Thursday, October 2, 2014

Ikan Bawal 3 Rasa

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Bab membeli segala lauk basah & sayur semua en. husband yang buat.  Jarang sangat MaDiHaA ikut serta membeli kecuali di hari minggu.  Itupun kadang2 tak pegi pasar pun disebabkan masih ada stok lauk dalam freezer.  Nak pula waktu dia kerja shift malam.. banyaklah masa dia pegi ronda2 ke pasar melilau2 lauk basah mana2 yang berkenan di hati.  Bukan apa.. leceh kalau pegi hari minggu anak2 semua nak ikut. Pasar basah tu tempatnya licin.  Tak sesuai bawak budak2. Bila dia kerja siang pulak, balik dari kerja kul 8 malam tu dia suka beli lauk basah dekat pasaraya berhampiran tempat kerja dia.  Wife dia ni tukang masak je.  Kadang tak tau pun dia beli lauk apa.. tau2 balik kerja sampai rumah nak kena fikir nak masak apa.. hehe.. Bukan takde call dia.. cuma kadang tu takmau ganggu takut2 dia sedang tidor kat rumah tu.. maklumlah orang kerja malam, siang kena tidor.. hehehe...

Baru ni terkejut tengok ikan bawal yang dia beli ni.  Besar betul! Panjang melebihi 12 inci... sampai tak muat pinggan bujur ku yang paling besar tu.. terjulur ekor & kepalanya.  Masa menggoreng pun terpaksa bawak keluar kuali saiz giant yang ada kat rumah tu.  Kuali tu biasa MaDiHaA guna bila nak masak dalam kuantiti yang banyak je.  Kalau guna kuali harian yang ada.. nanti tak muat pulak.. bahaya letak minyak banyak2 dalam kuali yang tak cukup besar. Bayangkan nak menggoreng ikan yang saiznya melebihi 12"! Nak membalikkannya tu yg bahaya...

Hmm... kompius jap nak masak apa dengan ikan tu. Bila cek apa bahan yang ada dalam peti sejuk.. ok.. kita masak 3 rasa jelah. Makan nasi malam tu memang tak bertambah sebab kami kekenyangan meratah lauk je.  Sayur lagi kan.  Kalau tambah nasi memang tak habis la jawapnya ikan ni... Puas kami anak beranak meratah.  Alhamdulillah rezeki...



Ikan Bawal 3 Rasa
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ekor ikan bawal saiz besar (MaDiHaA guna ikan bawal berat 1.1kg ~ nak guna ikan lain pun boleh je)

2 sudu besar cili + bawang besar + bawang putih siap kisar
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris halus batang mancis
1 biji cili merah ~ hiris
1 biji tomato ~ belah 6
2 potong nenas ~ potong kiub
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3/4 cawan air
garam & gula jika perlu
serbuk kunyit
daun bawang/daun sup untuk hiasan
Minyak secukupnya

Cara menyediakan
1. Ikan dibersihkan, dikelar & lumur dengan garam & serbuk kunyit rata2.  Goreng ikan sehingga masak & letak dalam pinggan hidangan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar serta bahan2 hiris (kecuali cili merah) hingga wangi.  Masukkan 3 jenis sos berserta air. 
3. Masukkan nenas & cili merah & kacau rata. Perasakan dengan garam & gula jika perlu. Akhir sekali masukkan hirisan tomato. Kepekatan kuah ikut citarasa masing2. Semasa menghidang taburkan hirisan daun bawang.

Selamat memasak!

2 comments:

  1. ehh kak..same la kite...bab2 gi pasar ni mmg keje en laki heheheehe...lieya tau balik siang2 basuh n simpan dlm esbok heheeheheh.... bukannye ape kak, cik abe lieya lagi terra tawar n pilih ikan2 fresh heheehehe

    kak, lieya teliur betul tgk menu akak....dah puase ni kak..terbayagn2 tgh suap ngan nasi panas2....

    ReplyDelete
  2. sedapnya ikan bawal ni kan
    goreng garing pon sedap
    ayah selalu bawak balik ikan bawal kecik2. goreng garing. tulang tepi2 tu bleh mkn. sedapnya

    ReplyDelete