Terliur punya pasal bila tengok sepupu pos gambar kek kukus dalam group wassap family sebelah ma, maka terjadilah kek ni Dari Dapur MaDiHaA. hehe.... Siap minta resepi dengan sepupu sebab tak tau resepi mana yang dia gunakan. Rupa2nya.. bila dok googles resepi.. resepi yang sepupu ambil tu datang dari blog kak Hajah Ummi kita. Syukur alhamdulillah.. dapat juga merasa. Tapi kek MaDiHaA buat ni macam tak puas hati sikit sebab lepas masak tu dia macam kecut sikit. Tapi dari segi rasa, kek memang sedap. Tekstur pun lembut, gebu je. MaDiHaA nak cuba sekali lagi & akan gunakan double action baking powder lepas ni.. nak tengok macamana hasilnya. Untuk kali pertama buat ni... MaDiHaA kurangkan sukatan gula kepada 1/2 cawan saja.. sedang2 elok manis dia. Kalau yang suka manis tu boleh ikut je resepi asal. Tapi menurut sepupu... agak manis sikit kek tu. Jadi.. ikut citarasa masing2lah ye kalau nak buat tu.
Jom MaDiHaA kongsikan resepinya. Oleh kerana jumpa resepi dalam blog kak Ummi.. jadi MaDiHaA terus copy & paste jelah resepi dari blog kak ummi.. Tak rajin nak taip sebab yang sepupu dok bagi tu dia snap je resepi & kongsi kat wassap.. hehe.. apa2pun.. Terima kasih banyak Anita sharing2 resepi dengan kaklong ye..
hehe... tag nama pun terbalik... patut Kek Pelangi Kukus...
KEK PELANGI
KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber: Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan
mentegaSumber: Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
¾ cawan gula kastor (MaDiHaA guna 1/2 cwn je)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
1.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan
telur satu persatu dan pukul sebati.
2.
Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau
rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
3.
Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza
termasuk satu adunan dengan koko.
4.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium)
yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis
minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek
lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm
mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.