Friday, August 7, 2015

Puding Kiwi



Assalamualaikum & salam sejahtera...

MaDiHA hidang Puding Kiwi baru2 ni pada tetamu yang berkunjung ke rumah.  Tetamu pun bukan orang lain.. pakcik, makcik & sepupu2 yang datang dari Terengganu & juga di PJ ni.  Seronok bila tamu datang berkunjung.  Walaupun sedikit terkejar2 kerana tamu datang pada malam hari bekerja... tapi rasa puas hati bila tamu makan apa yang kita hidang dengan berselera sekali.  MaDiHaA kerja separuh hari pada siangnya dan dapatlah siapkan juadah laksam, gratin makaroni & puding kiwi.  Syukur alhamdulillah...

Jom MaDiHaA kongsi resepi puding kiwi.  Resepi yang Kak Nor Secubit Garam adaptasi dari resepi puding laici kak Liza. Terima kasih buat kedua2nya.


PUDING KIWI
versi asal Puding Laici by K.Liza

Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)MaDiHaA lebihkan sikit
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan

Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.

Selamat mencuba!

4 comments: