Friday, June 27, 2014

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tak sabar rasanya nak menunggu tibanya Ramadan.  Berdebar2 rasa dihati apakah ada rezeki ku untuk tahun ini?? Ya Allah semoga ku dipanjangkan umur & masih ada rezeki untukku menikmati indahnya beribadah di bulan Ramadan MU yang mulia itu... amin ya rabbal alamin...


Seperti kebiasaan.. Jumaat hanya berkongsi gambar tempahan ye.  Tempahan di awal bulan Jun dimulai dengan tempahan Pulut Kuning Berhias dari Puan Hasni.. Terima kasih Has sudi menempah... jauh pulut ni 'makan angin' sampai ke Jeram... hehe.. Has menempah untuk sambut besday adiknya (kalau tak silap). Celebrate kat restoren yg femes kat Jeram tu... aiii... pulut kuning ku dah sampai Jeram.. tuan buat pulut tak merasa lagi ke Jeram tu... hehehe....


Senang buat order Has sebab Has kata design dia tak kisah... ikut MaDiHaA lah nak deko macamana pun... alhamdulillah.. inilah hasilnya... Terima kasih ye Has...

Thursday, June 26, 2014

Tortila Wrap

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...




Dari sehari ke sehari nak update blog... akan tetapi tiba2 je mood untuk update merudum!  Tambah pula kesihatan kurang mengizinkan... lagi lemau nak update.  Gagahkan diri untuk update... terkenang2 masih ada beberapa gambar yang belum sempat dikongsi... ada juga hanya resepi2 ulangan... Hari ni gagahkan diri... rajinkan diri.. bangkitkan mood mengupdate... Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan... pasti ramai yang akan tercari2 resepi2 untuk juadah berbuka kan.  MaDiHaA macam biasa saja... setiap kali bulan puasa kami hanya berbuka puasa dengan makanan2 yang simple2... Tidak bermewah2 sampai penuh meja... tiada juadah2 istimewa almaklumlah tak sempat nak masak beria2 kalau sampai rumah pun dah lewat.  Lagi sedih jika ada yang terpaksa berbuka dalam kereta... huhuhu... yang penting tiada pembaziran kerana membazir itu amalan syaitan....

Oklah... Tortila wrap ni pun dah lama dibuat sebenarnya.  Sesekali jemu mengadap nasi.. kita masak yang mudah2 saja... janji perut terisi.. Mudah saja nak sediakan... semua gunakan bahan2 segera.. tinggal tumis2 je... jom kita tengok mcamana nak sediakan bahan2 intinya...



Tortila Wrap
by MaDiHaA

Bahan2
5 keping tortila (MaDiHaA guna jenis wholemeal)
mayonis secukupnya
sos cili secukupnya

Bahan inti
1 biji bawang holland ~ didadu
3 ulas bawang putih
5 keping daging burger ~ hiris memanjang
5 batang sosej ayam/daging ~ belah 4  memanjang (nak hiris pun boleh.. tp MaDiHaA belah supaya ia tak mudah jatuh2...
semangkuk hirisan kobis
1/2 biji capsicum ~ dihiris
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam yg dikisar
kicap cair secukup masin 
sedikit minyak utk menumis 

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang dadu & bawang putih hingga layu & wangi. Masukkan daging burger & sosej.  Kacau2 hingga kedua2nya masak. Boleh masukkan sikit air jika perlu.
2. Masukkan bahan perasa... sos tiram, serbuk lada hitam & kicap cair kacau2. Campurkan kobis & capsicum & kacau2 kejap agak2 layu sikit2 je terus tutup api. Sejukkan sikit inti.
3. Sediakan tortila.. letak inti... paipkan mayonis & sos cili & gulungkan roti tortila tu ikut cara sendiri.  Kalau nak kemas boleh balut sebahagian mcam balut kuih ketayap tu.. kalau nak buat kun.. utk lebih kemas boleh balut dengan aluminium foil atau kertas kuih sebahagian balutan belah bawah tu.. (MaDiHaA pesan kat anak2 masa nak makan.. tekan bahagian bawah tu supaya inti tak terkeluar... hehe..) ok dah sedia untuk dihidangkan...

