Friday, February 28, 2014

Tempahan baru2 ni...

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Hari Jumaat.. macam biasalah... rehat dari resepi sekejap... nak clearkan gambar2 tempahan minggu lepas... so kita cuci-cuci mata dengan gambar2 tempahan baru2 ni ye...  Terima kasih banyak2 kepada semua adik2 yang menempah... halalkan sekiranya ada yang terkurang di mana2 ye.. 
 

 Tempahan dari Linda & Aleyza pada hari yang sama... 



Aleyza tempah 100 biji apam polkadot dengan filling campur2... coklat, kaya, blueberry & strawberry...


Linda pula menempah 3 loyang puding.  1 puding roti marble coklat, 1 puding pelangi perisa strawberry & 1 lagi puding pelangi biasa (vanilla)


50 pcs apam ladybug inti blueberry.  Repeat order dari Iezah Azizam... kawan cyber MaDiHaA yang dah lama dikenali.. tempohari order untuk hantaran tunang adiknya. Kali ni untuk dibawa ke majlis yasin anak daranya pula... Sebab anak2 kecil yang nak makan... MaDiHaA kurangkan penggunaan warna tu... anak2 tak elok makan pewarna banyak kan... Orang dewasa pun sama juga kalau diikutkan.. sebab tu apam2 yg MaDiHaA buat ni.. bahagian bwhnya.. MaDiHaA gunakan adunan tanpa warna.. selepas paip inti barulah MaDiHaA paipkan pula adunan berwarna.. jadi taklah byk sangat pewarna yang akan masuk dalam perut kita.. hehee...


Ini pula... 100 biji apam polkadot tempahan Shila... Shila ni pun dah pernah beberapa kali order apam dengan MaDiHaA..


Hari yang sama dengan tempahan dari Shila tu... MaDiHaA juga siapkan tempahan dari Azleen.  250 pcs apam polkadot tanpa filling.  70 pcs loose & selebihnya di pack untuk goodies bag iaitu 3 biji dalam setiap bungkusan berjumlah 60 bungkus.  Alhamdulillah.. dapat disiapkan on time walaupun tak tidor semalaman.. hehehe...  Terima kasih ye Azleen sudi menempah dengan akak..



Ini apam polkadot tempahan Azleen menunggu sejuk sebelum dipek dalam plastik kecik2....


Alhamdulillah di atas rezeki dariNYA... Alhamdulillah juga Allah mendengar doa ku yang sentiasa berdoa moga diberi kesihatan yang baik pada ku agar dapat ku siapkan tempahan2 customer... T.kasih ya Allah....

Sebenarnya... setiap kali MaDiHaA terima tempahan dari customer terutama apabila dah terima deposit atau full payment.. Hati ni sangat risau jika sekiranya di hari yang perlu MaDiHaA siapkan tempahan... tiba2 MaDiHaA collapse akibat tidak sihat... Tp mujurlah belum pernah terjadi begitu... Jauhkanlah ya Allah...  Terima kasih pada pelanggan yang memberi kepercayaan pada MaDiHaA ya... mudah2an dimurahkan rezeki buat kalian semua... amin..

Thursday, February 27, 2014

Nasi Ayam Zai... menu ulangan kegemaran anak2...

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Hari ni tayang menu ulangan je ye.. Ini antara menu kegemaran anak2 MaDiHaA.  Asal ibu lama tak buat nasi ayam... mesti anak2 sebut2 suruh masak... Yolah nak oii.... senang kojo omak request nasi ayam... sib baik tak request nasi arab hadramaut ker... nasi beriyani ker... nasi paela ker... mesti ibu pening kepala sambil2 raba poket yang dah nak kosong... hehehe..
Letak lagi resepi nasi ayam resepi bonda MaDiHaA ni yer...  resepi yang ma pernah guna masa dia berniaga dulu...  resepi turun temurun dari ibu ke anak... tak lama lagi boleh cucu plak ikut resepi ni..  hehe...



