Tuesday, September 30, 2014

Cendawan Sisir Goreng Pedas

Assalamualaikum & salam sejahtera....
 
 
Masak cendawan sisir atau juga dikenali sebagai cendawan kukur ni dah agak lama jugak ni.  Cuma tak sempat nak update je.  Tak terkejar rasanya nak update blog dua tiga kali sehari.  Dapat sehari sekali pun kira okay dah.  Itupun.. ambik gambar mana2 yang rasa menarik aje. Mana yang masak campak2 tak kuasa nak ambik gambar.. hihi..
 
Sekarang ni dah jadi gemar pulak dengan cendawan sisir ni.  Mula2 nak masak dulu macam takde selera tengokkan warna cendawan sisir ni.. tambah pulak cendawan yang dah dikeringkan tu... Bau pulak maung semacam... Tapi sekarang ni.. dapat lauk ni je pun dah cukup menyelerakan. hihihi... dah memang tekak asal tekak orang kampong kan? Walaupun benda yang tak pernah makan.. tetap boleh diterima tekak apabila diperkenalkan dengan satu2 menu kampong... Sebab kampung MaDiHaA tak se'pior' kampong suami.. Banyak juga menu2 kampong yang tak pernah MaDiHaA jumpa.. diperkenalkan oleh suami.. dah jadi kegemaran MaDiHaA sekarang.. hehe.. MaDiHaA pulak.. banyak perkenalkan suami dengan menu2 western yang dia jarang atau tak pernah makan dulu2.. sekarang pun dia dah pandai makan & boleh terima masakan ala2 western yang MaDiHaA masak. Gitulah kami saling belajar & saling menerima pembaharuan dalam hidup masing2.  Dah lebih 15 tahun dah pun.. alhamdulillah serasi la gamaknya tu...  hehe..
 
 
Cendawan Sisir Goreng Pedas
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
3 cawan cendawan sisir/kukur yang dikeringkan
5 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
15 biji cili padi*
1 cm kunyit hidup*
segengam ikan bilis ~ dibersihkan
2 batang serai ~ ketuk
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Cara Menyediakan
1. Cendawan dibersihkan. Kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. Rendam cendawan dalam sebesen air.. sauk cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk2 jatuh ke bawah. Buat 2 atau 3 kali.. kemudian jirus air lalu dan tos. Tumbuk cendawan separa lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Kemudian masukkan bilis dan tumbuk lagi separa lumat bilis tersebut.
3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta serai hingga wangi. Masukkan garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati.
4. Masukkan cendawan dan goreng / kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih & ikan masin.... memang menyelerakan.


Selamat mencuba!

Monday, September 29, 2014

Nasi Komok yang enak...

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bertemu lagi kita hari ni.  Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan usia & diberi peluang untuk bernafas lagi dibumi Allah ini...
Oklah untuk resepi perkongsian hari ini.  Sekadar resepi ulangan.  Tapi dah lama tak buat. Disebabkan ada baki beras basmathi dalam simpanan.. teringat2 kesedapan Nasi Komok yang pernah dibuat dulu.. bahan2 pun mudah jadi senanglah nak membuatnya.  Hanya beli daun ketumbar & cili merah aje.. bahan lain semua dah ada kat rumah.  Senang buat kerja bila semua bahan ada kat rumah. Bahan2 kering boleh simpan lama.. jadi senang beli paket besar terus. Lagipun memang hari2 masak... memang sentiasa guna kan. Lainlah yang masak seminggu sekali tu.. tak berbaloi nak beli paket besar.. hihi..
Ok jom tengok resepi.  Resepi asal dari Azian berkongsi di Kongsi Resepi.  MaDiHaA ambil dari blog Kak Ayu lagi.. hehe.. TQ Azian & Kak Ayu.. Seronok sangat bila suami & anak2 makan bertambah2.  Walaupun ianya simple tak berkuah.. tapi mereka suka. Suami kata ada sambal tu yang buat ia lebih sedap. 
Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sumber asal: Azian via Kongsi Resepi
Sumber: Kak Ayu & MaDiHaA aka Ratna
Rempah Komok

  • 2 sk serbuk kari ayam/daging
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
    1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 1 sk garam
  • 1sk gula
Bahan2 Nasi
  • 5 cawan beras basmathi 
  • 4 sudu minyak sapi
  • 4-5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih* 
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2-3 Sudu rempah komok
  • 200 ml susu cair 
  • 1 ekor ayam - belah 4 (MaDiHaA suka buang semua kulitnya)
  • 8 cawan air 
  • garam secukup rasa
  • Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
  • (*Hiris benda bertanda*)
Cara2
1. Cuci ayam.
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, MaDiHaA lumur dgn lebihan rempah komok, garam, serbuk kunyit & 2 sudu besar cili kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.


Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
  • 6 biji cili merah*
  • segenggam cili padi*-(Ayu tambah, MaDiHaA tambah juga
  • MaDiHaA tambah 1 biji tomato
  • 4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • gula, garam, cuka - secukup rasa
Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok berserta dengan acar timun atau salad, timun & tomato.
Selamat mencuba!

Friday, September 26, 2014

Kari Ikan Ayam / Jebong

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Jumaat yang mulia bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1435 Hijrah dah hari ni.  Cepat sungguh masa berlalu.. tak lama dah nak raya haji kan. Raya haji atau raya korban tahun ni jatuh pada hari Ahad.  Jadi bolehlah juga balik ke kampong untuk sambut raya.  Kalau raya jatuh di tengah2 minggu biasanya kami raya kat PJ aje.  Mak saudara ada kat sini tiap kali raya haji sebab pakcik salah sorang orang kuat masjid.. nak kena uruskan hal berkaitan korban, jadi adalah tempat kami lepak2. Tapi tak seronoklah raya kat perantauan ni.  Hambar je rasa.  Dah pernah beraya kat sini sekali.. tak syok betul... bab2 raya ni.. kat kampung juga yang seronok biarpun raya haji tak semeriah raya puasa.. namun kat kampong tetap ada rasa suasana raya tu.  Kat bandar ni.. hmmm... entahla ye.. seronok pun masa tengok orang korban tu je...

Oklah.. kita pegi ke resepi untuk hari ni ye. Resepi ulangan aje.. dah jadi feberet plak ikan ayam atau ikan jebong di masak kari.  Ramai yang kata ikan ayam atau jebong ni sedap dibakar.  Memang betul.. bakar & cicah air asam.. fuhh.. meleleh! Kami pernah bakar ikan jebong ni masa kami berkelah & camping kat tepi pantai dulu2... syok layan ikan bakar kat tepi pantai... rindunya nak berkhemah.  Masa tu kami pegi beramai2...  sebahagian tidor kat chalet & sebahagian tidor dalam khemah... chalet tu pun memang betul2 depan pantai... sebelum tidor.. bersembang ramai2 tepi pantai... macam2 cerita yang keluar.. tak mengantuk dibuatnya.. haha..

Eh ehh.. dah melalut-lalut pulak ye... ok resepi plak..


Kari Ikan Ayam @ Jebong
Bahan2
2 ekor ikan ayam @ jebong saiz kecil~ siang, buang kulit & bersihkan

1 senduk santan pekat (guna santan kotak je)  
4 sudu besar rempah kari ikan ~ bancuh dengan air jadikan pes  
2 sudu besar cili kisar  
1 sudu besar asam jawa ~ campur air jadikan jus  
air secukupnya (ikut pekat cair kari yg disukai ~ dlm 2 ~ 3 cawan je)
garam & gula secukup rasa  
minyak untuk menumis  
Bendi atau terung bulat secukupnya  
cili hijau & tomato jika suka

Bahan penumis  
1 sudu kecil halba campur 
5 ulas bawang merah ~ dihiris
 2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inci halia ~ hiris batang mancis  
2 tangkai daun kari ~ biarkan bertangkai jangan lurut

Cara menyediakan  
1. Ikan dipotong beberapa bahagian.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk lalu tumiskan bahan penumis sehingga wangi & kekuningan. Masukkan cili kisar & tumis hingga naik minyak.  Masukkan pes rempah kari & kacau lagi hingga naik minyak.  
3. Masukkan air asam jawa & air & kacau rata.  Bila mendidih, masukkan ikan & biarkan merenih dengan api sederhana.  Sesekali dikacau perlahan supaya ikan tidak hancur.  Masukkan santan, garam & gula secukup rasa.  
4. Biar mendidih & kari pecah minyak, bolehlah masukkan bendi & cili hijau & kacau2 bahagian atasnya sehingga bendi lembut.   Akhir sekali masukkan tomato & kacau sedikit lalu matikan api.  Bolehlah dihidangkan bersama gu nya iaitu papedom & lain2 lagi.