Selamat mencuba!

Tuesday, June 17, 2014

Sayur Lemak Jambu Golok Campur Sotong lagi....



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Balik kampung bulan lepas tak sangka ada rezeki nak makan sayur lemak jambu golok dengan sotong.  Bukan senang nak dapatkan buah jambu golok atau buah gajus ni.  Waktu tu memang tengah musim... tapi bukan semua tempat ada.  Rupanya masa ma ke Rompin, Pahang... ma beli buah jambu golok tu & bawak balik ke rumah. Katanya dah dimasak sekali untuk makan tiga bercucu.  Oleh sebab dia tau anak2 nak balik.. sengaja dia simpan buah tu kat tempat sejuk beku.  Bila kami balik ma pun keluarkan & masakkan untuk kami.  Yang dia ingat sekali mestilah kat MaDiHaA sebab ini sayur kesukaan ku.. hehe.. Pernah sampai mengidam nak makan sayur ni masa mengandungkan anak sulung.  Nasib baiklah jumpa & terkena musim buah tu... hihi...

Oklah.. sekadar resepi ulangan... tapi resepi ni biasanya hanya setahun sekali je boleh jumpa sebab musim jambu golok atau musim buah gajus ni hanya sekali setahun & biasanya ia keluar sama waktu musim orang candat sotong.. Kreatifnya orang2 kat Terengganu ni.. disebabkan lambakan sotong & buah ini.. maka terjadilah masakan ini... kat tempat lain memang takde orang masak lauk ni.. hehehe.. Kalau nak rasa macamana rasa sayur ni.. bolehlah mencuba ye...


SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK CAMPUR SOTONG
(Resepi Tradisi Trengganu)
Sumber rujukan : Ma


Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya

Cara2

1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2 memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya keluar. Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan & ikan masin. 


Buah jambu golok atau gajus atau janggus atau ketereh.... hihihi... banyak betul nama dia...


Friday, June 13, 2014

Pulut Kuning Berhias 3 Tingkat *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Apa khabar semua? Diharapkan semoga semuanya berada dalam keadaan sihat2 semuanya ye.  Kepada semua pengunjung Dapur MaDiHaA ni diucapkan ribuan terima kasih.  Yang meninggalkan komen pula diucapkan  jutaan terima kasih... minta maaf kerana tak sempat nak membalas kunjungan kalian.  Kesibukan membuatkan ku kesempitan masa untuk blog walking seperti dulu.  MaDiHaA hanya mampu mendoakan semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.  amin... Mari kita sama2 berdoa moga segala usaha & urusan kita sentiasa dipermudahkan Allah s.w.t..  Allahumma yassir wala tu'assir.  Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin....

Oklah... untuk hari ni share gambar tempahan pulut kuning 3 tingkat dari adik Fariha yang melansungkan perkahwinannya akhir Mei lalu.  Inilah customer pertama yang menempah pulut kuning 3 tingkat.  Seawal 3 bulan Fariha menempah.  Terima tempahan dalam takut2.  Maklumlah tak pernah buat pulut hingga 3 tingkat.  Kena betul2 bajet masa. Alhamdulillah dapat juga disiapkan on time.  Dalam pada menunggu tibanya tarikh yang Fariha minta.. tup2 sahabat MaDihaA Puan Fadzilah menempah dulu pulut 3 tingkat... hah kauu.. konon lambat lagi nak test yg 3 tingkat... sekali dtg yg mengejut... anjat gigirl.. hehe... Jadi dah ada pengalaman buat yg dulu tu.. buat tempahan Fariha ni takdelah rasa kelam kabut sangat.  Syukur segalanya dipermudahkan. Amin..

Gambar ikhsan pengantin baru... Fariha (TQ dik...)

