Friday, January 10, 2014

Apam Labu Manis

Assalamualaikum & salam Jumaat yang barokah....


Labu lebihan buat gulai lemak tempohari... sempat MaDiHaA apamkan.  Dah lama sebenarnya nak buat apam labu ni tapi seru je belum datang.  Ramai yang dah cuba resepi apam labu yang diadaptasi dari resepi apam keledek yang pernah MaDiHaA kongsi di Fotopages satu ketika dulu (tahun 2008).  Cuma tuan dia je yang tak pernah cuba lagi.. Agaknya trauma kot sebab dulu pernah buat Muffin Labu Kukus jadi bantat... hahaha... Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga seru MaDiHaA buat apam labu ni... cuma... MaDiHaA ada ubahsuai sedikit cara penyediaan dengan mengurangkan tepong dalam bahan A & lebihkan sedikit tepong dalam Bahan C.  Ini adalah perkara biasa... ubahsuai resepi untuk lebih memudahkan cara penyediaan. Cubaan pertama resepi tak semestinya sempurna kan? Jadi tak salah kita ubahsuai resepi untuk resepi yang lebih baik.  Resepi asas Apam Keledek yang pernah MaDiHaA kongsi ini juga pernah MaDiHaA ubahsuai & jadikan Apam Jagung Pandan.  Semua kejadian apam sangat sempurna & sedap sekali.  Jika ada yang nak mencuba.. bolehlah mencubanya ye.  Resepi Apam Keledek boleh klik pada link Apam Keledek pada resepi.

Jom kita buat apam! Agak2... resepi ni boleh tak MaDiHaA olah jadikan Apam Durian Belanda pulak? heheheheee...




Apam Labu Manis  
Resepi : MaDiHaA aka Ratna  
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek & Apam Jagung Pandan


Bahan A 
1 sudu besar tepong gandum  
2 sudu teh yis segera 
1 sudu teh gula kastor 
3 sudu besar air suam

Bahan B  
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor 
1 biji telur A/B

Bahan C  
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)  
1 sudu teh double action baking powder (DABP)

Bahan D  
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap) 
Sedikit garam


Cara menyediakannya

1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.

2. Lecek labu kukus sehingga halus. Masukkan air/santan, gula kastor dan telur. Gaul sebati.

3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.  Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati.  Rehatkan selama 1 jam.

4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.  Atau boleh juga aturkan paperliner ke dalam acuan apam.  Panaskan air dalam periuk kukusan.

5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam hingga hampir penuh. Atau boleh juga masukkan dalam piping beg besar & picitkan apam ke dalam acuan2 kecil tersebut.  Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil.  Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye).   Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.

6. Bolehlah hidang apam labu manis dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.  Atau boleh juga dimakan begitu saja pun dah cukup sedap.

Selamat mencuba!

6 comments:

  1. gitu laa kak kannnn...rupenye banyak bende boleh buat dgn labu nie...lieya balik2 buat labu masak lemak putih jek makan lak ngan ikan goreng sambal ngan sambal belacan...phewwww!!

    tgk pic akak ni terbayang2 dah lieya semerbak harum bau apam labu nieh...

    ReplyDelete
  2. Nasib baik kak ilah dah cuba ..sedap wangi labu dara sunti hari tuu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum madihaa...rasa cam nak ngendeng jer apam labu ni seketui...

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak madiha..ela pun ada labu...bagus ni...

    ReplyDelete