Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sekejap je dah masuk bulan Mac... Sekarang ni sana-sini kecoh pasal isu catuan air. Susah betul bila air takde kan. Lagi-lagi bila ada anak kecik kat rumah. Rasanya.. sanggup takde letrik dari takde air ni. Semalam pulak jerebu teruk betul.. tapi alhamdulillah.. belah petangnya hujan turun walaupun tak begitu lebat... sekurang2nya.. basah jugalah tanah. Pagi ni pun hujan juga... alhamdulillah.. kuranglah sikit bahang kepanasan...
Oklah.. taknak bebel panjang2 sebab ada kerja menanti.. Hari ni kongsi resepi ulangan je iaitu kuih tradisional yang masih popular terutama dimusim bulan puasa. Buat ni pun untuk berbuka puasa masa MaDiHaA ganti puasa tak lama dulu. Teringat kat kakak Dini bila buat kuih ni.. sebab ni salah satu kuih kegemaran dia...
Resepi tanpa sukatan ye.. rasanya semua orang pun pandai buat.. resepi agak2 je..
Buah Melaka / Onde-onde
Bahan2
Tepong pulut secukupnya
sedikit air kapur anggaran 2 sudu kecil
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
air atau santan cair secukupnya
Bahan2 lain
Gula melaka/nisan kerek secukupnya ~ dipotong dadu kecil
Kelapa parut putih dari kelapa kulit hidup (kelapa yg sedikit muda)
sedikit garam
Cara2 menyediakan
1. Tepong pulut diuli dengan air kapur, garam, pewarna hijau dan air/santan cair secukupnya hingga menjadi doh yang lembut.
2.
Jerang seperiuk air. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Sambil
menunggu air mendidih.. ambil sejemput doh & isikan dengan kiub
nisan kerek/gula melaka secukupnya. Susun di atas dulang yang ditabur
tepong gandum. Buat hingga habis. Bila air mendidih masukkan bebola tadi
& rebus hingga bebola timbul. Sauk & tapis bebola yang timbul
& terus masukkan ke dalam kelapa parut yang digaul garam. Golek2kan
& susunkan ke pinggan hidangan. Siap untuk disajikan.
sedapnya kak. senang tapi malas nak buatnya. hihi
ReplyDeleteassalamualaikum kak.. tempat akak kena catuan gak ke? nani tak kena.. alhamdullillah... kalau tidak jenuh nak naik turun tangga ngendeng air kan.. haiii kesian kan..
ReplyDelete>> buah melaka ni best.. gula nye pcah dalam mulut.. hakimi suka.. resepi yg tak payah pakai timbang2 ni senang kak.. ye la.. kadang2 lagi mudah kita main agak2 je.. kan..
assalammualaikum, sama lh kita ari ni hjn, alhamdulillah kan best betul walau pun msh ada lg jelebu x pe lah jnji hjn dah turun........dah lama kak ruby tak wat buah melaka sedap pula tengok hihihi......
ReplyDeleteAssalamualaikum senang nak buat kan yg penting sedap...
ReplyDeletesedapnya kak...
ReplyDeletelama tk mkn..
PH suka onde-onde. Kenyal-kenyal dan manis-manis gitu. Best!
ReplyDeleteWah..wah!! sedapnyaa...
ReplyDeletebetul tu kak....isu catu2 air ni mmg payah....cepat laa keadaan kemarau ni berlalu kan...
ReplyDeletealmaak kak, terliur lieya tgk onde2...kalo bulan puasa ni antara kuih yg wajib ni kene ade atas meja time berbuke...
assalam
ReplyDeleteseksa kak huhuu kat taska ni hah jenuh la ktorg. budak2 kejap minum kejap toilet buang air
skrg pesan parents mesti bw air tiap seorang he hee utk keperluan anak2 diorg. mandi la minum ok kita beli air botol
kat rumah asben simpan air bertong dan penuh he he
apapun redha dgn ujian cam ni kan
ohhh feberet ank bujang sy ni
Salam kak...sedapnya tgk buah melaka ni...selalu beli x byk isi gula melaka...bila makan x puas...nak buat malaih...mai sepiring kak...he he he
ReplyDeletesedapnya makan time hujan2 ni sis...feveret sejak kecik ni..
ReplyDelete