Assalamualaikum & salam sejahtera....
Nampak Izah Daut buat baked potato minggu lepas buat hati tak keruan. Walaupun nak membuatnya memerlukan masa yang agak lama kerana banyak step... tapi rajinkan diri juga membuatnya. Anak2 memang suka sangat apa2 juadah dari kentang. Tak rugi mencuba... memang sangat2 sedap. Ada beberapa versi yang pernah MaDiHaA buat sebelum ni. Kalau dah namanya kentang.. memang semuanya sedap... hehe..
Terima kasih Izah bagi idea baru2 ni ye. Akak buat intinya ikut bahan yang ada kat rumah aje. Jadi.. ada sikit olahan pada resepi inti tu. Anda boleh pilih mana2 resepi inti ikut kegemaran atau ikut bahan yang ada kat rumah je.. tak perlulah nak straight sangat... Jom cuba pada penggemar kentang!
BAKED POTATO
Sumber : Izah Daut
Dicuba oleh
: MaDiHaA aka Ratna
Bahannya:
8-10 biji
kentang sederhana (MaDiHaA guna 10 biji)
(kalau guna
kentang russet tu agak besar, so 5-6 biji dah cukup)
garam
Bersihkan
kentang dan rebus sebiji tanpa potong n tanpa dibuang kulit.
Saya guna
kaedah rebus. Kalau nak bakar dalam oven pun boleh.
Rebus hingga
boleh dicucuk dgn lidi. Jangan sampai lembik pula. Pantau kentang anda.
Garam
ditabur dlm rebusan bila kentang hampir masak.
Bila kentang
empuk terus rendamkan ke dalam air sejuk.
Untuk Inti:
(versi Izah Daut)
250 gram
daging cincang / ayam
1 biji
bawang besar
2 ulas
bawang putih
cendawan
dalam tin
1 biji
tomato
sedikit lada
hitam
lada sulah
sedikit sos
tomato
sedikit
tumix ayam
daun sup
garam
& gula
Cili
benggala
caranya:
Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan
daging dan goreng sebentar hingga daging pucat.
Masukkan
tomato dan cendawan yang dipotong dadu.
Perasakan
dengan bahan bahan di atas.
Akhirnya
boleh masukkan cili benggala dan tutup api.
Untuk Inti : (versi MaDiHaA)
300 gm daging kisar ~ dilerai2kan
1 biji carrot ~ potong kiub/sagat kasar
2 batang celery ~ hiris halus
1 biji tomato ~ didadu
1 biji cili merah ~ buang biji & cincang halus
2 biji bawang mesar ~ didadu
4 ulas bawang putih ~ didadu
1 sudu besar lada hitam yang dikisar halus
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa (masin sikit tak apa sebab nanti kita akan gaulkan dengan kentang lecek)
2 sudu kecil gula
(Cara memasak sama seperti di atas)
Penyediaan
baked potato.
Bahan:
Kentang
rebus
Inti
sedikit
mayonis (MaDiHaA guna 2 sudu besar)
sedikit
susu segar/cair (MaDiHaA guna 1/3 cawan susu segar)
sedikit
mentega (MaDiHaA guna 2 sudu besar)
cheddar
cheese @ mozarella Cheese
garam
jika perlu
Caranya
1.
Kentang dipotong 2.
2.
Korek isi kentang dan biarkan sedikit seperti kolam. Boleh dibungkus dgn
aluminium foil / alas dgn muffin paper.
*boleh
rujuk gambar di atas.
3.
Isi kentang dilecek. Masukkan sedikit mayonis, susu cair, mentega dan sedikit
mozarella cheese.
4.
Kemudian masukkan semua inti tadi. Gaul sebati. Inti sedia digunakan.
5.
Masukkan inti tadi ke dalam kolam kentang. Buat sehingga habis.
6.
Panaskan oven 200 c api atas. Tabus cheese di atas kentang dan bakar sehingga
cheese cair. Sedia dihidang.
Selamat
mencuba!
salam kak
ReplyDeletemenarik jgk ne..bdk2 mesti suka..kntang pun byk kbohdrt leh gnti nasi ne.
Betul kak. Penggemar kentang mesti suka. Anak saya ada juge yg kureng makan kentang. Tapi bila buat gini beriya diorang mengadap. Xsangka juge saya rupanya diorang suke makan. Hehe.
ReplyDeleteBetul kak. Guna apa yg ada kat dapo je. InsyaAllah xlari rasa dia
Sedapnya kentang bkr
ReplyDeleteSalam kenal! blognya enak! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
YA AMPUN!!!
ReplyDeleteTak sanggup nak tengok lagi setelah membaca resepinya.... ampun sedap!