Assalamualaikum & salam Jumaat semua...
Ada yang berpuasa sunat sempena hari Arafah hari ni? Alhamdulillah... inilah sebaik2 peluang yang tak patut kita lepaskan. Tinggal hanya 2 hari saja lagi kita akan menyambut hari raya Aidiladha. Tentu masih ada yang terfikir apalah juadah yang nak dimasak masa raya nanti kan. Hmm... apa kata tahun kita ubah selera pulak. Selalu kalau Aidilfitri dengan hidangan ketupat, lemang & rendang.. kali ni kita masak pula gulai kawah daging gu dengan nasi berperisa? MaDiHaA pun rasa2 macam nak ubah selera sikit menu raya kali ni. Kali ni giliran beraya rumah mertua... kakak ipar tak balik, jadi nampaknya MaDiHaA lah yang kena jadi chef of the day.. hehehe... Adik ipar yang tinggal dengan mertua pun dah balik Kuantan beraya di rumah mertuanya di sana. Rasa2nya mesti mertua tak buat lemang tahun ni sebab takde sapa nak pegi cari buluh sebab dia pun dok sorang2 je kat rumah hari ni. Kami pula pagi esok baru bertolak balik.. Jadi rasanya.. masak menu nasi dengan gulai kawah jelah kot. Buat ayam masak merah & acar timun.. habis cerita.
Saja mencuba kelainan gulai kawah kali ni. Dulu pernah masak menggunakan resepi Chef Norzailina Nordin. Sedap! Kali ni mencuba resepi dari buku Chef Hanieliza 1 Hari 1 Resepi pula. Hmm.. pun sedap! Jom pada yang nak merasa. Kalau tak mahu masak untuk menu pagi raya, boleh cuba untuk masak menggunakan daging korban. Mesti ramai yang akan dapat daging korban nanti kan... Terima kasih Chef Hanieliza untuk resepi ni atau lebih mesra MaDiHaA suka panggil kak Liza je... hehe... Mohon izin share kat blog pula ye... Nanti nak cuba resepi gulai kawah dari blog kak Liza pula... nampak ada kelainan penggunaan rempah dalam resepi tu.. mesti sedap juga sebab guna rempah gulai cap bunga rose tu. Dalam resepi di buku ni lebih mudah nak dibuat sebab tak guna rempah cap bunga rose.. sebab rempah tu agak sukar ditemui di Lembang Klang...
Oklah sebelum MaDiHaA kongsikan resepinya... MaDiHaA nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung blog MaDiHaA yang dikasihi.. maaf, zahir & batin seandainya MaDiHaa pernah mengguris perasaan sesiapa juga sepanjang menulis dalam blog ini...
Gulai Kawah Daging
Resepi : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
Bahan A
500 gm daging ~ dipotong kecil
2 biji kentang (MaDiHaA tambah ni) ~ dipotong 4
2 sudu makan kerisik (siap tumbuk)
2 cawan santan pekat
2 sudu makan gula merah
2 keping asam gelugur
minyak masak
garam secukup rasa
air secukupnya
Bahan B (dikisar)
20 tangkai cili kering
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan puith
7 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
Bahan C
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan C hingga wangi. Masukkan bahan B yang dikisar & tumis hingga naik minyak. Masukkan daging & kacau rata. Masukkan air & biar daging hingga hampir empuk. Masukkan kentang & biar mendidih sambil dikacau.
2. Masukkan santan, kerisik, asam gelugur, garam & gula merah.
3. Masak hingga daging & kentang empuk & kuah pekat. Tutup api bila dah secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
salam jumaat madihaa, kaknoor ada jugak buku chef hanieliza tu tapi masih belum try nak kena try jugak ni nmpak sedap sngt tu
ReplyDeleteSalam dan slmt menyambut aidiladha...nmpak sedap dan resepi pun cam senang dpt dgg Korban leh cuma menu ni lak...wat pekat2 nyummmm...
ReplyDeletesalam aidiladha k madiha
ReplyDeleteasben sy suka daging kawah ni
bln posa selang 2 hari beli he eee
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya nak contact Madiha, ada something saya nak tanya. boleh dapatkan email ? :)