Nasi Ayam Zai
Resepi dari ibuku Zainab bt. Muda

Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Ayam Goreng
1 ekor ayam – dipotong 4 ~ dibersihkan & rebus 3/4 masak dengan air secukupnya (agak2 tenggelam ayam atau lebih sikit ~ ayam tu MaDiHaA suka buang semua kulitnya.. hehe.. nk kurangkan lemak..)

Bawang merah*
Bawang putih* Kisar halus bahan2 bertanda *
Halia*
Kicap
Madu/gula
Aji

Cara
Perap ayam yang direbus dengan semua bahan2 anggaran 1 jam. Kemudian digoreng tetapi jangan terlalu garing nanti isinya keras & tak juicy.. .
Air /kicap perapan jangan dibuang.. simpan utk buat kicapnya
 

 

Nasi
4 pot beras
6 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras) ~ gunakan pot yang sama utk sukatan beras
pewarna kuning
daun pandan
garam & aji (atau boleh gantikan aji dengan 1 sudu besar pati ayam.. & kurangkan garamnya)
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
planta
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis

Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.




Sup
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHa guna Adabi) ~ bancuh sikit dengan air
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga pelekat/lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. Dalam kuali tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.  Tabur dengan daun bwg & daun sup ketika menghidang.




Sambal cili
5 biji cili merah*
 10 biji cili api*
2 biji tomato*
2 ulas bawang putih *
2 cm halia*
air secukupnya*
1 senduk sos cili
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
Garam & aji secukup rasa

Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih. Sedia digunakan.


 


Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato



Selamat mencuba! 

Wednesday, February 26, 2014

Gulai Rebah Bangun Sotong

Assalamualaikum & selamat pagi semua...


Kawan-kawan dah sarapan? Mesti semua dah bersarapan kan... Ada juga yang biasa tak ambil sarapan pagi.. tapi ambil brunch... orang kata brunch tu.. gabungan sarapan & makan tengahari.. maksudnya.. bersarapan lewat pastu dah tak ambil lunch... terus lajak ambil minum petang aje.  hehehe... Macam MaDiHaA ni rasanya tak boleh kot buat camtu.. sebab dah terbiasa tiap2 hari bersarapan kat opis ni walaupun kadang kala hanya secawan minuman bijirin oats.  Sarapan tu wajib bagi MaDiHaA.  Hujung minggu kat rumah pulak.. lagilah tak boleh siapkan sarapan lambat.. nanti anak burung kat rumah tu sibukkkk aje... ibu lapar la.. ibu masak apa? hehehe... Macam tu lah bila dah beranak pinak kan.. Kalau anak2 dah besar panjang tu lain cerita.. taulah mereka nak buat apa kalau mak dia lambat masak.. Teringat pulak kat anak dara kat asrama tu... kalau time ibu dia ni malas ke dapur ataupun saja2 buat malas sebab dia ada (bercuti).. dia lah yang kena dera suruh masak untuk adik2nya... nasi goreng & roti telur antara menu yang dia dah pandai buat.  Lauk pulak.. menu favorites dia ayam masak merah dengan bak choi sos tiram atau kobis goreng kicap yang dah pandai dia buat sendiri... hehe... Senang ada anak perempuan dah besar ni kan. Kalau kita demam ke tak sihat ke.. boleh juga dia jaga makan minum kita dan adik2nya.




Oklah panjang pulak melalut2... hari ni sebenarnya nak kongsi dengan ibu2 & adik2 resepi gulai sotong yang sangat simple ni.  Nama gulai ni kalau sebut orang melopong kejap.. hehehe.. jangan ditanya kenapa namanya begitu sebab dari asalnya memang ma MaDiHaA dok sebut macam tu.  Hehehe... Ingatkan dulu saja2 je ma letak nama tu... tapi sebenarnya gulai rebah bangun ni memang wujud kat Pantai Timur... Cuma lain orang lain sikit versinya.  Ada yang guna cili kering, ada yang guna cili merah.. ada yg tumis dulu, ada yang main lebur.. ikut je mana yang suka.  Kalau nak tengok versi sepupu MaDiHaA masak boleh klik SINI.  Yang dia masak tu gunakan cili kering kisar.. jadi warnanya lebih ke merah sikit.. Sepupu MaDiHaA Nur Mariah ni adik pada Marlida.. dia dulu memang dok kat Terengganu tapi sekarang dah pindah di Temerloh.. jadi... dah percaya kan resepi gulai rebah bangun ni memang wujud?  hehehe...

