Thursday, October 29, 2015

Kek Kukus Pelangi Chef Norzailina...

Assalamualaikum & salam sejahtera.... 


Terliur punya pasal bila tengok sepupu pos gambar kek kukus dalam group wassap family sebelah ma, maka terjadilah kek ni Dari Dapur MaDiHaA. hehe.... Siap minta resepi dengan sepupu sebab tak tau resepi mana yang dia gunakan. Rupa2nya.. bila dok googles resepi.. resepi yang sepupu ambil tu datang dari blog kak Hajah Ummi kita.  Syukur alhamdulillah.. dapat juga merasa.  Tapi kek MaDiHaA buat ni macam tak puas hati sikit sebab lepas masak tu dia macam kecut sikit.  Tapi dari segi rasa, kek memang sedap. Tekstur pun lembut, gebu je.  MaDiHaA nak cuba sekali lagi & akan gunakan double action baking powder lepas ni.. nak tengok macamana hasilnya. Untuk kali pertama buat ni... MaDiHaA kurangkan sukatan gula kepada 1/2 cawan saja.. sedang2 elok manis dia. Kalau yang suka manis tu boleh ikut je resepi asal. Tapi menurut sepupu... agak manis sikit kek tu.  Jadi.. ikut citarasa masing2lah ye kalau nak buat tu.  

Jom MaDiHaA kongsikan resepinya. Oleh kerana jumpa resepi dalam blog kak Ummi.. jadi MaDiHaA terus copy & paste jelah resepi dari blog kak ummi.. Tak rajin nak taip sebab yang sepupu dok bagi tu dia snap je resepi & kongsi kat wassap.. hehe.. apa2pun.. Terima kasih banyak Anita sharing2 resepi dengan kaklong ye..


hehe... tag nama pun terbalik... patut Kek Pelangi Kukus...


KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber:  Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (MaDiHaA guna 1/2 cwn je)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga



Cara membuat

1.    Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

2.    Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.

3.    Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

4.    Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.



* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.


Tuesday, October 27, 2015

Kailan & Cendawan Shitake Sos Tiram

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dapat ilham goreng kailan campur cendawan shitake ni dari group wassap sekolah.  Nampak sorang geng sekolah puan Normah pos gambar sayur kailan campur cendawan nampak macam sedap je... terus masak sendiri kat rumah sebab kebetulan stok cendawan memang dah lama ada. Kailan pulak baru je beli... so jadilah menu untuk malam tu.  Sedap pulak campuran 2 sayur ni rupanya.  Biasa kalau kailan tu tak pernah campur sayur lain.. digoreng sos tiram camtu je atau goreng ikan masin.  Inilah dia yang dikatakan perkongsian yang bermanafaat. Walaupun ada yang kata tak baik kongsi gambar makanan nanti berdosa kalau orang lain terliur. Pada MaDiHaA pula.. perkongsian idea memasak macam tu dapat memberi idea pada orang lain.  Dari kekeringan idea nak masak apa.. terus timbul idea.. Dari tak tahu.. bila dah masak barulah tahu ianya sedap.  Entahla.. masing2 punya pendapat ye tak? 

Ok lah.. jom tengok resepi mudah ni.  Resepi ni olahan MaDiHaA sendiri sebab MaDiHaA tak tanya pulak puan Normah sayur tu letak apa.  MaDiHaA ikut style masakan Cina sikit sebab tu ada letak minyak bijan sikit. Menu ni jadi kegemaran en. suami & anak2 ku juga. Lenkali boleh masak camni lagi...



Kailan & Cendawan Shitake Sos Tiram

Bahan2
1 ikat/2 gengam sayur kailan
10 biji cendawan shitake kering ~ direndam hingga kembang.
4 ulas bawang putih ~ dikupas & diketuk
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 biji cili padi ~ diketuk (jika suka)
sos tiram secukupnya
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya
minyak masak utk menumis
Cara menyediakan
1. Cendawan shitake yang kembang ditoskan & diperah sedikit airnya. Kemudian tuangkan air panas & rendam 3 minit kemudian tos lagi. Terpulang jika nak belah atau guna sebiji2.
2. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih, bawang merah & cili padi hingga wangi. Masukkan cendawan shitake & 1 cawan air. Masak hingga cendawan masak.
3. Masukkan kailan, sos tiram secukupnya dan minyak bijan. Kacau hingga kailan lembut. Tak perlu tambah garam.. sos tiram dah cukup untuk memberi rasa masin.  Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Monday, October 26, 2015

Tempahan Cupcakes Lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Dapat tempahan cupcakes lagi.... tempahan dari anakanda sulung nak bawak ke asrama belanja kawan2 asrama.... hehehe..... Gigih tu nak bawak balik cupcakes ke asrama naik bas.... Takpelah kan asalkan anak bahagia... Kebetulan semua bahan2 pun memang ada kat rumah. Jadi buatkan jelah... Yang penting anak2 happy..

