Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sekadar update resepi ulangan je hari ni... guna gambar yang lama tersimpan dalam folder dari handphone yang dah rosak tu.. sob sob sob.... Resepi ulangan.. tapi gambar tu gambar yang dimasak di masa yang berlainan ye. Almaklumlah... bila satu2 resepi tu kena dengan selera tentulah ada ulangannya...
Memang tak rugi mencuba resepi Ayam Kalio ni sebab masakan ni memang sedap. Rasa ala2 rendang... tapi tak guna kerisik. Yang penting suami & anak2 suka... Terima kasih pada tuan punya resepi, Lina PG serta Wana Potret Kasih yang berkongsi resepi marbeles ni... Nak tengok yang MaDiHaA masak dulu boleh klik SINI.
AYAM KALIO
By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih
Bahan-Bahan
400g ayam (
anggaran dalam 1/2 ekor ayam saiz kecil )By : LiNa Pg
Sumber : Wana Potret Kasih
Bahan-Bahan
4-5 ulas bawang merah ( kisar )
3 ulas bawang putih ( kisar )
2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
4 biji cili merah (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde (MaDiHaA tambah 2 biji je + 6 biji cili padi
1 inci halia ( kisar )
1 inci lengkuas ( kisar )
2 batang serai ( kisar )
2 cm kunyit hidup ( kisar )
250 ml santan atau susu cair
3 -5 helai daun limau purut (hiris nipis)
1 batang karot (potong baji)
1 biji tomato (belah 4)
2 keping asam keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Air dan minyak
Cara
penyediaan
1.
Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.2. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
3. Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.Tambah sedikit air
4. Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut dan juga karot. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
5. Masakklah hingga kuah agak pekat.Masukkan tomato, sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat.
Selamat mencuba!
Salam aidilfitri kak ratna. Harap akk sihat..
ReplyDeleteSedapnya tgk ayam tu.belum pernah cuba resepi kak. Nak cuba buat esok la.. Tq kak..
SALAM AIDILFITRI... Taqobbalallahu minna waminkum.. Maaf Zahir Batin..
ReplyDeleteBestnya ayam kalio...
selamat hari raya kak ratna...
ReplyDeletemenyelerakan Nampak ayam kalio tu, mkn dgn nasi impit pun sedap kan
sangat enak sekali... tar saya bikin ahh kayanya mantab nih,,,,Pengobatan Alternatif Diabetes Melitus
ReplyDelete