Terima kasih Fariha beri kepercayaan pada akak untuk buat ni.  Tempahan jauh dari Rawang tak silapnya... terima kasih pada kawannya yang sanggup tolong datang ambil pulut ni... memang bagus betul kawan2nya tu.



Segala kekurangan mohon dihalalkan ye Fariha.. Suka pula tengok bila dah siap tergubah.  Walaupun Fariha pilih gubahan/paten yang begitu simple.. tapi bila dah siap letak bertingkat2 tu nampak menarik pula.. syukur...

Oklah itu saja untuk hari ini.. Hingga jumpa lagi di lain masa.. Yang berminat nak menempah boleh hubungi MaDiHaA di nombor tertera di kanan tu ye.. terima kasih..

Wednesday, June 11, 2014

Tauhu Ayam Kukus Goreng

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Sebenarnya dah lama juga mencuba resepi ni.  Resepi yang berlegar2 di dalam blog & FB.  Masa mula2 nampak resepi ni kat blog seorang blogger. Berkobar2 nak copy resepi.. tapi malangnya blog beliau tak benarnya resepi dicopy kerana sengaja disetting supaya pengunjung tak boleh nak copy apa yang ditaip.  Hmmm... terbantut sekejap nak mencuba. hihihi... Namun rasa minat terhadap tauhu.. ku cuba2 juga dengan mengodek resepi mengikut kuantiti bahan sendiri berdasarkan bahan2 yang boleh ingat dalam kepala.  Nak menyalin malas sangat.. jadi simpan dlm memori jelah.  Bila sampai rumah.. godek2 sendiri ikut bahan yang ada dalam simpanan.  Alhamdulillah.. menjadi juga rupanya walau tak ikut sukatan dalam resepi mereka... 

Terima kasih yang berkongsi idea resepi menarik ni ye.  Resepi di bawah hasil godek2 sendiri resepi ikut bahan yang ada kat rumah masa tu... Yang berminat dengan tauhu bolehlah mencuba... En. suami makan cicah dengan sambal kicap... sedap pepalih katanya.. hehe....  Pada yang nak gantikan isi ayam dengan isi udang pun boleh.. kita yang buat dia kan..

Jom tengok resepi... sesuai juga ni jadikan juadah berbuka puasa nanti...



Tauhu Ayam Kukus Goreng
by MaDiHaA

Bahan2
300 gram isi ayam
3 keping tauhu biasa
1 keping tauhu lembut (yg dalam kotak 4 segi tu)
2 biji telur B

1 biji bawang besar ~ cincang
sedikit hirisan daun sup & daun bawang
1 biji cili merah ~ buang biji & cincang halus
lada sulah secukupnya
garam secukupnya

Bahan lain
1 biji telur ~ dikocok
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Kisar isi ayam, tauhu biasa & tauhu lembut sehingga halus menggunakan pengisar kering.  Gaul sebati kesemua bahan kisar bersama 2 biji telur, bahan hiris & bahan perasa.  Masukkan dalam loyang & kukus sehingga masak.
2. Sejukkan tahu sebentar kemudian bolehlah dipotong ikut saiz disukai.
3. Panaskan minyak masak, celupkan tauhu dalam telur yang dikocok & masukkan dalam minyak panas. Ulangi satu bersatu & gorenglah tauhu hingga keemasan.
4. Hidang tauhu dengan sos cili pilihan atau sambal kicap.  Terangkat!!

Selamat mencuba!

Tuesday, June 10, 2014

Gulai Darat Ayam TokMi @ Gulai Nasi Berlauk



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cerita pasal gulai darat ni... mengingatkan MaDiHaA  semasa berkunjung ke Kelantan beberapa tahun lalu.  Tak puas rasanya menikmati hidangan yang sedap2 di Kelantan termasuk nasi berlauk, nasi dagang & nasi kerabu.  