Thursday, October 22, 2015

Ayam Bakar Madu........ InsyaAllah Sedap....



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah lama tak membakar atau memanggang ayam.  Nampak Tun Telani share resepi kat FB.... terus salin resepi. Kebetulan anak dara baru lepas habis PT3 dan ada balik PJ hujung minggu tu... jadi teruslah buat, boleh makan sama2.  Bakar sekor terus (yang dipotong2). Tapi sebenarnya... bahagian dada ayam tu MaDiHaA dah hiris isinya sikit & simpan untuk buat rencah dalam bihun atau mee goreng.  Memang selalu 'kidnap' isi dada ayam tu sebelum dimasak sebab tak suka bila masak lauk bahagian dada yang banyak isi tu macam muak pulak nak makan.  Suka makan ayam bahagian yang bertulang.. sama juga pe'el dengan anak2 & en. suami. Jadi bila dah dinipiskan bahagian dada ayam tu... bila masak takdelah tebal sangat isi ayam tu... hihi... Lagipun.. nak goreng mee atau bihun untuk breakfast pun senang... dah siap sedia dah isi ayam... siap potong dadu... tinggal masak je. Mudahkan? Jadi ayam yang MaDiHaA bakar ni.. walaupun buat sekor... kira takdelah banyak sangat sebab isi bahagian dada tu tak tebal sangat.  Tapi oklah... cukup untuk kami 5 beranak buat lauk lunch & dinner disamping adalah tambahan lauk2 lain lagi. Alhamdulillah...



Jom tengok resepinya ye.  Memang sedap ayam bakar ni. Gambar kurang menarik takde hiasan bagai sebab nak cepat perut dah lapor.  Lagipun hari tu macam2 nak buat request dari anakanda yang nak balik asrama.  Layankan ajelah... ada orang kemaruk lama tak makan masakan ibu... kekeke... Terima kasih Tun berkongsi resepi yg sedap ni...



Ayam Bakar Madu Resepi: Tun Telani
Sumber : MaDiHaA aka Ratna  

Bahan2:  
1 ekor ekor ayam - potong boleh, nk potong 2 pun boleh
1 biji bawang besar  
8 ulas bawang putih  
1 inci halia
2 sk madu  
2 sk garam  
1 1/2 sb serbuk lada hitam
2 sk mixed herbs - tun guna palestin nyer mixed herbs. (MaDiHaA guna mixed herbs + 1 sk cayenne powder)  
7 sb kicap manis - ni agak2 sbb tun main tuang je 
Sedikit olive oil

Cara2:  
1. Blend semua bahan2 dgn sedikit air.  (MaDiHaA blend bahan dengan madu, kicap & minyak zaitun je... sebab air bawang akan keluar nanti..)
2. Perap ayam dgn semua bahan. Tun perap dlm setengah jam je. (MaDiHaA perap semalaman letak dalam peti ais rak tengah dengan bekas tertutup)
3. Bakar ayam sampai masak. (MaDiHaA bakar dalam pemanggang ajaib yang di alas aluminium foil sama mcm Tun... cepat je masak & ayamnya juicy) Sekali sekala balik2an ayam supaya masak sekata.
4. Siap & boleh di makan dengan nasi, spagetti.  Kalau nk ala2 kenny rogers, hidang dengan coleslaw n mash potatoes.

Selamat mencuba!