Bahan2 gulai ni sangat mudah... boleh dikatakan memang ada disetiap rumah.  Tapi walaupun ia resepi simple.. rasanya sangat sedap di tekak kami.. Sebab tu bila tanya en. suami nak masak apa dengan sotong yang dia beli tu... en. suami cakap buat gulai rebah bangun jer... hehehe..  Rindulah tu sebab wife dia dah lama tak buat gulai rebah bangun ni.. :-)  Sebenarnya kita pun rasa nak buat gulai juga dengan sotong tu sebab masa MaDiHaA bersihkan sotong tu.. ada beberapa ekor sotong yang penuh dengan telur... jadi sayanglah kalau sotong tu dipotong2.. nanti keluarlah telur2nya... slurrrrppp.. sedapnyer telur sotonggg... lupakan sekejap kolesterol jahattt... hehe..

Ok pada yang nak mencuba tu.. bolehlah cuba ye... bahan asas tu tak semestinya gunakan sotong. Boleh juga ditukarkan kepada ikan, udang, ayam & sebagainya...


Gulai Rebah Bangun Sotong
 

Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
700 gm sotong
3 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam, serbuk perasa jika suka
1 keping asam gelugur 
Bahan kisar halus
2 biji cili merah (kalau takde boleh guna 3 sudu besar cili kering kisar)
3 ~ 4 biji cili padi (optional)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 cm halia
1 inci kunyit hidup

sehiris lengkuas (kali ni MaDiHaA tak letak.. rasa tetap sedap)

Cara2
1. Sotong dibersihkan sekor2.. kalau ada pasir kt hujung sotong tu.. boleh belah sikit bahagian hujung tu & bersihkan pasir2. Bahagian kepala buang semua dakwat & potong mulut sotong. Cuci bersih & tos.
2. Jerang santan bersama bahan kisar serta garam & serbuk perasa.
3. Sentiasa dikacau supaya santan tak pecah & apabila mendidih masukkan sotong & asam gelugur.
4. Agak2 sotong dah bertukar warna & masak.. rasakan asam garamnya.. kalau dah ok bolehlah matikan api.  Sotong tak perlu masak terlalu lama nanti ia akan liat.. sebab tu jangan letak sotong cepat sangat.

OK selamat mencuba!

Monday, February 24, 2014

Kek Minyak.... sedap rupanya...



Assalamualaikum & selamat petang....


Sekali lagi update untuk petang ni ye.   Pagi tadi entry takde resepi.. jadi petang ni kongsilah satu resepi dengan kawan2 yang rajin intai2 blog MaDiHaA ni.  Tapi resepi ni dah lama berlegar2 di FB & juga blog kawan2.  MaDiHaA je yang terlambat.  Tiap kali nampak kawan2 buat... teringin nak mencuba.. tapi bila mengenangkan ada bahan2 mentah lain yang patut dihabiskan dahulu...  kenalah MaDiHaA habiskan stok bahan lain dulu.  Tak elok membazir kan.  


Dua hari Sabtu & Ahad kelmarin... sibuk juga dengan tempahan... sampai tak tidor hingga ke Subuh.  Tapi alhamdulillah.. dapat menyiapkan kesemua tempahan pelanggan yang dah buat full payment... syukurlah.  Petang semalam bila dah hilang segala kepenatan... tekak teringin pulak nak makan kek... terus teringatkan resepi Kek Minyak yang memang dah lama teringin nak buat.  Alhamdulillah.. singgah juga dia di dapur MaDiHaA... hehehe...   Sedap sangat kek ni.. lembut... dibiarkan semalaman... makan hari ni kek bertambah gebu & lembut.  Terima kasih pada empunya resepi yer.  MaDiHaA ambil resepi dari LiNa Pg.  LiNa Pg ambil dari MyResepi.  TQ LiNa Pg... TQ empunya asal resepinya...