Gulai darat ni popular kat Kelantan & ia lebih kurang macam gulai nasi berlauk juga.  Terima kasih Rabiatun kongsi resepi dari bonda ye.. Kebetulan ada rempah gulai kat rumah.. so memang ngam sangatlah.  Ada juga idea nak masak apa dengan ayam tu... hehe..

Minta izin kongsir resepi kat blog akak pula ye Tun..




Gulai Darat Ayam TokMi
 recipe by : Rabiatun @ Sweettouch
Bahan:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
3 sdb rempah gulai darat (MaDiHaA guna rempah gulai cap Bunga Ros)
* 4 ulas bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 1/2" lengkuas
* 2 hiris halia
2 sdb ketumbar ~ disangai dan ditumbuk halus
3 sdb keresek
2 biji cili hijau ~ dibelah (MaDiHaA tak letak... tapi tambah lobak merah)
1 keping asam keping ~ size kecik sebab taknak kuah masam
1/4 keping nisan
1 +- cawan santan pekat ~ ikut nak pekat ker cair
3 cawan air - ikut nak pekat ker cair
garam


 Cara:
1). Kisar bahan bertanda (*) hingga hancur.
2). Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan juga bahan kisar, keresek, ketumbar yang ditumbuk halus, asam keping, nisan dan juga rempah gulai darat. Gaul sebati.
3). Masukkan air sehingga meliputi seluruh ayam (bukan air yang 3 cawan tu). Biarkan ianya mendidih dan ayam empuk. Air ni akan kering sedikit.
4). Masukkan sedikit air dan tengok biar ianya pecah minyak. (boleh juga masukkan sedikit air panas). Didihkan.
5). Masukkan santan pekat dan juga 3 cawan air tadi. Didihkan santan, cili hijau dan tambah garam. Suaikan rasa. Bolehla diangkat. 


Selamat mencuba!

Monday, June 9, 2014

Tomyam Ayam Ala Thai



Assalamualaikum & salam sejahtera..

Cuti sekolah ni memang hari2 kena masak menu ayam.  Sampai dah buntu nak masak apa.. Ada yang sempat ambik gambar.. ada juga menu yang malas nak ambik gambar... Antara yang sempat ambik gambar ialah menu Tomyam Ayam Ala Thai ni.  Resepi tomyam lain dari yang lain tapi yang pasti memang terbaikkkk... Tak percaya sila cuba sendiri ye... Terima kasih Sajian dapur bonda share rahsia resepi tomyam terbaik... dah beberapa kali guna resepi ni tau...


TOMYAM AYAM ALA THAI 
Resepi : Sajiandapurbonda

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai – dititik
5 – 6 biji cili padi - diketuk 
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya

Garam secukup rasa
1 labu bawang besar – dipotong bulat
Bunga kobis (MaDiHaA guna brokoli... tu yg kuah nampak hijau..hihi)
Lobak merah – dipotong bulat
1 batang daun saderi – dipotong pendek (takde stok)
1 biji buah tomato
(Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing)

Penyediaannya:
1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api
4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.

Selamat memasak..

Friday, June 6, 2014

Tempahan kuih muih..... & cerita anak2 asuhan Mak Ani...

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Pagi ni share gambar tempahan kuih muih bulan lepas ye.. dok beratur je nak tunggu giliran masuk blog... hihi... Terima kasih kepada semua yang sudi menempah kuih-muih dengan MaDiHaA ye.  Jika ada yang terkurang dimana-mana mohon dihalalkan dunia & akhirat...

Tempahan dari Yan.. 1 loyang puding roti marble, 50 biji kuih cara berlauk & 100 biji karipap.  Terima kasih Yan sudi order.. harap berpuas hati...


Tempahan dari Zureen... 50 biji apam polkadot & 100 biji baby polkadot dengan tema putih & purple.  Tq very much Zureen di atas tempahan..


