Thursday, May 14, 2015

Acar Rebung... yang marbeless!



Assalamualaikum & salam sejahtera..



Dah lama memendam rasa nak masak acar rebung sendiri.  Sebelum ni beberapa kali MaDiHaA order dari seorang sahabat maya yang tinggal di Perlis.  Ibu mertuanya buat & dia tolong promote jual online. Memang sedap! Jenis tekak MaDiHaA ni mana cukup makan benda sedap sikit2... hihi.. Tapi tulah.. nak order banyak2 tak berbaloi sebab nak kena bayar kos pos lagi. Harga acar rebung 200 gm RM6. Beli 2 bungkus pun boleh abis sekali hadap.. hehe... Tu yang teringin sangat nak cuba masak sendiri. Resepi pulak... off course lah kena google cari sendiri.  Alhamdulillah.. akhirnya jumpa juga dengan resepi yang dikongsi di blog fadelicious. Memang sedap sangat2.  Tapi kena pandai adjust rasa garam, gula & asamnya.  Ribuan terima kasih MaDiHaA ucapkan pada tuan punya blog yang tak lokek ilmu. Semoga tuan punya blog sentiasa dimurahkan rezeki & kesihatan yang baik. Amin..


Rebung madu ni pula MaDiHaA beli dari sahabat maya puan IlahJY yang ada kebun di Melaka.  Syukur sangat2 sebab Kak IlahJY sedia nak jual kat MaDiHaA hingga sanggup kami berjumpa di KL Sentral.  Kak Ilahjy rumahnya di Ampang kalau tak silap. Kiranya kami bertemu dipertengahan jalanlah.  Senang guna perkhidmatan komuter & kami bertemu di KL Sentral.  Berjual belilah kami di situ. hihi.. Sebelum tu kami berurusan melalui facebook. InsyaAllah lepas ni jika ada rezeki pasti akan order lagi rebung madu dari kak IlahJY.  Puas hati rebung madu ni memang fresh.  Buat acar ni tak sesuai gunakan rebung jeruk yang terjual kat pasar sebab rebung jeruk tu berbau & rasanya dah masam.

Oklah di sini MaDiHaA mohon izin dari tuan punya resepi untuk kongsi resepi di blog MaDiHaA pula ye.  Untuk resepi asal.. boleh klik SINI.


Resepi kat bawah ni resepi yang MaDiHaA dah ubah untuk sukatan 1kg rebung.  Sebabnya... resepi asal gunakan 10 batang rebung.. tapi rebung ni ada banyak saiz.. jadi susah nak agak samaada bahan2 lain tu berpadanan atau tidak.  Jadi bila guna sukatan timbang ni mudah sikit nak agak kuantiti sebenar rebung yang perlu digunakan.  

Jom salin resepi bagi yang berminat nak mencuba.  Rasanya resepi acar rebung pun ada banyak versi... mungkin lain kali boleh cuba resepi versi lain pula.  



ACAR REBUNG 

Bahan2  
1kg rebung madu fresh
12 ulas bawang merah
3 inci halia tua
22 tangkai cili kering *
1 1/2 sudu besar Jintan Manis biji*
1 sudu besar belacan
1/3 cawan cuka
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
MaDiHaA tambah 1 cawan air



Bahan Tambahan
2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi 
MaDiHaA tambah 2 inci halia muda dihiris batang mancis


Cara menyediakan

1. Rebung madu direbus sekejap. Toskan airnya & biarkan sejuk. Kemudian potong rebung sepanjang 1" - 1 1/2" & kelar2 rebung tu sehingga ke hujung tapi jangan bagi putus. Boleh kelar memanjang atau melintang, suka hati masing2 ye. Untuk bahagian hujung tak perlu dikelar & dibiarkan macam tu je ye sebab hujung tu lembut.
2. Bahan bertanda**di goreng tanpa minyak hingga garing dan wangi. Goreng berasingan ye.
3. Blend bawang merah, halia, cili kering, jintan manis dan belacan sehingga halus.

4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg di blend tadi hingga pecah minyak, masuk kan rebung, air dan cuka dan renih selama 10-15 minit. Jika suka minyak berladong boleh lebihkan minyak. MaDiHaA guna minyak sederhana je..  tak banyak sangat.. tapi pastikan masa menumis biar sampai rempah2nya pecah minyak.  Masukkan garam & gula secukup rasa.  Sukatan gula tu lebih dari 6 sudu besar ye. Ikut citarasa masing2.

5. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi & halia muda.  Kacau2 dan biarkan sebentar sehingga bawang lembut. Bila acar dah secukup rasa bolehlah matikan apinya.

6. Masukkan dalam mangkok kaca dan taburkan bijan diatas dan simpan at least 6 jam sebelum memakan nyer..ni supaya cuka dan rempah2 tu sebati dengan rebung. Amat lah sedap di makan dengan nasi panas... 


 Selamat mencuba!

5 comments:

  1. Alahai sedapnyaaaaa

    Manalahh nak cari rebung yang fresh!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. macam sedap je madihaa dimana nak cari rebung niii tingin tengok, kalau kasi pedas2 sikit mmg best ni

    ReplyDelete
  3. Tq ya..sy tengah cari resepi..my hubby sgt suka acar

    ReplyDelete
  4. Tq ya..sy tengah cari resepi..my hubby sgt suka acar

    ReplyDelete
  5. T.kasih Madinah.. Mmg cari2 resepi ni. Rebung ade dh ni..

    ReplyDelete