Wednesday, May 13, 2015

Avocado Spaghetti

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Musim avocado kembali lagi.  Setiap kali pokok avocado kat rumah maksu Sujah berputik.. setiap kali itulah tak sabar2 nak tunggu untuk mencuba resepi baru dari avocado.  Avocado yang ada kat rumah makcik tu buahnya agak besar berbanding dengan avocado yang ada di pasaran.  Tak silap pokok tu baka dari Indonesia.  Tengok kat supermarket atau hypermarket.. sebiji avocado saiz kecil tu pun ada yang cecah rm5.  Harga berbeza2 mungkin mengikut stok buah yang masuk kot. Tapi bagi MaDiHaA walaupun RM3 sebiji ia tetap mahal. Memang tak belilah kot avocado yang mahal tu.. almaklumlah tiap2 tahun dapat buah percuma... saiz besar lagi... hehe...




Baru2 ni satu dahan avocado kat rumah makcik sekah akibat terlampau berat buahnya.  Bila dah sekah tu.. makcik pun kutiplah buahnya dan isi dalam kotak.  Penuh membumbung satu kotak. Sayang betul tengok sebab ada antara buah2nya yang belum cukup tua.  Masa kami bertandang rumah makcik, makcik bagi kami 5 biji buah avocado. Nak ambik banyak tapi takut membazir pulak sebab esoknya cuti panjang hari buruh & wesak & kami akan pulang ke Raub ada kenduri doa selamat & majlis tunang adik ipar kat rumah mertua. Bila balik KL tengok2 buah avocado dah masak & dah boleh dimakan. 4 biji dah selamat kami makan sebagai dessert. Tak buat apa2 pun.. cuma makan dengan susu pekat manis. Memang lazat! Hanya sebiji yang sempat MaDiHaA simpan untuk mencuba resepi Avocado Spaghetti ni.  Kalau ada yang nak mencuba.. anda kena gunakan 2, 3 biji buah avocado sebab yang terjual kat pasaraya tu buahnya agak kecil berbanding yang MaDiHaA gunakan hanya sebiji sahaja & isinya lebih kurang 300 gm yang MaDiHaA dapat.



Jom tengok resepinya... resepi yang MaDiHaA adaptasi dari internet.. anak2 kata sedap.. syukurlah habis juga dorang makan.



Avocado Spaghetti
Adaptasi dari  : The Comfort of Cooking
Sumber : MaDiHaA akak Ratna

Bahan2
250 gm spagetti
6 batang sosej ~ potong pendek
2 biji avocado ranum ~ skop isinya (lebih kurang 300 gm)
3 sudu besar jus lemon atau lebih (ikut selera sendiri)
2 ulas bawang putih
segengam fresh basil (lebih kurang 1/2 cwn)
1/3 cawan minyak zaitun
1 cawan isi jagung ~ rebus & tos
garam & gula secukup rasa

tomato ceri jika suka

idea cucuk spaghetti ni pun dpt dr tenet jugak.. tp lupa dah sumbernya..

Cara menyediakan
1. Dalam food processor.. kisar halus isi avocado, bawang putih, fresh basil, jus lemon, minyak zaitun, gula & garam sehingga halus. Ketepikan dahulu.
2. Ambil 5 batang spaghetti lalu cucuk pada sosej yang dipotong pendek. Buat sehingga habis sosej seperti dalam gambar.
3. Jerang air dalam periuk sedang bersama 1 sudu kecil garam.  Masukkan spaghetti yang dicucuk tadi. Jika spaghettinya berlebih masukkan je sekali. Rebus hingga lembut. Angkat & toskan.
4. Rebuskan juga isi jagung. Kemudian toskan.
5. Dalam bekas yang besar, masukkan spaghetti, isi jagung serta sos avocado yang siap dikisar halus tadi. Gaulkan sehingga rata.  Jika kurang garam boleh tambah & gaul sebati.
6. Hidang segera selepas siap disediakan.  Taburkan tomato ceri semasa menghidang sekiranya suka.

Nota : Pasta ini tidak sesuai dibiarkan disuhu biasa sekiranya ada berlebih. Ia mesti dimakan segera atau simpan dalam peti sejuk sekiranya tidak habis. Bila nak panaskan.. boleh kukus sekejap.

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. ya Allah kak,lenkali suh la makcik akak tuh jual skit kt dana... tingin nyer... geram nyer nengok pokok nyer ngn buah yg lebat gitu... mana dia dpt benihnyer kak? dana nk suh adik tanam lah kt kampung...

    ReplyDelete
  2. Avokado ni kalau beli, sebiji dah 2-3ringgit..ni kalau tanam sendiri sangat jimat!resepi spegeti avokado ni mesti sedap!..tapi kalau takotkan kolestrol,jom kawal dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete
  3. wah banyaknya buah avokado tu kak..memang sedap kalau buat jus..spaghetti tu pun nampak yummy..

    ReplyDelete