Dah lama rasanya MaDiHaA tak beli keledek. Baru2 ni suami adalah beli seplastik kecil keledek. Dengar katanya nak dibakar. Tapi dah berhari-hari keledek bertapa kat dapur tak pula di usik2nya. MaDiHaA malas la pulak nak tolong bakar sebab takut salah pulak caranya nanti. Manalah tau dia nak bakar guna arang ke, dapur gas ke, dalam oven atau dalam pemanggang ajaib. hehehe... Mungkin kerana masa dia ada kat rumah di hujung minggu terlalu terhad dia terlupa nak bakar keledek tu. Masa kami bercuti di Bagan Lalang tempohari, adalah MaDiHaA membeli keledek rebus yang dijual bersama pisang rebus & dimakan dengan kelapa parut & gula perang. Sedap sungguh rasanya dapat makan juadah kampong gitu lebih2 lagi makan di tepi pantai dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa. Terus MaDiHaA teringatkan keledek kat rumah yang dah mula nak menampakkan tunas. Kalau dibiarkan nanti sikit lagi dapur ku boleh jadi kebun keledek.. hehehe....
Jadi cuti hujung minggu baru ni ada sedikit waktu terluang, MaDiHaA pun rebuslah keledek tersebut tanpa berkata apa2 pun kat suami. Dalam kepala entah berentah nak dibuat apa.. dalam kepala terfikir nak buat kuih bom keledek, tapi malas pula nak buat inti kelapanya. Nak buat onde-onde keledek... sama juga nak kena ada kelapa parut putih. Akhirnya keledek ku jadi kuih keria ni ajelah sebab keria tak perlukan bahan yang susah. Semua bahan ada kat rumah. Sedap pula makan berebut2 dengan suami & anak2 di petang hari.. suami pun dah lupa hajat asalnya nak bakar keledek tu bila dapat makan keria yang sedap & lembut ni... hehehe...
Jom makan kuih kampong ni.... sedap... lembut jer... Ada sesetengah keledek bila direbus jadi begitu lembik & terpaksa campurkan tepong yang lebih untuk dapatkan doh yang boleh dibentuk. Jika terkena keledek begitu (biasanya keledek warna oren), biasanya MaDiHaA akan campurkan dengan tepong gandum & tepong pulut dengan nisbah tepong yang sama banyak. Jadi tidaklah keria menjadi keras jika hanya dicampurkan tepong gandum. Tapi keledek ungu ni tidak meresap air jadi tak perlukan tepong yang banyak. Memadai dengan tepong gandum saja & alhamdulillah.. kuih kerianya sedap & lembut!
Kuih Keria Keledek Ungu
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus (MaDiHaA guna keledek warna ungu gelap direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng
Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air
Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian. Buatkan bentuk lubang ditengah2 & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip. Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.
Selamat mencuba!
Lma jgk zila x mkn pisang rebus cicah dgn klapa n g.prg..kt sini x nmpk plk org jual..aisshh jd kecur pulak kak..kledek ungu buat keria mmg cantik..
ReplyDeleteNak kuih pepel sepiring... lapar ni...
ReplyDeleteorang kalau dah rajin..buat apa pun menjadi je :)
ReplyDeletetak pernah makan keria keledek purple. keleden oren pernah hihi
ReplyDeleteoo camtu.patut lakmas sangt. silinderkn dulu ek. bijakk bijk. cantik banget
ReplyDeleteejaan berterabur.. haha seperti rongaknya huruf dikeyboard sya ni kak
ReplyDeleteboleh try ni klu dtg mood rajin...hiihihih.....
ReplyDeleteSedapnya Madiha dah lama akak tak masak kuih keria ni....
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2014 Madihah :)
selamat tahun baru kak..
ReplyDeleteem, sedapnya kuih keria..lama x makan..
ya Allah kak...lieya tgk sambil cakap 'sedapnye...ya Allah sedapnye' tak henti2 tau kak heheeheh...
ReplyDeletetertarik dgn siraan gula akak tu...cantik je jadinyer...lieya ni bab sira2 gula mcm tuyg selalunye tak menjadi....
Saya pun baru nak try buat keria keledek ungu..bersalut gula putih +gula merah)...
ReplyDeleteJemput ke blog saya
http://mamavitashoppe.wordpress.com