Thursday, January 16, 2014

Kek Kurma Moist Tanpa Telur lagi..... baru puas hati...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Beberapa hari tak bersiaran di blog disebabkan kesibukan menjaga anak yang kurang sihat.  Anak dara MaDiHaA yang kecik tu (tapi bambam) kalau demam mesti lama.  Sampai ibunya naik risau.. taknak makan, kurang minum susu, kurang ceria.. panasnya pun asyik on off saja.  Hari Jumaat dia masih bersekolah, petangnya pengasuh bagitau Alin kurang sihat.  MaDiHaA dah bawa ke klinik.. hmm.. memang demam.. ubat klinik hampir habis tak baik juga demamnya hingga terpaksa ambil ubat dari klinik yang lain pula takut2 ubat klinik pertama kurang serasi.  Tak juga baik.  Hari ke 6 iaitu semalam kami bawa pula dia ke hospital PPUM. Selepas ambil darah & tunggu keputusan.. alhamdullillah lega rasanya sebab dalam darah tiada kuman & bukan juga denggi.  Platlet darahnya 213 berbanding normal dari 200 hingga ke ?... (hehehe.. tak pasti.)  Syukur sangat2. Tapi panasnya masih ada lagi sikit2 kata pengasuh.. tonsilnya pun bengkak teruk kata doctor.. mudah2an anak ibu cepat sihat.. minggu ini nampaknya Alin tak bersekolah langsung... MC 3 hari.. 2 hari lagi dah memang cuti.. Hari ni barulah ibu dapat masuk ofis & tinggalkan Alin dengan pengasuh pula.  Harap Isnin depan Alin dah boleh sekolah semula... 



Oklah.. disebabkan dah petang.. MaDiHaA share kek yang sedap ni sekali lagi ye.  Kali kedua mencuba buat Kek Kurma... alhamdulillah kali ni baru puas hati.  Kek elok naik & tak mendap lagi.  Berbanding kek pertama kali buat dahulu yang lebih moist.. Kek kali ni masih juga moist walaupun nampak sedikit kering.. Hakikatnya ia masih lembab.. Kejadian kek kali ni sangat memuaskan hati. Barulah cantik bila dipotong bila kek naik sekata... alhamdulillah.. ribuan terima kasih pada Aludra tuan empunya resepi.  Sekurang2nya.. kurma yang tersadai lama kat rumah tu dapat jugak diluakkan... membazir tidak sekali-kali... hehe...

Jom kita lihat resepinya sekali lagi.. mana tau ada yang berkenan nak mencuba..  Sedap kek ni.. sekali makan tak siapa sangka ia kek kurma..



KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Resepi : Aludra (Myresepi)  
Sumber : Nuri & MaDiHaA aka Ratna

 ( 18cm )

Bahan2
  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) (MaDiHaA ayak bersama2 tepong gandum)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara


  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran) Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.

NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna. 
Selamat mencuba!

8 comments:

  1. kesian alin...lieya rase di demam virus kot kak....mmg lame sikit nak pulih...anak2 lieya minggu lepas mmg demam semua....siap buat blood test takut denggi jugak sbb kawasan umah lieya ni mmg tinggi kes denggi nyer....

    moga alin cepat sembuh kak yeak....

    kak, terbau2 lieya kek kurma ni kak...wangi jek hah....ish mcm teruja nak buat sbb takde telur kan...nampak mudah...

    ReplyDelete
  2. saya tak makan kurma sangat tapi kek kurma ni nampak tempting. nak try la nanti

    ReplyDelete
  3. menarik resepi ni. tu kat meja dok ada lagi kurma since ramadan...tak abes2 makannya, boleh gak cuba nanti

    ReplyDelete
  4. slm kak madiha..bagus lah ada resepi ni...kurma byk yg dapat free dari Sultan brunei every ramadhan..byk kak..anak kecik e.la pun dapat biar pun tak puase..nok try jugaklah..tq kak

    ReplyDelete
  5. Da try mmg menjadi! Tp agak manis. Next time nk cuba kurangkn gula pulak. Tq

    ReplyDelete
  6. menarik... nak cuba lah...

    jemput lawat blog saya

    http://www.mamaiqram.com/8-info-mesti-diketahui-selepas-bersalin/

    ReplyDelete