Assalamualaikum & salam sejahtera...
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua para sahabat di luar sana... Alhamdulillah sudah memasuki hari ke tiga kita berpuasa. Mudah2an Allah permudahkan urusan ibadah kita di bulan yang mulia ini.. amin...
Sebagai ibu & isteri.. bila sebut bulan puasa pasti tidak lari dengan kewajipan menyediakan hidangan berbuka & bersahur untuk keluarga. Baru hari ke tiga berpuasa.. sudah pening tak tau nak masak apa. Almaklumlah.. kalau hari kerja biasanya sehari hanya masak lauk untuk makan malam. Tapi bila bulan puasa ni.. sehari kena masak 2 kali... untuk berbuka & juga bersahur.. hehe... Mujurlah suami & anak2 MaDiHaA jenis tak kisah.. malah suami lebih suka makanan yang ringkas2 saja untuk berbuka.. jadi tak perlu susah2 nak fikir nak masak lauk pauk. Masa yang terhad juga membataskan MaDiHaA untuk masak berbagai2... jadi jalan mudah.. kita masak yang goreng2 umpama mee, bihun atau nasi goreng.. Kadang2.. mee & bihun dijadikan sup.. senang keje makcik. Kalau terlampau buntu.. sesekali kita beli saja di bazar Ramadhan. Biasanya menu yang dibeli tak lari dari roti john & murtabak... hihihi...
Oklah.. sebenarnya menu yang dikongsi hari ni bukanlah menu berbuka. Dah beberapa minggu di masak.. cuma tak sempat nak kongsi di blog. Keadaan kesihatan yang kurang baik.. buat mood untuk update blog jadi lemau...
Istimewanya menu kali ni.. dapat ikan telinga gajah pemberian dari bapa saudara yang memancing di laut. Tak pernah beli ikan ni sebelum ni apalagai merasanya. Ini kali pertama & alhamdulillah.. sedap juga rasa isi ikan ni.. Saranan dari makcik katanya masask masam manis pun sedap.. jadi kita pun buatlah masak manis...
Masam Manis Ikan Telinga Gajah
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
1 ekor ikan telinga gajah saiz sederhana/besar (atau apa2 ikan kegemaran)
garam & serbuk kunyit
5 - 6 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
suku biji nenas ~ didadu
1 biji timun jepun ~ didadu
tomato ceri secukupnya
serbuk perasa jika suka
gula & garam secukup rasa
minyak
Bahan tumis
1 ulas bawang putih ~ didadu
1 biji bawang besar saiz kecil ~ didadu
1 cm halia ~ dihiris halus memanjang
Cara menyediakan
1. Ikan yang sudah dibersihkan dikelar2 kemudian sapukan dengan garam & serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga garing. Angkat & letakkan di atas pinggan hidangan.
2. Dalam kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi.. tumiskan bahan tumis sehingga layu & wangi. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram, nenas & timun & biar seketika.
3. Masukkan garam, gula & serbuk perasa biar secukup rasa. Akhir sekali masukkan tomato ceri & kacau2 kejap & bolehlah dimatikan api.
4. Tuangkan sos masam manis di atas ikan yang telah tersedia. Hidang panas2.
Selamat mencuba!
Selamat berpuasa kak Madihaa.. sedap ikan telinga gajah wat sweet sour mcm nih.. tun baru sekali mkn ikan nih. nk tergelak pon ada jugak bila husben tun bg tau nama ikan nih.. sbb dia family bawal mmg sesuai ngan sweet sour.
ReplyDeleteSelamat berpuasa madiha..
ReplyDeleteBoleh jugak jadi menu berbuka nanti ni :)
Assalam Madiha.
ReplyDeletePertama kali dengar nama ikan tu...mungkin klu tgk ada kot terpandang kat pasar borong.
nape nama ikan tu telinga gajah ek kak? dana tak penah mkn lg n tak penah msk pun... jumpa pun tak penah... ke ada nama lain kot heheheh
ReplyDeleteKeliatannya sangat enak sekali , jadi tidak sabar untuk menyobanya !!
ReplyDeletePantangan Makanan Penderita Penyakit Tuberkulosis
Pantangan Makanan Penderita Penyakit Liver
Pantangan Makanan Penderita Penyakit Perut Kembung
Salam
ReplyDeleteSy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570