Selamat mencuba!

Thursday, September 25, 2014

Bubur Candil Hijau

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni kongsi resepi biasa2 je... Pencuci mulut kegemaran en. suami ni.  Anak2 pun suka jugak.  Menu ni biasa timbul bila bulan puasa.  Mesti teringin nak makan benda ni.  Kalau luar bulan puasa tu kadang teringin buatlah juga.  Ikut permintaan lah kan... Ada macam2 versi bubur candil ni... boleh buat macam2 warna & perasa juga.  Nak dicampur dengan pulut hitam pun boleh... Nak campur dengan keledek atau apa2 ubi pun boleh.  Tentu lagi sedap... Kuah santannya pun boleh gunakan samada gula merah, gula melaka atau gula pasir.  Kali ni buat candil biasa je...

Jom cuba jom...


Bubur Candil Hijau
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan Doh
250 gm tepong pulut
4 ~ 5 sudu besar tepong gandum
1 sudu kecil air kapur

sedikit pewarna hijau
1 cawan air (jangan dihabiskan.. tengok keadaan doh dulu)
1 sudu kecil garam (bancuh dlm air kat atas tu)
 

Bahan Kuah
Santan sederhana pekat secukupnya utk kuah (agak2lah ye)
Gula pasir (pun agak2 juga manis mana yg anda nak)

Secubit garam
2 helai daun pandan ~ disimpulkan

Cara2nya
1. Campurkan tepong pulut dan tepong gandum dlm satu bekas. Masukkan air kapur, pewarna hijau & tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi lalu diuli sambil ditambahkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat doh yg lembut. (jangan dituangkan semua air tadi takut doh terlembik pulak.. kalau doh terlembik.. boleh tambah sikit tepong pulut atau tepong gandum ye).
2. Jerangkan air dlm periuk & biarkan mendidih. Sediakan pula sebekas air yang bersih dlm bekas yang lain.
3. Bulat2kan doh sebesar biji guli atau ikut saiz yang anda suka. Masukkan dlm air mendidih.. buat sehingga habis. Sambil2 buat tu angkat & toskan guli2 pulut yang dah timbul tu ke dalam air yang disediakan tadi. Tunggu sampai semua dah timbul angkat, tos & masukkan dlm air biasa tadi.
4. Dalam periuk yang lain.. jerangkan santan sederhana pekat bersama gula & sedikit garam & daun pandan. Sambil2 tu.. toskan bebola tadi lalu masukkan ke dalam kuah santan & masak sehingga mendidih & gula larut. Sentiasa kacau supaya tak membuak.
5. Bila dah masak tutupkan api & bolehlah dihidangkan. 


Selamat mencuba..!

Wednesday, September 24, 2014

Laksa Asam Ikan Sardin Tin 20 Minit!



Assalamualaikum... bersua lagi kita...


Haa... gitu kekdahnya nama resepi... hebat kan? 20 minit siap! Janji semua bahan2 tersedia kat rumah... hihihi...


Inilah resepi kuah laksa yang MaDiHaA gandingkan dengan Laksa Homemade tadi tu.  Mudah sangat... tak perlu susah2 nak siang ikan, nak perisi isi ikan bagai.  Guna je sardin dalam tin tu.  Memang senang & mudah sangat.  Rasa pun sedap.. setanding laksa dari ikan rebus.  Yang bestnya... MaDiHaA jamu kat makcik & sepupu2 yang datang bertandang ke rumah.  Mereka tak sedar pun laksa yang mereka makan tu kuahnya diperbuat dari ikan sardin dalam tin... hehe... Terima kasih Nor Sue Ella berkongsi resepi mudah ni...


Kan balik dari kampong ada bawak bunga kantan, daun kesum & limau nipis... apa lagi... melaksalah kita...  Izinkan akak tepek resepi kat blog akak ye Sue... Lepas ni memang rajinlah akak melaksa... dah ada resepi mudah.. hihi...