Mohon izin letak kat blog MaDiHaA pula yer... Sebenarnya sebelum buat kek ni... MaDiHaA dah pernah rasa sepotong dua masa balik kampong dulu yang adik ipar buat.  Memang sedap... tu yang terkenang2 tu.. Kek kosong camni hubby makanlah juga.. tapi kalau kek2 beraising, buttercream atau bercheese tu.. hubby memang tak suka.. Anak2 siap bawak berkelah dengan kawan2nya petang semalam... dapat juga bagi ke jiran2 berdekatan sikit sorang... Simpan kat rumah nanti kita makan banyak... taknak gemuk sorang2.... hahaha... padahal memang dah gemuk..


Kek Minyak

Original : MyResipi

Sumber : LiNa Pg


Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor) (MaDiHaA ikut sama mcm LiNa)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan) (MaDiHaA ikut sama mcm LiNa)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna (MaDiHaA guna blueberry & strawberry emulco utk warna biru & peach... yg warna kuning dibiarkan tanpa perasa)
  • 1 sudu teh esen vanila


Cara-cara

1.     Panaskan oven suhu 170'C

2.     Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan

3.     Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.

4.     Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.

5.     Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.

6.     Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.

7.     Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.

8.     Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti

9.     Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah) (MaDiHaA bakar 45 minit suhu 160'C)

10.  Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Nasi Oats... kaya serat.... lebih tinggi dari Beras Perang!

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Bila dah berumur ni.. kenalah jaga juga pemakanan... tak boleh le nak latam makan segala benda sesuka hati.  Nak makan tu boleh tapi ada hadnya.  tak bolehlah hari2 asyik nak pekena yang sedap2 je kan.  Umpamanya.. masakan bersantan MaDiHaA hadkan hanya sekali atau dua kali dalam seminggu.  Yang bercheese pulak.. paling kerap pun sekali atau dua kali sebulan... kadang sebulan sekali pun xde masakan bercheese.  Selagi boleh elak.. elak elak elak.. hehe...  Kalau ikutkan hati memanglah sedap bebenor nak makan benda2 berlemak & kolesterol tinggi tu semua.. tapi kena jaga2 juga akan kesihatan diri.  Al-maklumlah umur pun dah meningkat...



Baru2 ni en. suami ada beli Oats For Rice.  Saja2 dia nak mencuba.  Biasanya.. bijirin oats suami & MaDiHaA ambil hanya pada waktu pagi.  Itu pun diselang seli jugalah dengan sarapan2 yang lain.  Bukan tiap2 hari boleh telan oats tu.. tapi demi kesihatan.. tak suka pun buat2 suka.. hahaha...

Ini percubaan pertama MaDiHaA makan Nasi Oats ni.  Hmmm.. boleh tahanlah sedap rasanya.  Kekadang terasa kenyal2 manja oats tu meletop bila tergigit. Tidak mengganggu selera kami... cuma anak2 je takut nak mencuba.. hehe..


Boleh lihat kandungan serat yang terkandung dalam Oats For Rice ni.  Tinggi jauh berbeza dengan beras perang... inikan pula dengan nasi putih biasa yang berada pada carta terendah.  Jadi.. ternyata memang bagus sangat utk kesihatan.


Tiada resepi tertentu.. MaDiHaA masak seperti memasak nasi putih biasa aje... nisbah yang disyorkan ialah 2:1.  2 beras biasa & 1 oats.. Pada packing ada pengesyoran diberikan.  Tapi MaDiHaA tak timbang pun.. hanya letak 2 pot beras & 1 pot Oats For Rice & sukat air seperti memasak nasi biasa.  

Entry ni TIDAK BERBAYAR ye.. MaDiHaA hanya nak berkongsi kebaikan oats ni je...sapa2 yang nak mencuba bolehlah cari di pasaran.