Tuesday, October 20, 2015

Singgang Ikan Aye Terengganu Style

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Singgang ni antara menu femes kat belah Pantai Timur. Femes tu kata orang... kalau dalam seminggu tu sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali akan dimasak. Kalau yang memang 1 keluarga suka sesangat dengan lauk singgang ni... boleh jadi sampai 3 kali seminggu. No worries sebab singgang ni lauk yang menyihatkan sebab ia takde santan & minyak langsung. Tapi jangan tak tahu pula... antara Terengganu & Kelantan... resepi singgangnya berbeza.  Kalau versi Terengganu kuahnya wajib warna kuning. Singgang Kelantan pula warna natural je sebab tak letak kunyit & rasanya bahan2 lain pun sedikit berbeza.  Kalau masak singgang ni... gandingan wajibnya mesti ada ikan goreng, ulam-ulaman & juga budu. Budu lah yang paling wajib mesti ada... Bukan setakat budu.. mesti ada lada jarum (cili apilah tu...), limau nipis/limau budu... kalau takde limau.. boleh tambah tempoyak. Kalau nak guna isi durian pun boleh, tapi mesti ada limau nipis jugak untuk balance kan rasa masin budu tu. Nak sedap lagi.. boleh juga hiriskan bawang merah. Tapi kalau belah Tganu rasanya jarang2 letak hirisan bawang merah ni. Yang dah ada tu pun rasanya boleh menambah2 makan nasinya nanti... hehehehe.. Kalau nak picit cili api dari kuah singgang tu pun boleh.. tak perlu nak guna cili padi lain dah. Oh ya... kalau singgang daging pula... sedikit berbeza ye sebab kena ada campuran rempah biji... yang tu lain kali ceritalah... hari ni nak kongsi resepi singgang ikan aye versi Tganu ni dulu.  Boleh je guna ikan kembong atau lain2 ikan yang sesuai.



Jom kita tengok resepinya... Singgang Terengganu takde letak bawang merah ye.  Kalau ada orang masak singgang letak bawang merah, tu resepi yang dah dimodified la tu... bukan resepi ori Tganu dah... Nak letak pun boleh.. tapi resepi yang MaDiHaA belajar dari ma & arwah nenek memang takde letak bawang merah.

Singgang Ikan Aye Terengganu Style
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ikan aye yang dipotong2 (bahagian kepala paling sedap disinggang)
5 ~ 6 hirisan kunyit hidup
3 hirisan lengkuas
3 ~ 4 keping asam gelugur (tengok saiz kalau besar letak 3.. kalau guna asam kandis yg lebar tu letak 2 je atau boleh tambah kemudian sekiranya kurang masam)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4 ~ 5 ulas bawang putih ~ dibelah 2
5 ~ 6 biji cili padi atau 2 biji cili hijau
10 biji bendi
garam & perasa secukupnya
1.5 liter air

Cara menyediakan
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan kunyit, lengkuas, bawang putih, kunyit serbuk & ikan. Masak sehingga mendidih. Tambahkan asam keping.
2. Masukkan cili padi/cili hijau serta bendi, garam & serbuk perasa.
3. Pastikan cukup masin & masamnya. Bila bendi dah empuk bolehlah matikan api.

Selamat mencuba!

Monday, October 19, 2015

Sambal Tumis Udang Dengan Petai.... terjumpa petai kembar tu.....

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Baru2 ni balik ke kampong tengah musim petai.  Harga borong tahun2 sebelumnya biasa orang jual 100 papan RM35 - 40... tapi baru ni hampir separuh harga iaitu cuma RM20 untuk 100 papan.  Bermakna sepapan hanya 0.20 sen.  Murah gila!  En. abang beli 100 papan & berbagi2lah dia dgn mak & adik2nya yg ada balik kampong. Selebihnya.. kami bawak balik PJ & kami perisi & pek dalam plastik. Simpan kat freezer. Dapatlah beberapa plastik untuk sekali disambal.  Balik kali ke dua ke kampong... petai pokok sendiri pulak dah boleh dipetik... rembat lagi... hehe... tamak betul.. Takperlah kan.. berbagi2 dengan kawan2 & jiran tetangga... selebihnya kita frozenkan...

Terjumpa isi petai kembar.... first time jumpa... 
 

Ini hasil yang dimasak sambal tumis dengan udang.  Berselera makan oii.... bahaya2... hihi..


 
Sambal Tumis Udang Dengan Petai
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
7 senduk (senduk nasi) kisaran cili kering + bawang besar + bawang putih
600 gm udang ~ bersihkan
1 cawan isi petai
1 cawan air
garam & gula secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak secukupnya lalu tumiskan bahan kisar sehingga wangi & naik minyak.
2. Masukan air asam jawa, isi petai, air, sos tiram, garam & gula & biar mendidih.
3. Masukkan udang yang siap dibersihkan.. masak seketika hingga udang bertukar warna & masak.  Rasakan sambalnya.. & ikut kepekatan yang disukai.  Boleh adjust suka cair atau pekat.  Siap!

Selamat memasak...

Friday, October 16, 2015

Ikan Ayam/Jebong Percik Style Terengganu...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Rindu betul dah lama tak masak percik Terengganu style... hihi... Kebetulan en. suami beli ikan jebong / ikan ayam 2 ekor saiz kecik/sederhana ni.. jadi sedang molek la dibuat percik. Berselera makan.. huhu.... 