LAKSA ASAM IKAN SARDIN TIN 20 MINIT  
Resepi by: Nor Sue Ella
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

**ada bahan2 mmg cepat siap

Bahan2
1 peket laksa kering d rendam 1jam dn rebus hingga empok dan toskan (MaDiHaA buat laksa sendiri.. resepi kat SINI )
secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan
8 keping asam gelugur
garam & gula secukup rasa
air secukupnya  
Sambil rebus laksa boleh lah buat kuahnya

Bahan kuah  
1 tin besar sardin (ambil sosnya sekali)  
1 labu bawang besar  
1/2 inci belacan  
5 tangkai cili kering (MaDiHaA lebihkan sikit)  
4 cwn air + 6 cawan lagi

Bahan sampingan
timun
bawang besar
telur rebus
hirisan cili padi
limau nipis/limau kasturi

Cara menyediakan  
1. Semua bahan kuah dikisar halusMasukan dlm periuk, lebihan sisa dlm belander di tambah dgn 6 cwn air dan curah dlm periuk.
2. Masukan daun kesum, bunga kantan, 8 keping asam gelugur, garam dn gula secukup rasa.
3. Bila dah gelegak rasa pun dah cukup sdp boleh lah tutup api. Ikut kepekatan kuah yang anda suka & bolehlah hidangkan laksa dengan bahan2 sampingan yang lain.



 
Haishhh... dok kalut2 layan tetamu... lupa nak snap gambar kuah laksanya...

Selamat mencuba!

Laksa Homemade... bersih, suci & halal..



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Seronok tak terkata bila berjaya buat laksa sendiri di rumah.  Dah bertahun2 simpan acuan laksa ni... tapi sekali pun tak digunakan buat laksa.  Cuma gunakan untuk buat muruku je... itupun dulu2 zaman belum ada blog... hehe..


Baru2 ni tekak teringin sangat nak makan laksa buat sendiri.  Memang betul2 faktor umur tau... kalau tak sebelum ni.. tengok laksa asam atau laksa Penang tu langsung tak teringin a.k.a tak berminat.  Dulu yang jadi pilihan hanya laksa lemak versi pantai timur tu je.  Tapi sekarang ni sejak2 dah masuk era 40an ni... tekak betul2 dah berubah. Pantang ternampak laksa asam... mesti kecur.. hmm... sabar jelah...


Oklah hari ni MaDiHaA share cara2 buat laksa sendiri kat rumah ye.  Sangat menjimatkan & yang paling penting kita makan pun tanpa was2 sebab dijamin bersih, suci & halal... MaDiHaA zaman budak2 dulu pernah tengok ma buat laksa... uli dengan air panas.. sekarang dah umur 40 lebih ni barulah nak mencubanya sendiri.. hehe..  Terima kasih kak Azlina di atas perkongsian resepi ye... izin share resepi kat blog saya pula ye.. senang sangat membuatnya.. yang penting mesti ada acuannya... samada jenis macam MaDiHaA punya atau jenis tekan yang biasa orang India guna tu pun boleh....

 
LAKSA HOMEMADE

Resepi : Kak Azlina




BAHAN BAHANNYA

  • 1 mangkuk sedang tepung gandum
  • 1 mangkuk sedang tepung beras (gunakan saiz mangkuk yang sama semasa menyukat tepong)
  • tambahan tepong gandum secukupnya
  • Air panas secukupnya
  • Air sejuk secukupnya letak dalam besen

CARA MEMBUATNYA

  • Mula2, campurkan semua tepung2 tu dan masukkan air panas sedikit2 uli dari tepi bekas menguli, jgn banyak2 ya..Gunakan senduk or whatever alat yang ada kat rumah masing2 dan gaulkan ia sehingga nampak tepong masak kesemuanya (macam buat cucur air didih tu), nak gaul dgn tangan melecur pulak, kan panas tu.. 
  • Lepas tu masukkan pula air sejuk, dan uli lah ia dengan tangan sehingga menjadi doh sambil ditambahkan tepong gandum sikit demi sikit sehinggalah doh tak melekat ditangan. 
  •  Sediakan seperiuk air panas dan sebekas air sejuk berdekatannya. 
  •  Masukkan doh sikit2 kedalam acu muruku...
  • Then, pusingkan acuan tu ke dalam air panas mendidih sampai habis dohnya dan dilerai2kan supaya laksa tu tak melekat. 
  • Bila laksa dah timbul bolehlah diangkat dan terus transfer ke bekas air sejuk buat seketika dan kemudiannya toskan laksa tu. Ulang lagi step yang sama sehingga doh habis. Dah siap..... boleh sediakan kuahnya pula...

Selamat mencuba!

