Monday, March 2, 2015

Kek/ Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum & salam sejahtera...





Hari ni MaDiHaA nak kongsikan resepi Bingka Ubi Kayu yang agak berbeza sikit dari resepi bingka yang biasa.  Ini kerana dalam resepi diletakkan juga 2 sudu teh baking powder.  Yang sebenarnya.. nama resepi asal ialah Kek Ubi Kayu.  Tapi teksturnya tidaklah gebu seperti kek. Ia lebih kepada bingka... jadi memandai MaDiHaA letakkan nama resepi ni Kek/Bingka... Harap tuan resepi tak marah ye.  Resepi ni MaDiHaA ambil dari Fotopages kak Rusnah.  Sebenarnya... banyak juga resepi2 yang kak Rusnah kongsi menjadi ikutan MaDiHaA sebab agaknya mungkin citarasa kami ni sama kot.. hehe... Pantang kak Rus tayang gambar & kuih.. mesti nak cuba juga.  Tapi tak kurang juga masih banyak resepi2 yang tak sempat MaDiHaA nak kejar.. almaklumlah.. sifu ramai sangat di alam cyber ni kan.. nampak kat situ terliur, nampak kat sana terliur.. jadi kita buat mana yang termampu ajelah kan... ikut kemampuan badan & kemampuan poket.. hehe...


KEK UBI KAYU / BINGKA UBI KAYU
Sumber : Kak Rusnah Fotopages

Bahan2
4 cawan parutan ubi kayu yg siap diperah
1 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
4 biji telur
sedikit garam
3 sudu makan butter lembut suhu bilik
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla
sedikit pewarna kuning

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan ketuhar dan lengserkan acuan 8x8 dgn butter cair/minyak masak. (MaDiHaA guna 2 acuan. 1 acuan bunga pecah lapan & satu acuan loaf)
2. Pukul gula, butter dan telur sekadar sebati semuanya.
3. Masukkan parutan ubi, baking powder (ditapis), vanilla, santan, susu cair, pewarna kuning dan garam...sebatikan.
4. Tuangkan ke dalam acuan dan ratakan minyak yang timbul di permukaan dan bakar selama 1 jam dgn api atas bawah. (MaDiHaA guna suhu 180C)
5. Biar sejuk sebenar-benar sejuk baru elok bila dipotong.
6. Siap dihidangkan utk minum petang atau sarapan pagi.



Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Sedapppppp.. tun sgt2 suka bingka dan talam ubi kayu. tp sgt jarang dpt makan sbb jarang ada ubi kayu. kat sini tepi jalan penuh ngan ubi kayu, tp susah nk jumpa org jual. pelik betul.kdg2 rasa mcm nk e berenti tarik ubi kayu tepi jalan tu.. hehe.. nmpk mcm terbiar, tp takut pulak ber-tuan. kan xpasal berdosa curi ubi kayu org.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan tanah. Sejak 2015 ni jarang dpt peluang tngk blok memasak ni. Tekejut lak tetiba ada blok yg dah x leh nak masuk. But TQ berbanyak Kat madihah Sbb masih boleh dilawati seperti biasa

    ReplyDelete
  3. Semuga diberikan kesihatan yang baik Dan dpt terus menulis.

    ReplyDelete