Dah lama sebenarnya tempahan pulut kuning berhias ni. Tapi asyik tangguh2 je nak update ke blog. Mood update semakin ke laut nampaknya.. aduhaii...Tempahan ini dari En. Asri yang menempah khas buat sahabat baik beliau sempena hari jadi sahabat & jugak anak pada sahabat. Kira harijadi 2 in 1 la ni.. katanya tarikh hari jadi sahabat baik & anak pada sahabatnya dekat2. Sebab tu En. Asri request nak ada 2 anak burung yang cute tu... hehe... Oleh sebab pulut ni akan diberikan pada sahabatnya sebagai surprise.. En. Asri request jugak mintak tapaukan pulut serta serunding & telur untuk dirinya dalam bekas lain. Ye tak ye jugak kan... nanti menelan air liur pulak tengok pulut... takkan nak mintak rasa sebab dah bagi kat orang.. buruk sikulah pulak... hehehe.. Jadi MaDiHaA siap2 tapaukan untuk beliau jugak. Cuma masa ambik gambar ni tak letak sekali pulut dalam polistrin tu.. hehe...
Menggunakan 1.25kg pulut kesemuanya termasuk yang tapau untuk makan sendiri buat En. Asri. (Berat pulut siap masak semestinya lebih berat lagi ye) Terima kasih banyak2 En. Asri sudi menempah dengan akak. Terlebih maupun terkurang mohon dihalalkan.
alahai..terus terliur pagi2 ni tengok pulut kuning yg tersergam cantik ni.
ReplyDeletehttp://akuhanyagadiskampung.blogspot.com
Cantiknya Madihah..
ReplyDeleteKreatif sungguh..