Minggu ni agak sibuk & takde mood nak update blog. Minta maaf ye pada pelawat yang datang ke sini sebab tiada entry baru. Sampai ada yang tertanya2 kat FB.. huhu.. maaf sangat2. Tuan tanah kesibukan...
Hari ni pun just nak update tempahan pulut kuning baru2 ni je... takde resepi.. huhu...
Pulut Kuning Stack (1.5 kg beras pulut) untuk hantaran bertunang katanya.. Syukur customer berpuas hati... Bahagian dasar pulut saiz 8" dan bahagian atas 4.5".
Tempahan kali ni dari Kak Zaidah. Kak Zaidah dapat nombor MaDiHaA dari Nurin's Catering yang pernah MaDiHaA buatkan pulut kuning untuk mereka dulu.. Fadzilah tauke catering tu sahabat MaDiHaA masa sekolah dulu.. sekampong, satu sekolah. suaminya ada bau2 bacang dengan Kak Zaidah. TQ Ilah rekemen MaDiHaA kat saudara mu... hehe... TQ juga pada Kak Zaidah sebab sudi order dengan saya. Khabarnya untuk dihadiahkan pada anak buah kalau tak silap. Terlebih maupun terkurang mohon di halalkan ye kak.
Cuba2 mengukir bunga daripada carrot... mcm gitu je jadinya.. hehe..
Hiasan pulut kuning kali ni ialah serunding daging, tomato, tomato ceri, timun jepun, carrot, cili padi, telur puyuh & telur ayam dijadikan 2 ekor burung.
Jika ada yang berminat nak menempah boleh hubungi MaDiHaA di talian 019-3171150. Terima kasih.
cantiknya
ReplyDeletemacam mana kalau kawen nak tempah kat akak. jauh wuwuwuwuw