Wednesday, March 5, 2014

Sosej Telur Gulung

Assalamualaikum & salam sejahtera....





Apa khabar semua?  Semoga kalian semua sihat2 semua ya.  Musim panas berjerebu ni ramai yang kurang sihat.  Eloklah dikurangkan aktiviti luar & banyakkan minum air masak.  Lately ni... MaDiHaA agak sibuk & masa agak terbatas untuk update blog awal2... ni dah petang baru lega & ada masa sikit.  Hari ni update breakfast kegemaran anak2 pula ya.. Tapi bukan selalu buat benda2 macam ni... Sesekali boleh la.  Produk siap proses seperti sosej ni sebenarnya kurang elok sangat untuk kesihatan.  Banyak garam, msg & banyak lemak.  Tapi inilah yang anak2 suka sangat termasuk mak & bapaknya.  Tambah pula nak memasaknya mudah kan...  hehe...

MaDiHaA namakan Sosej Telur Gulung walaupun sebenarnya.. tidaklah sempurna gulungannya tu... actually jadi bentuk tiga segi sebab proses menggulung dibuat di dalam pan aje... hehehe.. maksudnya.. telur tu melekat pada sosej.. bukan digulung gunakan telur dadar ye...

Ok jom tengok resepi mudah kegemaran anak2 MaDiHaA ni...



Sosej Telur Gulung
Oleh : MaDiHaA

Bahan2
8 batang Sosej ayam/daging
4 - 5 biji telur
sedikit butter
Sos cili atau apa2 sos kegemaran
mayonis

Cara menyediakan
1. Sosej direbus sehingga masak lalu tos & ketepikan.
2. Pecahkan telur & kacau rata. (tak perlu garam kerana sosej dah masin)
3. Panaskan non stick pan & masukkan sedikit butter.  Masukkan sesenduk kecil telur & biar telur membeku sedikit.  Sebelum telur masak keseluruhan (masih ada cairan telur) letakkan sebatang sosej di tengah2 telur dadar tadi.  Gunakan sudip kayu & kaup tepi telur & tutup diatas sosej. Kaup pula bahagian bersosej & terbalikkan sehingga ia seakan bergulung.  Biar seketika sehingga telur masak & melekat pada sosej.  Terbalikkan bahagian yang kurang garing & goreng sehingga kekuningan dibahagian lain pula.
4. Bolehlah angkat & ulang step 3 sehingga habis.  Susun sosej telur gulung di atas pinggan hidangan.
5. Bila dah siap, bolehlah paipkan cili sos & mayonis secukupnya.
6. Siap untuk dihidangkan untuk sarapan pagi.



Selamat mencuba!

8 comments:

  1. Salam, sedapnya...anak2 saya pun suka kalau benda2 yg mcm ni. Nak buat senang, nti boleh cuba lah. Thnks for the recepi :)

    ReplyDelete
  2. Salam, senangnyer resepi. Nti nk cuba buat lah...anak2 suka kalau bab sosej2 ni..,thanks for the resepi :)

    ReplyDelete
  3. mudah dan simple Madihaa, anak2 akak pun suka sngt kalau ada telur dan sosej janji kenyang kan save masa dan tenaga hehe

    ReplyDelete
  4. Salam kak...sedapnya tgk sosej telur goreng ni...rajin kak...=)

    ReplyDelete
  5. Ermm leh Cuba b/fast cam ni nanti ..sesekali ubah selera syok jugak kan.

    ReplyDelete
  6. Ermm leh Cuba b/fast cam ni nanti ..sesekali ubah selera syok jugak kan.

    ReplyDelete
  7. pergh kak ni laa menu peberet lieya kalo buat diet....diet atkins mmg makan telor...sosej pun antara makanan yg dibolehkan sbb carb rendah...ishh teliur lieya ni kak..dahle puase ari ni...kang esok boleh la buat tuk anak2 punye bento...

    ReplyDelete
  8. salam madihaa, kalau buat ni anak2 mst suka kan...

    ReplyDelete