Assalamualaikum & salam sejahtera...
Antara dessert mudah & femes bagi orang Melayu. Nak pula bila tiba musim durian.. memang tak boleh miss buat bubur kacang durian & pulut serawa durian. Hmm.. kali ni MaDiHaA buat bubur kacang durian menggunakan durian yang en. suami frozenkan dalam peti sejuk. Masih segar & elok isinya. Alhamdulillah... sesuai sangat dijadikan juadah berbuka puasa... Dah banyak kali membuatnya.. tapi rupa2nya belum sempat diblogkan walau sekali.. hehe.. so hari ni MaDiHaA blogkan jugalah resepi Bubur Kacang Durian ni... mungkin ia berguna untuk rujukan anak2 satu hari nanti..
BUBUR KACANG DURIAN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
Air secukupnya
3 keping gula nissan/ gula kerek (kalau nak warna gelap boleh letak lebih.. )
gula pasir secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian, ambil isinya
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
Cara menyediakan
1. Rebus kacang hijau yang direndam dengan air secukupnya hingga kembang. Bila dah cukup kembang bolehlah masukkan santan, gula nissan/kerek, daun pandan, garam & gula pasir secukup manis yang anda suka. Biarkan mendidih sambil dikacau selalu supaya santan tak membuak. Jika kurang manis boleh tambah gula secukup rasa.2. Masukkan isi durian. Kacau2 sekejap & bolehlah matikan apinya. Sedia dihidangkan samada suam2 atau dibiarkan sejuk dalam peti sejuk. Pekat atau cair bubur boleh adjust ikut citarasa sendiri. Tambah atau kurangkan santan ikut citarasa.
Selamat mencuba!
Assalamualaikum kak...kita pun lama dh xbuat bubur kacang...klu kat kmpung dulu bubur kacang ni mkn letak ais sikit...pastu cicah roti...
ReplyDeletemusim durian dh bermula semula... apa lg berpesta durian lah kite ye kak
ReplyDelete