Tuesday, December 23, 2014

Sup Brokoli Berkrim Simple

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Alhamdulillah terasa lega bila dah luahkan segalanya semalam.  Sebenarnya dah lama pendam rasa sedih akan kehilangan kenangan kat fotopages tu.  Bila dah luahkan tu... rasa macam segala masalah dah selesai biarpun sebenarnya ianya tak mungkin dapat dikutip semula kan.  Takpelah MaDiHaA redhokan jelah...  

Hari ni pun MaDiHaA nak kongsi resepi mudah je.  Memang resepi paling mudah.. takyah tumis2 bagai, tak perlu banyak2 bahan.  Semuanya simple semudah ABC nak menyediakan.  Jom sesekali layan western... hari2 makan nasi untuk dinner pun jemu juga kan....  Kali ni hidangan memang zero oil/fat.... bahkan.. roti pun takde sapu garlic butter... hehehe... kengkonon menu sihat.. padahalnya malas.... nak bakar roti pun malas.. jadi makan dengan roti sandwich kosong jelah ye suami & anak2....kikikikii....

 
Sup Brokoli Berkrim Simple
Resepi : MaDiHaA
 
Bahan2
2 biji kentang biasa saiz besar
2 biji bawang besar saiz sedang ~ potong dadu kasar
2 ketul brokoli
2 ketul kiub ayam
1 tin susu cair
garam jika perlu
air secukupnya
1 sudu kecil serbuk oregano kering

Cara menyediakan
1. Kentang dikopek & dibersihkan. Potong kiub kasar. Rebus kentang & bawang besar bersama air secukupnya. Biarkan mendidih sambil2 tu potong2 kecil brokoli. Cuci bersih & masukkan dalam rebusan kentang tadi. Tambah air sehingga brokoli tenggelam. Rebus hingga kentang & brokoli empuk. Padamkan api & sejukkan rebusan.
2. Bila rebusan dah sejuk atau suam2 kuku, masukkan sedikit ke dalam blender & kisar hingga halus. Tuang dalam periuk lain yang agak besar. Kisarkan kesemua bahan2 rebusan tadi.
3. Panaskan bahan kisar, campakkan kiub ayam, oregano & masukkan juga susu cair.  Sentiasa kacau supaya sup tak berkerak. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Masak sehingga mendidih & ikut kepekatan yang disukai. Tambah garam jika perlu ye. Kemudian bolehlah padamkan api & hidang bersama roti bakar, roti kosong atau roti bawang putih.

Selamat mencuba!

2 comments:

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. masuk queue... hehe... mkn ngan garlic bread sedap nih.

norhidana miswan said...

sodap nih kak... time2 musim ujan sejuk2 nih kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...