Kalau percik style Kelantan kuahnya putih.  Percik style org KL/Selangor ni yang biasa jumpa kat pasar malam kuahnya merah. Tganu style ni kuahnya merah kekuningan sikit. Bahan penting kuah percik Terengganu yang tak boleh tinggal mestilah serai & halba. Kalau takde tu memang tak menjadilah kuahnya hihi.

Jom tengok resepinya ye. Resepi yang dipelajari dari bonda tersayang.  TQ ma di atas tunjuk ajar segala resepi2 dari tanah kelahiran ku Terengganu Darul Iman... Oh ya.. kalau tak suka makan ikan ayam ni.. boleh je guna ikan lain. Takde masalah.. nak guna ayam betul2 punya ayam pun boleh.. haha...



 
Ikan Ayam (Jebong) Percik Terengganu Style...
Resepi : Ratna aka MaDiHaA

Bahan2
2 ekor ikan ayam/ikan jebong saiz sederhana/besar ~ siap kopek kulitnya & bersihkan yer..
garam & serbuk kunyit
4 batang serai ~ diketuk
1 sudu kecil asam jawa ambik jus
1 kotak kecil santan kotak + 300 ml air (nak pakai kelapa guna 1 biji kelapa... ambik santan sederhana pekat)
2 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam, gula & serbuk perasa (jika suka)

Bahan kisar
20 biji cili kering ~ gunting, buang biji & rebus ~ tos
1 biji bawang besar saiz kecil /nak guna 3 ulas bawang merah pun boleh
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara menyediakan
1. Ikan ayam yang dah dibersihkan dikelar kemudian lumur dengan garam & serbuk kunyit.  Bakar dalam pemanggang ajaib sehingga masak. Kalau takde pemanggang ajaib, boleh panggang guna dapur arang lagi best bau dia.  Bakar alas daun pisang & aluminium foil. Bakar je mcm ikan bakar biasa tu. Bila dah masak... tuangkan sos percik atas ikan & sambung bakar sekejap lagi.  Masa menghidang boleh curahkan lagi kuah sos percik yang berlebihan tu.
2. Cara memasak kuahnya. Jerangkan santan bersama bahan kisar, halba, serbuk kunyit, serai, air asam jawa & perasakan dengan bahan2 perasa secukupnya. Biarkan kuah mendidih & agak pekat.  Sentiasa kacau ye supaya santan tak membuak. Biarkan sehingga secukup rasa.

Selamat mencuba!

Thursday, October 15, 2015

Kek Marbel Lembut Nina



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Dok buat kek untuk order... tetiba tekak ni teringin pulak nak makan kek kosong tanpa icing.  Yang ada buttercream tu kureng sikit sebab cepat muak.  Hmm... sedapnya dpt mkn kek marble ni.... Dah ramai yang mencuba kek Nina yang diambil dari forum@cari. TQ semua yang kongsi semula resepinya. MaDiHaA ambil dari blog Nadz...... minta izin share kat sini pulak ye. MaDiHaA pun ikut cara Nadz yang tak asingkan telur... sebab masa yg suntuk.. malas nak byk2 keje.. hihi.. dasar pemalas kan? TQ Nadz.




KEK MARBLE LEMBUT NINA
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
8 oz/ 227 gm mentega
6 oz/ 170 gm tepung gandum 
6 oz/ 170 gm gula kaster
5 biji telur dari peti ais 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar ovalette
3-4 sudu besar serbuk koko 

Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang. 
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata. 
Masukkan telur kuning sebiji -sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata. 
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco/perisa pilihan anda. 
Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci secara berselang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick/ lidi sate.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. (Nadz bakar pada suhu 175C, 45-50 minit).

NOTA NADZ:

Nadz menyediakan adunan kek ini tanpa mengasingkan putih telur dengan kuning telur seperti cara di atas. Nadz adun seperti berikut:
Ayak tepung bersama baking powder. Putar mentega dan gula hingga kembang. 
Masukkan susu, ovalette dan asen vanilla. Adun sebati.
Masukkan telur satu per satu sambil terus memutar.
Akhir sekali perlahankan speed mixer dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan adun rata.
Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas baking secara berselang seli untuk mendapatkan corak marble. 
Bakar pada suhu 175°C -180°C selama 45-50 minit.
Jika menggunakan cara ini, gunakan telur pada suhu bilik, bukan telur yang masih sejuk dari peti ais.
Setelah mencuba, kek ini ternyata memang kena dengan selera Nadz. Lembut dan gebu serta moist. Jadi apa lagi, cubalah ye. 

NOTA KAK NOOR MASRI:
Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama kerana adunan mesti kembang dan rata. 

Selamat mencuba!