Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ni MaDiHaA kongsi juadah pemanis mulut yang begitu sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Memang sedap & berbaloi2 buat sendiri. Kalau beli.. harganya boleh tahan juga. Kalau beli satu gerenti tak cukup... hihi...
Jom kita buat sendiri... paling penting.. mesti dapatkan mangga yang betul2 ranum & manis.
PULUT
MANGGA THAI
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan-bahan
250gm
Beras Pulut
300ml
santan
Buah mangga ranum
Bahan2
Kuah Santan
200ml
Santan
2 sudu
kecil rata tepung jagung
1 susu
kecil tepung beras
1 sudu
kecil garam
1 sudu
besar gula
1 helai
daun pandan
Cara menyediakan
1. Cuci beras pulut kemudian masukkan dalam loyang saiz kecil. Tuang santan & ratakan. Kukus sehingga pulut masak. Kaup balikkan pulut supaya elok sebati. Jika perlu.. boleh sambung kukus sebentar lagi supaya pulut masak rata.
2. Satukan santan dan semua tepong, garam & gula kacau sebati & tiada bintil2. Masukkan daun pandan.. Didihkan guna api kecil sehingga kuahnya pekat. Pastikan sentiasa dikacau supaya kuah elok sebati.
3. Untuk menghidang, ambil pulut & letakkan dalam mangkuk hidangan. Susunkan hirisan mangga & tuang kuah santan di atas pulut. Sedia untuk dinikmati atau sebagai juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa.
Selamat mencuba!
ya Allah kak...dessert paling sedap nieh....nikmat lemak2 santan dgn manis masam mangga bersatu dgn pulut tuh...slurpppppppppppp...
ReplyDelete************************
Assalamualaikum…
Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat akak sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….
Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….