Tuesday, September 23, 2014

Rich Double Chocolate Brownies



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Lama sangat rasanya tak baking.  Last baking buat cheese brownies bawak balik Raub masa cuti Merdeka lepas. Balik tu pun ada dua sebab juga.. pertama sebab nak ikut hantar pengantin sepupu suami kat Jerantut & kedua sebab nak celebrate birthday kakak Dini... kebetulan suami pun cuti.. jadi bolehlah balik.  Itupun lewat seminggu dari tarikh hari lahir dia.. Nak buat macamana kan.. bila duduk berjauhan tu memang tak bolehlah nak ikut tarikh ngam2.  Ibu pun tak sempat nak buat kek berdeko sebab memang takde masa.  Sehari sebelum tu pun sibuk menyiapkan order.  Nasib baik sempat jugak bakar brownies seloyang untuk sambut hari lahir anak. Pastu bawak kakak Dini makan2 sekali dengan mertua & adik2 ipar layan seafood kat restoren Simpang Kallang, Raub.  Best jugak masakan kat situ.. tp biasalah kat Raub bab2 seafood memang mahal ler.. hehe..

Buat brownies ni pun khas untuk kakak Dini juga baru ni balik bercuti minggu lepas sebab nak bawak balik asrama katanya.  Kalau semata2 untuk tekak ibu sekarang ni dah tak berapa sangat.  Dah tak macam dulu mungkin faktor usia agaknya.  Lagipun kalau buat tak best sebab takde geng nak makan sama2.  Harapkan en. suami dia bukan suka sangat benda manis2 macam ni.  Jadi sekarang ni.. baking bila perlu je.. ada geng atau ada tamu baru kita baking..

Oklah untuk resepi brownies kali ni MaDiHaA ambil dari blog kak Ayu Singapore.  Terjumpa resepi brownies yang mudah & bahan2 pun simple... so.. kita cubalah yg ni.  Mana2 bahan yang takde tu.. kita ganti jelah dengan apa yang ada kat rumah.  Terima kasih kak Ayu untuk resepi ni.  Resepi asal dari Recipezaar.com.

 
RICH DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES
Resepi asal : Recipezaar.com
Sumber : Kak Ayu

Ingredients:-
237g melted butter -(237g mentega cair)
1 1/4 cups white sugar-I used 1 cup also quite sweet already so please adjust ya.)-(11/4 cawan gula- saya gunakan 1 cawan saja itu pun dah manis-so please adjust ya. MaDiHaA letak 3/4 cawan je)
1/2 cup brown sugar-(1/2 cawan gula brown)
3/4 cup quality cocoa powder-(3/4 cawan serbuk koko)
2 eggs-(2 telur)
1 tsp vanilla -(1 sudu kecil vanilla)
1/2 tsp salt-(1/2 sudu kecil garam)
1 1/4 cups flour-(1 1/4cawan tepung)
1/2 tsp baking powder-(1/2 sudu kecil baking powder)
1 cup semi sweet chocolate chips-(1 cawan chocolate chips)
1/2 cup chopped pecans-I didnt add this-(1/2 cawan kacang pikan-saya tak letak ni. MaDiHaA letak almond cincang + kuaci labu)

Method:-
Preheat oven to 175C. Grease 9x9 inch cake pan. Other sized cake pan can be substituted, but a larger pan will result in thinner brownies, so reduce the heat to 160C.
Melt butter in a medium saucepan. Stir in sugars, coca powder, eggs and vanilla. Once fully incorporated, add salt, flour and baking powder. Mix. Last add chocolate chips and nuts(if desired).
Bake for about 25-30 minutes, or until a knife inserted into centre comes out almost clean. Top should be crusty and sides should be separated from the pan.-(Panaskan oven hingga ke 175C. Sapukan mentega ke loyang 9x9 inci.Kalau lingin menggunakan oyang bersize besar ia akan menghasilkan brownies yang nipis, jadi turunkan suhu ke160C.
Cairkan mentega didalam periuk. Angkat.  Kacau dan masukkan gula, gula brown, serbuk koko, telur dan vanilla. Bila sudah sebati, masukkan garam, tepung dan baking powder. Kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang(kalau nak letak). Bakar selama 25-30 minit atau bila masukkan lidi ia hampir bersih. Atas seharusnya garing sikit dan tepi seharusnya longka dari loyang)


Nota MaDiHaA : Tulisan hitam resepi asal. Tulisan merah edit dari kak Ayu & tulisan pink yang MaDiHaA adjust.

Selamat mencuba!