Ini pula tempahan dari Shida ibu teman sepermainan anak kat rumah pengasuh tu... sambut birthday kat rumah pengasuh.  Shida tempah kek coklat moist & 50 biji apam polkadot.  Kek tu bersaiz besar.. buat 1 1/2 adunan... deko memang tak lulus hihihi.. tapi memang dah cakap awal2 kat Shida MaDiHaA tak reti nak deko lawo2.. tambah2 hari bekerja memang terkejar2... dia kata takpe..yang penting sedap.. hehe.. inilah dia kek choc moist yang MaDiHaA cakap tu... memang semua puji sedap.. bukan nak angkat bakul sendiri.. tapi memang betul resepi yg digunakan ni memang best.  Apam tu pulak.. MaDiHaA sedekah je kat budak2...

Inilah dia anak2 asuhan Mak Ani... besday boy no 2 dari kanan Irfan the handsome boy... anak kacukan melayu & mamak.. hehe.  Ada sorang lagi baby & sorang lagi boy takde dalam gambar.. Yang kanan sekali tu pula hanya duduk sini masa cuti sekolah je sebab adiknya (no. 2 dari kiri) memang transit kat sini sama macam anak MaDiHaA.. balik tadika duduk sini termasuk yg boy sorang pun mcm tu juga.  No. 3 dari kanan tu pun transit je sebab dah masuk tahun 1. Sebelah dia pulak.. baru je duduk dengan Mak Ani sebab kes pengasuh lamanya macam ada sikit2 membuli budak tu.. kesian dia sebab dia jadi sugul sejak duduk situ sekian lama.  Sejak duduk rumah Mak Ani barulah ceria.  Cuti sekolah ni meriahla semua ada kat rumah Mak Ani... Ramai kan? hehehe.. memang meriah... pening kepala mak ani nak handle budak2 cuti sekolah ni...  Apa2pun.. mak ani memang bagus jaga budak2.. anak2 asuhannya semua sayang kat mak ani.. MaDiHaA hantar anak2 sejak Haziq umur 2 bulan hinggalah dia masuk tahun 1 baru tak hantar sini.. itu pun time cuti sekolah merengek nak pegi jugak sini (tapi kali ni MaDiHaA suruh dia duduk dengan kakak dia je kat rumah.. taknak nyusahkan mak ani sebab sekarang ni dah ramai sgt budak2 kat rumah mak ani).  Adik Alin.. hanya tinggal setahun setengah je lagi duduk sini.. dah masuk tahun 1 nanti takdelah duduk ngan mak ani lagi... hmm.. oklah.. berjela pulak entry tempahan kali ni ngan cerita anak2.. hehe.. layan jelah ye...

Thursday, June 5, 2014

Gulai Rebah Bangun Ikan Aye

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ni pagi2 Lembah Klang dibasahi hujan rahmat... alhamdulillah...  Pagi ni juga en. suami ada urusan di Hospital Selayang... kesian dia terpaksa redah dalam hujan dari PJ ke Selayang sebab pegi dengan motor je untuk elakkan dari jem.  Lagipun kereta isterinya guna.. hihi... Alhamdulillah dah selamat sampai katanya... Mudah2an semua berjalan lancar... amin ya robbal alamin..

Pagi ni kongsi resepi lauk lagi... Kali ni lauk ikan pulaklah.  Ni lauk dah lama masak sebenarnya ni.  Dalam cuti sekolah ni terpaksa MaDiHaA masak lauk ayam je sebab anak2 yang tinggal kat rumah tu semua peminat ayam.  Kalau masak ikan nanti banyak pula komplennya.  Macam dah tak tau nak masak apa dah dengan ayam... semalam anak2 request nak makan bubur nasi... rencahnya ayam juga... hihihiiii...

Oklah.. layan gulai ikan aye atau ikan tongkol ni pulaklah...




