Mood update blog nampaknya dah semakin pulih. Nak memulakan & meluahkan je yang agak susah. Bila dah mula & dah kongsikan segala yang terbuku dalam hati.. barulah ada semangat nak update semula. Syukur alhamdulillah. Harap2 mood baik ni akan berterusanlah sementara kurang sibuk ni. Nanti bila dah sibuk... faham2 sendirilah ye...
Masih lagi dengan menu mudah. Biasalah kan MaDiHaA memang sinonim dengan menu2 mudah & ringkas aje. Asalkan kenyang perut suami & anak2. Yang penting kita masak apa yang mereka suka. Syukur juga suami & anak2 tidaklah cerewet sangat bab2 makan ni.
Sebenarnya dalam menu harian kerap juga masak Bihun Sup macam ni. Cuma kadang kala malas betul nak snap gambar. MaDiHaA suka campurkan kuah sup dengan pelbagai sayur. Sengaja lebihkan sayur dalam kuahnya tu. Tak kisahlah apa jenis sayur sekalipun. Asalkan ianya dirasakan sesuai. Antara sayur yang biasa MaDiHaA campur (ikut kegemaran anak2 juga) dalam sup untuk dimakan dengan bihun atau mee ialah carrot, sawi, kobis, cendawan tiram, putik jagung, brokoli atau cauliflower. Bukanlah campurkan semuanya.. pilihlah dua atau tia jenis saja bila kita masak tu. Baru2 ni nampak brokoli murah sangat kat pasaraya Matahari.. terus grap 4 ketul... itu yg keluar resepi Sup Brokoli Berkrim Simple semalam & ini pula masak semalam... keluar resepi untuk hari ni.. hihi.. Dah.. jom tengok resepi pulak ye...
Nampak banyak kan? Sebab MaDiHaA buat double dari resepi yang diberikan tu.. hehe..
Bihun Sup MaDiHaA's Style
Resepi : MaDiHaA
Bahan2
1 bungkus bihun ~ direndam ~ celur ~ tos ~ cuci dengan aliran air paip ~ tos
Bawang goreng & daun sup untuk hiasan (jika suka)
Bahan Sup
1/4 ekor ayam ~ potong saiz kecil & cuci bersih
1.5 liter air
400 gm bebola ikan
1 ketul brokoli ~ potong floret
250 gm cendawan tiram ~ siat & cuci bersih ~ tos
1 kiub ayam
garam secukup rasa
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ tumbuk halus
3 ulas bawang merah ~ tumbuk halus
1/2 inci halia ~ tumbuk halus
minyak masak secukupnya
Rempah tumis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
Cara menyediakan
1. Dalam periuk panaskan minyak lalu tumiskan rempah tumis & bawang merah hiris hingga wangi. Masukkan pula bahan yang ditumbuk & tumis hingga naik minyak. Masukkan ayam & kacau rata. Masukkan air & biarkan mendidih.
2. Masukkan kiub ayam, bebola ikan, cendawan tiram & garam secukup rasa. Biar seketika. Akhir sekali masukkan brokoli & masak sekejap kemudian tutupkan api bila sup dah secukup rasa. Hidang bihun yang dicelur dengan kuah sup & sambal kicap.
Sambal Kicap
Bahan2
20 ~ 25 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya
Cara menyediakan
Tumbuk cili padi & bawang putih hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk. Campurkan dengan gula & kicap secukupnya. Siap untuk digunakan.
Selamat mencuba!
Berselera nampak bihun sup madiha tu... nampak menyihatkan, tambah pulak ada sambal kicap... ni yang buat nak tambah 2-3 mangkuk!
ReplyDeletesedapnyer...
ReplyDelete