Friday, February 21, 2014

Ayam Vietnam


Assalamualaikum semua...




Bertemu lagi kali ni dengan resepi pula ye.   Takmau cakap banyak2 sangat... tapi nak cakap juga bahawa resepi Ayam Vietnam ni sangat sedap di tekak MaDiHaA.  MaDiHaA tak pasti adakah betul resepi ini berasal dari Vietnam?  Tak tahu juga bagaimana nak membayangkan kesedapan menu ini sebab ramuannya bercampur aduk.. bak kata orang segala moknika ada dicampurkan... tapi yang penting hasil & rasanya sangat sangat lazat.  Cuba tengok ramuannya.. pelik sangat dengan campuran serbuk kari, sos ikan, kicap, serai, daun kari, cili padi & macam2 ramuan lagi yang memang ada di dapur kita... tapi lihat hasilnya... wallahhh!! Rugi tak cuba tau..  anak2 MaDiHaA pun suka.. makan bertambah2.

Terima kasih banyak2 pada Kak Wattie yang berkongsi resepi yang ditemuinya dari Sajionline.  Tapi MaDiHaA jumpa dari blog sahabat blogger yang sangat rajin memasak ni.. siapa lagi kalau bukan CT Zaliedana.  Kat blog je dia kurang aktif sekarang ni.. tapi kalau kat FB tu.. hari2 tayang masakan yang sedap2.  Untung anak2 & suami beliau.  Terima kasi ye CT...

MaDiHaA share resepi kat sini pula ye... cepat salin & buat sendiri jika nak tau bagaimana rasa menu istimewa ni..



Ayam Vietnam
Resepi:- Sajionline
Sumber Resepi:- KakWattieCT Zaliedana
& MaDiHaA


Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam saiz sederhana)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)


3 batang serai (MaDiHaA ketuk je)
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari

Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat





Cara Menyediakan:

1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.

4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.

Selamat mencuba!

Alhamdulillah... TQ Nuffnang!

Assalamualaikum & salam Jumaat....


Alhamdulillah... pagi Jumaat yang mulia ini nak berkongsi kegembiraan MaDiHaA.  Alhamdulillah cek Nuffnang yang ditunggu2 sampai juga akhirnya.. sampai minggu lepas.. tapi baru semalam sempat ke bank.

Tiada niat nak menunjuk2... sekadar berkongsi kegembiraan & membina semangat
blogger2 baru utk terus rajin berblog...

Syukur alhamdulillah.. dapatnya taklah banyak mana berbanding blogger2 hebat.. tapi syukurlah dengan rezeki yang ada ni kan.  Bukan senang2 orang nak bagi kita duit betul tak? Duit ini nanti MaDiHaA bercadang nak gunakan utk buat cermin mata baru menggantikan cermin mata lama yang dah calar teruk.  Apa tidaknya.. dah lebih 6 tahun digunakan.. hehehe.. teruk kan? Berbaloilah pakai 6 tahun sebab buat dulu habis 8 ratus lebih sebab pilih cermin mata tahan silau & yang boleh bertukar kaler bila terkena panas.  Mata ni jenis tak tahan silau... bila silau rasa macam tak boleh nak celik & berair.  Jadi MaDiHaA rasa sesuai sangatlah duit hasil berblog ni digunakan untuk buat tambah2 harga spek baru...  harga spek pun dah naik sekarang ni... takde yang turun.. semuanya naik..

Terima kasih pada semua pengunjung blog MaDiHaA ni ye.. tanpa anda.. tak mungkin MaDiHaA dapat kumpulkan duit sejumlah yang tercatat di situ... Terima kasih sejuta kali... hehe..

Jumpa lagi...

Thursday, February 20, 2014

Ikan Sambal Bunga Kantan... super yummy...!



Assalamualaikum & selamat petang semua....