Gulai Rebah Bangun Ikan Aye 
Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan2
4 - 5 keping ikan aye ~ bersihkan & tos
3 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam, serbuk perasa jika suka
1 keping asam gelugur 
beberapa biji bendi ~ cuti bersih & potong hujung & pangka
1 biji tomato ~ belah 4 



Bahan kisar halus 
2 biji cili merah (kalau takde boleh guna 3 sudu besar cili kering kisar)
3 ~ 4 biji cili padi (optional)
2 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah
1 cm halia 
1 inci kunyit hidup (kali ni takde stok.. so ganti dgn serbuk kunyit je)   
sehiris lengkuas

Cara2
1. Jerang santan bersama bahan kisar serta garam & serbuk perasa.


2. Sentiasa dikacau supaya santan tak pecah & apabila mendidih masukkan ikan & asam gelugur.

3. Agak2 ikan separa masak bolehlah masukkan bendi & kacau sentiasa permukaannya.  Tunggu hingga bendi lembut sedikit bolehlah masukkan tomato.  Rasakan asam garamnya.. kalau dah ok bolehlah matikan api. 


Selamat mencuba!

Wednesday, June 4, 2014

Kek Coklat Kukus Moist... terbaikkk....

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Dah berulang kali buat kek ni.  Memang terbaik antara yang terbaik.  Nak buat pun mudah.  Cuti-cuti sekolah ni memang tak membazir buat apa2 pun semua licin.  Kali ni tak buat ganache.. tapi hanya picit choc filling lebihan buat apam polkadot... Kek coklat ni memang highly recommended.  Sangat2 lembut, lembab & penuh rasa coklat.  Jangan kurangkan apa2 bahan ye sebab rasanya cukup perfect!  Baru2 ni pun MaDiHaA buat sebiji kek harijadi yang ditempah kawan.. hanya deko2 bodo je... yang tu nanti MaDiHaA update dalam entry tempahan.. insyaAllah.. 
Jom kawan2 cuba resepi kek ni.. memang berbaloi2... Terima kasih empunya asal resepi & terima kasih pada Yati memories yang MaDiHaA copy resepi ni... 
KEK COKLAT KUKUS MOIST
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( 8-9 inchi  )

  • 100gm Serbuk Koko*
  • 250gm Gula Kastor *  
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200gm Minyak Masak Sayuran*
  • 250gm Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150gm Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil Soda Bicarbonat
  • 1sudu kecil Baking Powder
Cara-cara


1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.
3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. (MaDiHaA guna loyang di atas tak lapik kertas tp sapu dengan minyak je) Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.

Tuesday, June 3, 2014

Nasi Tomato



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa khabar semua? Harap semua baik2 saja ye.  Ok.. just quick update hari ni.. kejar masa.. takleh nak celoteh panjang2. Hari ni kongsi resepi nasi tomato yang dimasak sempena menyambut kepulangan anakanda dari asrama minggu lepas.  Ayahnya je jemput dengan bas sebab Selasa tu adik2 masih sekolah.  Petang Rabu baru mereka balik ke PJ.

Resepi ambil dari blog Mat Gebu.  Ikut bahan2 mana yang ada kat rumah je.  Terima Mat utk resepinya ye...


NASI TOMATO

MAT GEBU



BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan besar basmathi, cuci dan rendam 30 minit (cm guna Basmathi Moghul)
5 cawan air rebusan ayam (MaDiHaA guna air biasa je)
3/4 cawan susu sejat
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji tomato merah*(*dikisar halus)
1/2 camca besar tomato puree
2 camca besar tomato sos
1 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar penuh minyak sapi
Garam secukup rasa



BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga



BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Kismis secukupnya
Bawang goreng secukupnya



CARA MEMBUATNYA :-)
1.  Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis dan daun pandan, tumis hingga harum, tambah bahan kisar halus dan masak hingga terbit minyak. Tambah sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan beras, gaul rata dan goreng selama 1 minit sambil terus dikacau. Matikan api.
2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, tuang air rebusan ayam dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Taburkan kismis dan sedikit bawang goreng atas nasi. Biar hingga nasi betul2 masak. 
3. Matikan suis periuk nasi (tujuan untuk mengelakkan nasi terlalu berkerak), gemburkan nasi dengan chop stick. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan rendang ayam.

Selamat mencuba!