bnyk sikit..hehe!
ReplyDeleteAlhamdulillah...moga rezeki akak bertambah yea...
ReplyDeletewah,bestnya kak..Alhamdulillah rezeki..
ReplyDeletetahniah madiha..saya pun tk faham lgi psl nuffnang ni..tp sya dh pasang pd blog saya..tk tahu la berfungsi ke tak..hehe..sya pun baru bljr berblog..
ReplyDelete