Sambung lagi kisah ikan ye... semalam dok cerita pasal ikan talapia & patin sangkar yang marvelous. Jadi hari ni share resepi ikan patin pulak ye. I dah jatuh hati dengan kesedapan ikan patin sangkar ni. Sumpah lepas ni tak menolak dah kalau orang pelawa ikan patin. TAPIIIII... dengan syarat mesti ikan patin sangkar bukan patin kolam ye. Patin sangkar tu maksudnya ikan patin yang dibela dalam sangkar iaitu dalam air yang mengalir contohnya air sungai. Yang kolam punya pula dibela dalam air kolam yang tak mengalir, makan kat situ, berak kat situ.. sebab tu rasanya tak syedap... hehehe....
2 ekor ikan patin saiz agak besar jugak... dah masak sekor gulai tempoyak campur timun tapi tak snap gambar elok2 pon.. snap dari dalam periuk share kat group wassap geng sekolah.. hahah.. Pastu sekor lagi dikerat dua. Sekerat MaDiHaA buat pais ikan patin. Pun tak snap. Yang sekerat lagi ulang masak gulai tempoyak lagi. Barulah snap gambar elok sikit. MaDiHaA masukkan resepi untuk sukatan seekor ye. Takpelah resepi ulangan pun. Sebelum dah dah acap juga share resepi gulai tempoyak ni. Tapi kali ni special sikit sebab kali ni bukan patin kolam.. tapi patin sangkar yang sangat2 marvelous. Kawan2 yang tak makan ikan patin sebab rasa tak sedap tu lain kali kalau nak beli tanya penjual tu samada ikan tu kolam punya atau sangkar punya. InsyaAllah kalau penjual tu jujur & dia cakap sangkar punya bolehlah beli & rasai kesedapan ikan patin ni ye. MaDiHaA rasa rugi sebab sebelum ni tak tau pasal ni. Sekarang baru tau kesedapan ikan patin yang diwar-warkan. Tak hairanlah yang dijual kat Temerloh tu harganya mahal sungguh. Benda baik & rasa sedap berbaloi walaupun bayar mahal.
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
1 ekor ikan patin (sangkar) saiz sederhana ~ dipotong 5~6 bahagian
1 ketul (sebesar bola pingpong) asam jawa ~ diramas untuk rendam ikan
800 ml air untuk kuah
secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan
Bahan tumbuk
15 - 20 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
sedikit garam kasar (petua nak mudah lumatkan cili masa menumbuk)
4 - 5 sudu besar tempoyak baru (yg tak masam)
Cara menyediakan
- Ikan patin yang siap dibersihkan di rendam dalam air asam jawa selama 30 minit. Kemudia cuci bersih & tos.
- Tumbuk lumat kunyit hidup, garam kasar & cili padi. Masukkan tempoyak & gaul rata. Masukkan dalam periuk & bancuh dengan sikit air biar larut. Kemudian baru masukkan kesemua air.
- Didihkan bahan tadi & campaknya daun kesum & bunga kantan. Bila mendidih masukkan ikan & tambah garam jika perlu (tadi masa tumbuk bahan dah masukkan garam kasar jadi tambah garam hati2 ye). Biarkan mendidih & ikan masak. Bila dah cukup rasa boleh matikan api.
salam madihaa, baru perasan gulai tempoyak tak letak bawang kan, kdg kaknoor letak jugak sbb macam tak puas rasa nya tk letak bawang
ReplyDelete