Tuesday, November 11, 2014

Sup Daging Ala Mamak

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Merasa juga daging korban baru2 ni pemberian mak saudara.  Tak banyak.. hanya untuk sekali masak.  Alhamdulillah... Kali ni teringin nak hirup kuah sup panas2... hmm.. sedapnya.. Entah kenapa sekarang ni tekak dok teringin sangat nak makan sup2 gini.  Masa balik kampong aritu pun request ma masakkan sup tulang.. hehehee.. dah tua2 pun nak bermanja ngan mak juga.  Bila sampai kampong semua ma dah ready.  Sup tulang makan dengan bihun complete dengan sambal kicap, bawang goreng & lobak asin goreng. Suami makan dengan nasi... memang puas hati... masakan mak terbaikk...

Sup daging masak sendiri kat bawah ni pun sedap jugak.  Nak pulak dagingnya betul2 empuk. Hampir2 nak berderai gitu.  Kalau makan sup daging liat memang sakit hati... hihihi... ada baki.. esok paginya panaskan cicah dengan roti pulak.. hmmm... yumyum...


SUP DAGING ALA MAMAK
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
800 gm daging ~ potong kiub saiz besar
2 biji kentang ~ potong 4
1 biji carrot ~ potong baji
2 batang celery ~ potong serong
3 sudu besar serbuk rempah sup ~ campur air jadikan pes
2 batang serai ~ ketuk
1 1/2 inci halia~ ketuk sikit
garam secukup rasa
sedikit gula
1 sudu teh serbuk lada hitam yg dikisar
air secukup kegunaan

Bahan Tumis
6 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum cengkih

Bahan Tabur
Bawang goreng buat sendiri 
Hirisan daun sup (MaDiHaA lupa nak beli)

Cara menyediakan
1. Rebus daging dengan api yang kecil sehingga empuk.  MaDiHaA masukkan sebatang sudu petua untuk daging cepat empuk. Bila daging dah empuk, keluarkan sudu tadi.
2. Bila dah empuk masukkanserbuk lada hitam, kentang, serai, halia ketuk, rempah sup & tambah air secukupnya. Masukkan pula lobak merah & celery.
3. Dalam kuali panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bahan tumis hingga wangi.  Tuang dalam kuah sup yang sedang mendidih.  Tambah garam & gula secukup rasa.
3. Bila kentang empuk.. bolehlah matikan api & hidang. Tabur bawang goreng & daun sup semasa hidang.

Selamat mencuba!



5 comments:

  1. assalamualaikum madiha, kalau sup daging ala apa pun ternagkat saja kan susah nak tolak..

    ReplyDelete
  2. salam kak Ratna...lama tak singgah sini...
    aduhai...ada sup daging la...sedap kuahnya tu dihirup...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sup daging! Saya sekarang ni kalo nak rebus daging / tulang sampai empuk guna slow cooker aje, lama merenih tapi sedap sangat rasanya.

    ReplyDelete
  4. assalam ratna,
    sup daging, sup ayam, sup ikan..lauk gerenti habis..akak suka letak kentang lebih..campak cili padi..slurpss...;)

    ReplyDelete
  5. salam kak, sedapnya kalau dapat hirup kuah sup tu..

    ReplyDelete