Friday, April 11, 2014

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*.... Sama tapi TAK SERUPA....

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang mulia.  Marilah kita sama2 perbanyakkan berselawat ke atas Nabi S.A.W junjungan kita kerana terlalu banyak fadhilat & kelebihannya jika kita mengamalkannya...  tak dapat MaDiHaA nak huraikan kat sini fadhilat & kelebihannya kerana ia terlalu banyak... tapi antaranya ialah Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.).  Rugi kita jika tidak merebut peluang ini sementara kita masih menumpang di bumi Allah S.W.T yang sementara ini.

Oklah di hari Jumaat yang mulia ini MaDiHaA ingin berkongsi gambar2 tempahan pulut kuning berhias yang ditempah oleh En. Khalid baru2 ni.  Beliau menempah 2 biji pulut kuning berhias... satu untuk hantaran & satu lagi untuk majlis hari jadi.
Permintaan En. Khalid minta dideko seperti pulut kuning yang ditempah oleh Puan Kamariah DULU untuk kedua2 pulut kuning tersebut iaitu menggunakan hiasan capsicum berisi serunding, telur dadar, tomato ceri & bunga dari timun Jepun.  Tapi MaDiHaA gubah kedua2nya dengan gubahan yang berlainan sedikit dari gubahan yang dulu tu.  Jadi takdelah nampak sama 100% seperti pulut yang dulu tu. Harap customer berpuas hati ye..
Masih mengekalkan kedudukan capsicum yang berisi serunding daging di bahagian tepi.. & dihiasi gubahan bunga dari timun jepun, tomato ceri dan lain2. 
Customer minta diisikan dalam kotak transparent untuk pulut hantaran ni.  MaDiHaA kenakan caj tambahan untuk kotak ini ye sebab kotak ni lebih mahal dari kotak kek yang biasa tu.
Untuk pulut hari jadi pula.. MaDiHaA gubah dengan meletakkan capsicum di tengah2 pulut & dikelilingi bunga2 dari timun Jepun & juga tomato ceri.

Terima kasih di atas tempahan ini ye En. Khalid.  Jika ada yang terkurang mohon di halalkan.
Jika ada yang berminat nak menempah bolehlah hubungi MaDiHaA di nombor yang tertera di sebelah kanan tu ye.  Tapi sekarang ni MaDiHaA hadkan pengambilan tempahan  mengikut jadual catuan air di kawasan rumah MaDiHaA.  Susah juga bila air takde nak ambil tempahan.  Harap pelanggan semua memahami ye. 
Terima kasih.

7 comments:

  1. Salam, kalau nak tempah yang macam ni, charge berapa?

    ReplyDelete
  2. kita suka akak punya pulut kuning. kalau kawen nak tempah la. eh tiba2 hihi

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pulut kuning...aritu ada kastemer nk tempah pulut kuning,tp tiada keberanian nk amek order tu..kesian juga terpaksa hampakan hajat org..
    Nak tanya tomato ceri n telur dadar gulung tu ada cucuk ngan apa2 tak?nampak elok jer kedudukan tu?
    Mana tau kan pasni berani amek order hihiiii..boleh sekodeng sini sbgai sumber inspirasi

    ReplyDelete
  4. salam kak madihaa..

    mengancamnya pulut kuning tu..memang cantik..

    ReplyDelete
  5. Menarik jadikan kek hantaran dan majlis kesyukuran😀

    ReplyDelete