Assalamualaikum & salam sejahtera...
MaDiHaA buat puding triffle ni untuk bawak bekal masa berkelah dengan family baru2 ni. Berkelah dengan adik2 & ma tersayang. Seronok sangat dapat berkumpul ramai2 bila ma & adik2 datang dari kampong.
Pasal triffle ni pulak... yang hairannya.. warna jeli kristal tu boleh hilang & jadi warna neutral je pulak.. so dah tak cunlah sebab nampak kuning warna custard je.. hehehe.. Tapi takpelah cuma warna je yg kureng... rasa tetap sama... hihi..
Resepi ulangan je ni... Guna resepi basic dari Chef Hanieliza. Kek gulung pula MaDiHaA buat kek gulung guna resepi basic kek gulung kasih.
TRIFFLES
Resepi : Kak Liza
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll (MaDiHaA gunakan kek gulung kasih. Resepi boleh klik SINI)
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry (MaDiHaA gunakan Crystal Jelly jenama Nona perisa rasberry@ kurangkan sukatan airnya kepada 300 ml saja ~ saranan menggunakan 400 ml air)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard (MaDiHaA tambah lagi sesudu besar)
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan pekat. Angkat dan biar sejuk. (MaDiHaA buat step 2 & 3 dahulu barulah masak kastard (step 1).. bila kastard dah masak terus je tuang ke atas potongan kek yg telah dibasahkan dengan jus buah cocktail tadi..)
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh/masak agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
sedapnyer...
ReplyDelete