Assalamualaikum & salam sejahtera...
Pecal ni adalah antara menu wajib muncul jika masuk bulan puasa kat rumah MaDiHaA sama macam mee bandung juga. Memang suka sangat dengan pecal. Kalau dah makan pecal tak perlu dah nak makan nasi. Kenyang sayurlah jawapnya.
Jom MaDiHaA kongsi resepi pecal ni sekali lagi. Mana tau kot ada yang teringin nak mencuba. Tapi kalau tak ramai yang makan kat rumah tu.. baiklah beli aje sebab kalau kita buat sendiri kat rumah ni hasil yang kita dapat memang banyak. Maklumlah.. dengan bahan2 sayurannya yang pelbagai.. walaupun kita guna serba sikit... last2 jadi banyak juga.. hehehe... Kat rumah hanya MaDiHaA & suami yang suka makan pecal ni... tp MaDiHaA tetap buat juga sebab boleh ulang2 makan sebab memang suka sesangat. Berbaloi2 buat sendiri... Dalam bahan sayuran tu ada yang MaDiHaA sendiri tak letak kali ni disebabkan malas dah nak cari sana sini dengan masa yang suntuk. Jadi MaDiHaA letak mana yang ada jelah..
PECAL
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2 Sayuran (kuantiti agak2 sendiri ye)
Secekak pucuk ubi ~ dicelur hingga lembut dan dipotong halus (takde stok)
6 urat
kacang panjang ~ dicelur & potong 1 inciResepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2 Sayuran (kuantiti agak2 sendiri ye)
Secekak pucuk ubi ~ dicelur hingga lembut dan dipotong halus (takde stok)
secekak kangkong kampong ~ dicelur & hiris (takde stok)
1 biji timun ~ dihiris memanjang
2 biji telur ayam ~ direbus (optional ~ ku tak letak kali ni)
3 keping tauhu ~digoreng & potong kiub
3 keping tempe dalam daun ~dipotong kecik2 & digoreng
1 biji sedang sengkuang ~ dipotong (takde stok)
taugeh - celur kejap
Bahan Kuah
2 cawan kacang tanah ~ goreng tanpa minyak dan di kisar (MaDiHa goreng dgn minyak pasal nak cepat)
2 cm belacan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 ~ 5 ketul isi cekur
10 cili kering ~ direbus (boleh juga guna 20 biji cili padi )
2 sudu besar/lebih asam jawa ~ diramas dengan air & ambil jus
garam
secukup rasa
Cara2 Menyediakannya
Cara2 Menyediakannya
Bwg besar,
bwg putih, cekur, cili padi/cili kering digoreng sekejap hingga layu.. guna
minyak sikit jer.. pastu kisar halus bahan2 goreng tadi dan juga belacan.
Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan kacang tanah kisar dan jus air
asam jawa. Tambah air hingga mendapat kepekatan yg disukai. Didihkan dengan api
sederhana hingga pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya dan bolehlah
dihidangkan bersama2 sayur-sayuran tadi.
Selamat mencuba!
perkkkkhhhhh mmg sedap bebeno nih... dana selalu kalu blik kg suh mak bt kuah kacang kering tu siap2 balik kl tinggal bancuh je ngn air pns n tambah asam jawa hehehe,...
ReplyDeleteOoo mcm tu buat kuah dia ye kak ratna. Tq kak
ReplyDeleteMaDiHaA...inilah satu-satunya fevret saya masa duduk kat asrama dulu. Kafe tak selalu buat pecal, so kalau ada jer..ish saya pun ambik banyak gitu :) Kalau makan dengan keropok pun sedap agaknya. Saya nak simpan resipi MaDiHaA untuk dicuba satu hari nanti.
ReplyDeleteMmmm...nampak sdp sangat.
ReplyDeletepecal best suka banyak2 kacang panjang tu
ReplyDelete