Monday, July 14, 2014

Ayam Masak Lemak Cili Padi ala N9

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pejam celik pejam celik.. rupanya dah 16 hari kita semua berpuasa.  Sebenarnya MaDiHaA jarang mengira berapa hari berpuasa.. Selalunya biarkan macam tu je.  Tau2 bila dah nak cuti Nurul Quran tu.. automatik la tau oo.. dah nak masuk 17 Ramadan.  Biasanya bila dah melepasi Nuzul Quran.. semakin cepat Ramadan berlalu...  Memang betul.. cepat betul masa berlalu... semoga akan dipanjangkan umur hingga bertemu Ramadhan di tahun mendatang pula.. mudah2an... amin..


Nampaknya bulan puasa ni banyak betul langgar pantang.  Banyak betul menu yang dimasak yang wajib guna santan.  Aduh aduhh... selama 11 bulan penggunaan santan dihadkan hanya 2 kali sebulan & maksimum 4 kali sebulan.. tapi nampaknya.. bulan Ramadan ni banyak sangat memasak menggunakan santan.  Banyak sangat menu yang terfikir nak masak.. rata2 menggunakan santan.  Ni belum raya lagi ni.. dengan rendang, lontong & macam2 lagi... aduiii... sabor jelah.. Nak buat macamana kan.. bila dah berpuasa tu.. nafsu teringin tu terlebih sikit dari hari2 biasa.  Lagipun nak memancing anak2 berpuasa... kenalah masak yang agak sedap2 sikit dari biasa.  Kalau biasa tu dengan sayur tumis air je kan.. takpelah kan.. lepas raya nanti kita tukar ke menu cara sihat pulak.. hihihi...

Ayam ni memang menu pilihan utama anak... Masak lemak ala N9 tak berbawang.  Memang resepi ini yang lebih menyelerakan kami berbanding masak lemak yang letak bawang tu...

 
Ayam Masak Lemak Cili Padi ala N9
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong sesuai selera & bersihkan (MaDiHaA buang kulitnya)
3 biji kentang ~ dikopek & dibelah 4
garam & perasa secukupnya
3 cawan air
1 cawan santan pekat
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
Garam & sedikit gula
serbuk perasa jika suka

Bahan tumbuk
3 inci kunyit hidup
20 ~ 25 biji cili padi (ikut kepedasan sendiri)

Cara menyediakan
1. Campurkan bahan tumbuk, air, serai & ayam & renihkan di atas dapur.  Bila ayam bertukar warna, masukkan santan, asam keping, garam & sedikit gula.  Sentiasa dikacau supaya santan tidak membuak.
2. Masukkan kentang & kacau sentiada sehingga kentang empuk.  Bolehlah matikan api & hidangkan.

Selamat memasak!

6 comments:

  1. Wah! menyelerakan... kalau N9 pasti podeh kan... i loike...!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak
    ni tak sedar 2 pinggan nasi jalan hihi

    ReplyDelete
  3. Ayam masak lemak cili padi..sedap ni..selalu gulai biasa jer..ni lain sket

    ReplyDelete
  4. Assalam Ratna,
    memang betul apa yg ratna cakap..bulan puasa ni banyak gunakan santan..masak lauk bersantan, buat kuih bersantan..
    semuanya memanglah naik cholesterol & lemak....tapi sedappp..hahaha..
    lauk lemak padi n9 ni memang dah jadi kegemaran family akak, serupalah juga tak guna bawang untuk masak lemak padi..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak, raya ni Kak terima tempahan ute nasi Arab x?

    ReplyDelete
  6. menyengat...perggghhhhh....sisi ni mmg pandai masak lah........

    ReplyDelete