Apa khabar semua?  Harap semua yang sudi singgah di Dapur MaDiHaA ni sihat2 semuanya ya.  Terima kasih pada follower yang makin bertambah.  Love u all semua... Tiada apa yang dapat MaDiHaA berikan selain ucapan ribuan terima kasih sudi follow blog MaDiHaA yang tak seberapa ni.  Yang tak follow tapi selalu jenguk2 sini  terutama silent reader pun TQ jugak yer.. sayang kalian semua..  Tanpa kunjungan kawan2 semua.. siapalah MaDiHaA ni kan... 

Ok dah abis modal... hehe.. jom tengok resepi ikan marbeles ni.. Kawan2 kena perhati ye.. kalau masakan yang MaDiHaA cakap sedap ker.. marbeles ker... super delicious ker... tu maknanya memang sedaplah tu kat tekak MaDiHaA.. tapi kalau resepi2 percubaan yang tak dipuji tu... maknanya.. rasanya so so jelah.. hehe.. Tapi jangan silap faham pula.  Kurang sedap di tekak MaDiHaA bukan beerti lauk tu tak sedap di tekak kalian.  Dan yang sedap di tekak MaDiHaA pun.. bukan bermakna lauk tu sedap ditekak kalian... Mungkin juga selera kita tak sama kan.  Jadi kenalah cuba sendiri barulah tau sedap atau tak.  Bak kata ma MaDiHaA... kalau sedap makan banyak, kalau tak sedap makan sikit.. hihihiiii...




Lauk ni dah 2 kali MaDiHaA masak.  Kalau ada ulangan tu bermakna lauk tu sedaplah.  Kali pertama memang sedap.. Kali kedua ni.. nampaknya bertambah2 sedap pulak.  Tak taulah kenapa.. mungkin kali ni letak bunga kantan lebih sikit kot... hehehe... yang dulu tu kedekut bunga kantan maklumlah bunga kantan kan mahal.. hehe.. Kali ni bunga kantan free dari kampong... tu yg mewah bunga kantan tu..

Dah jom salin resepi.  Sapa tak cuba memang rugi...

Nama asal resepi ni Ikan Sumbat Bunga Kantan.. tapi kali ni MaDiHaA tak sumbat ikan tu... hanya goreng macam tu je pastu terus gaul dengan sambal tu... jadi... tak sesuaila nak guna perkataan sumbat tu kan.  Kali ni guna ikan kerisi...  terima kasih empunya asal resepi ni...



Ikan (Sumbat) Sambal Bunga Kantan
Sumber : Zaliedana

Bahan2:-

Ikan Cencaru @ ape2 ikan yg sesuai utk dibelah belakang.. (MaDiHaA guna ikan kerisi tanpa dibelah)

Bhn A:-
1SDB Cili Kisar
4Biji Cili Merah*
4Biji Cili Padi*
3Biji bawang Merah*
2biji Bawang Putih*
2Cm Belacan Bakar*
1Sdb Kelapa parut *(Bhn bertanda* dikisar/tumbuk halus)
Air Asam Jawa secukupnya
1sdb Sos Tiram
1Kuntum Bunga Kantan(Dihiris Halus)
1Biji Bawang Besar(Dihiris Nipis)
Daun Ketumbar@ pon Daun Bawang (Utk ditabur diatas ikan)
Garam n Gula Secukupnya.
Minyak Bijan

Cara2
Tumis bhn bertanda * hingga naik bau n garing,masukkan bawang besar,bunga kantan , air asam jawa n sos tiram.Masukkan juga gula n garam  secukup rasa,siap..

Ambil ikan yg siap dibelah belakang,sumbat sesudu@ lebih sambal,pastu gorengkan ikn dgn api sederhana sehingga ikn garing n msk..  (maDiHaA tak sumbat.. tp ikan digoreng garam kunyit pastu gaul je dengan sambal tu)

Lebihan sambal dicampur sedikit air n msk kejab lagi diatas api,selepas itu blh lah dituang keats ikn yg siap digoreng tadi..Taburkan Daun bawang@Daun ketumbar ketika menghidang,

Selamat mencuba!