Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ni santai2 kat rumah sempena hari pekerja... & kepada yang berpuasa sempena bulan Rejab MaDiHaA ucapkan selamat berpuasa yer..
Balik kampong baru ni en. suami sempat borong petai dari sepupunya. Murah2 jer... 100 papan tapi dah dibahagi2 dengan mak & adiknya & sepupu (pengantin baru) yang datang bertamu (sepupu lain)... Maka adalah tinggal beberapa papan yang berjaya di bawa pulang.. hehehe.. Sampai sini pun kami berbahagi juga pada mak sedara kat sini, pengasuh anak2ku juga bos ku yang memang suka makan petai.. hehe...
Oleh kerana sedang 'kaya' petai jadi jangan terkejut tengok kuantiti petai yang MaDiHaA gunakan ye. Sila kecilkan saiz resepi ikut keperluan sendiri. Sambal ni pun memang tahan 2, 3 hari untuk mulut kami suami isteri.. hehehe... Saja je tamak haloba masak banyak2 terus sebab terlampau rajin nak masak ulang2 kan... hehe..
Ok jom tengok resepi sambal petai versi kering2 ni...
Sambal Petai Ikan Bilis
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
100 gm ikan bilis yang siap dikopek bersih
13 papan petai ~ diambil isinya sahaja (belah dua)
4 ulas bawang merah ~ dihiris
minyak utk menumis
2 - 3 sudu kecil gula (ikut selera anda)
3/4 sudu kecil garam atau secukup rasa
Bahan kisar
4 biji cili merah
20 biji cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 biji tomato saiz sederhana
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak & goreng ikan blis hingga garing. Angkat & ketepikan dahulu.
2. Keluarkan sedikit minyak tadi jika terlalu banyak. Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan gula & garam secukup rasa.
3. Masukkan petai yang dihiris gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng tadi & gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
Selamat memasak ya...
nampak sedap sambal tu kak..
ReplyDeleteHahaha.. mmg meriah betul petai dlm sambal akak.. tun suka juga mkn petai, tp boleh makan sikit2 je.. kalau sepinggan nasi tu, blh la habiskan sebiji dua petai,gigit sikit2. hihi...
ReplyDeleteBestnyer! Kat Jusco petai terlalu mahal. Tak lama dulu PH beli petai (tak tengok harga) dan bila balik rumah hampir pengsan sebab satu paket kecil berharga RM15.00.
ReplyDelete